Sunday, November 22, 2009

Lelaki Merokok X Sesuai Dijadikan Suami?

Nota Cik Skaf :-

Salam semua. Ini artikel menarik yg saya baca dari blog Dr MAZA. Tentang pemilihan pasangan yang tidak merokok. Ini cuma pandangan dia. Orang lain mungkin berpandangan lain.. terutama bagi lelaki merokok, mesti ada rasa tak puas hati kan? :-D

Mufti Perlis (Bekas) Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok.

Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.

Ini atas beberapa alasan;

  1. Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.

  2. Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.

  3. Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.

  4. Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.

  5. Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.
Atas alasan-alasan ini dan selainnya, maka saya menasihati umat Islam dan kaum wanita khususnya, menjadikan ‘merokok’ adalah salah satu ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing.

Sumber:http://drmaza.com/home/

:-) Apa pandangan rakan2 bloggers pula?

21 comments:

Abd Razak said...

Salam...:)

Moga akak sihat hendaknya...

Tiada hasil & faedahnya bila kita tgk orang merokok malah ianya mendatangkan mudarat kepada tubuh badan kita.

Air liur seorang perokok bila bersentuhan (bercium) dgn pasangannya maka pasangannya turut terkesan dari air liur yang bercampur itu.

Tirana said...

Kalau boleh, elakkan dari berkahwin dengan lelaki yang merokok..Nampak nyata dia tidak sayang dirinya sendiri sebab membuat perkara yang boleh merosakkan diri. Jika dia tidak sayang pada dirinya sendiri, bagaimana dia nak sayang pada orang lain..

Anonymous said...

ada juga orang yang tidak merokok tapi akhlak dan perangainya lebih teruk dari orang yang merokok.
---anti beli rokok.

ummi humaira said...

salam dik...
betul3 , akak setuju 150%

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Tidak ada cacat celanya artikel di atas. Semuanya benar belaka. Kalau boleh elak, berusahalah untuk mengelak. Namun perancangan Allah tak siapa yang tahu. Pilih lah suami yang sihat, berakhlak, berharta dan beragama.

Sokong artikel di atas, walaupun saya seorang perokok. hehehe

Pn Kartini said...

Salam sis:)
Memang sukar utk kita nasihatkan pada seorg perokok melainkan ia dtg dari keazaman kentalnya sendiri...!Aduhaiiii...

Moga dik sihat& take care..:):)

Cik Cookie said...

Cik Cookie setuju.
tp kalau dapat gak nak wat mcmn.
pakse dia berenti.
hoye..

a kl citizen said...

assalammualaikum

sekarang ini merokok bukan terhad bagi golongan lelaki sahaja, malah wanita juga...

abu muaz said...

Salam. Lama tak bertandang ke sini jadi tak ingat pula nak naik rumah niii... ikut tangga mana? Perokok....... apa pun saya bukan perokok.

lalink7 said...

Alhamdulillahh sy dah jmpe yg xmerokok sbg teman hidup..heheheh

p/s cik skaf x-upm rupenye ek? hehe..

relevan said...

Kawan menghisap curut jerr..

LanaBulu said...

Salam..
Lama menghilang..tup-tup timbul menceritakan ttg calun suami..
macam ada sesuatu je nih..kakcik ?
hee hee
anyway teman bersetuju dgn pendapat ni..pun begitu ini bukalah termasuk dalam syarat sah nikah..hhmm
Moga abang2 yg merokok tu cepat2 lah buangkan..nanti kena reject tau..

mamai said...

lama rasanya tak nampak cik skaf baru hari ini berpeluang

abu muaz said...

Mana cik skaf pergi ni?

um. masyitah said...

Salam Cik Skaf
Kalau boleh elak,elak tapi kalau dah jodoh nak buat macam mana,Asalkan ada kemahuan nak berubah..

mamai said...

mana cik skaf hilang lama tak nampak

Cik Skaf said...

Razak :
alhamdulillah kak skaf sehat. Berharap juga tak bercampur air liur dgn perokok... :)

Tirana :
perokok tak sayang diri dan tak mungkin boleh sayang keluarga? hmmmm..agak sikit berat tuduhan sis tu..

Anonymous :
hehe.. saya pun anti beli rokok

Umi humaira :
:)

Amirhamzah :
hehe.. mmg begitu lah selalunya. Perokok itu sendiri mmg tau merokok tu membahayakan, tidak memberi faedah apa2..tapi TETAPPPPP juga teruskan merokok kan?

Pn Kartini :
saya setuju!

Cik Cookie :
bukan senang nak suh dia berhenti cik cookie... kalau dr awal dah merokok, tak de maknanya...dah menjadi pasangan dia boleh berhenti ..:p

Cik Skaf said...

a kl citizen :
agak2 ada tak wanita merokok tetapi suaminya tidak? huhu

Lalink:
uik? dah bertemu jodoh ya husna? TAHNIAH ! TAHNIAH!, sat g nak g blog husna

LanaBulu :
eceh en Lana.. mcm tau2 je nie... hehe.. :)

mamai :
lama juga tak nampak en mamai :)

Abu muaz :
saya ada kat sini en abu muaz ... :)

um masyitah :
Betul tu..betul. Kalau dah berjodoh dgn si perokok nak buat camanakan.. berdoa dia terbukak hati nak berhenti ajelah kan

mamai :
En mamai sy kat sini ... *lambai2 tangan* :)

zedmagel said...

Salam Cik Skaf,

Agak sinis N3 kali ni terutama kepada rakan-rakan yang merokok. Semoga jodoh Cik Skaf dengan si dia nanti yang tak kuat merokok.

Jika dah jodoh, nak buat macam mana. Tetapi saya bukan perokok tegar.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

saya tak merokok pun tapi .... hu hu

sherlina halim said...

www.indobet77.com

Master Agen Bola , Casino , Tangkas , Togel Terbesar
dan Terpercaya Pilihan Para Bettor

Promo Terbaru :
- Bonus  10% New Member Sportsbook
- Bonus 5% New Member Casino Online
- Bonus 10% Setiap Hari Bola Tangkas
- Togel Online
- Sabung Ayam ( New Produk )
- CASHBACK untuk Member
- BONUS REFERRAL 5% + 1% Seumur Hidup

untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : indobet77_sb2@yahoo.com
- EMAIL : indobet77@gmail.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7238
- WECHAT : indobet77
- SMS CENTER : +63 905 213 7238
- PIN BB : 2B65A547 / 24CC5D0F

Salam Admin ,
http://indobet77.com/