Sunday, October 4, 2009

Persoalan CINTA

Nota Cik Skaf : Salam semua.

Kita selalu sebut - Cinta kerana Allah.

Semua orang pun boleh sebut begitu. Tapi bagaimana nak tahu cinta kita @rumahtangga kita benar-benar diasaskan kepada cinta kerana Allah?
----------------------------
(petikan dalam buku Satu Rasa Dua Hati - ttg Cinta Allah )

"Cinta itu dikatakan Cinta kelas pertama apabila ia diasaskan di tapak cinta Allah. Mencintai kerana Allah.

Manakala cinta yang hanya semata-mata berasaskan fitrah, adalah Cinta kelas dua. Cinta ini dikurniakan secara semulajadi (fitrah) oleh Allah kepada semua manusia, yg Islam dan bukan Islam, malah binatang pun mendapatnya.

Cinta kelas dua ini tak akan dapat menangani perubahan fizikal pencinta. Jadi bila wajah kendur, cinta mula luntur. Bila kemudaan hilang, sayang pun melayang.

Sebaliknya cinta kelas pertama - mampu mengekalkan dan meningkatkan lagi rasa cinta walaupun perubahan fizikal berlaku. InsyaAllah cinta ini juga kekal hingga ke syurga. Ini disebabkan tapak cinta itu bukan di mata tetapi di hati. Hati yang menilai iman, kasih sayang akhlak dan budi "

-----------------------
Mengulang soalan - Jadi bagaimana mahu memastikan dan menilai bahawa cinta kita sesama makhluk itu (dan perkahwinan itu) adalah cinta kelas pertama - benar2 kerana Allah, seikhlasnya kerana Allah, bukan sekadar mengikut fitrah kita sbg manusia semata2, bagaimana ya?



gambo pinjam

22 comments:

zai said...

Salam Skaf..

Terasa syahdu menusuk kekalbu membaca N3 skaf kali ini..

Ulasan yg sangat tepat..CINTA adalah anugerah kurniaan Allah yg merupakan perasaan halus lahir dari jiwa secara tanpa kita sedari..

InsyaAllah rumahtangga yg didirikan diatas tapak cinta kelas pertama iaitu cintakan Allah dan mengharapkan keredhaanNYA akan kekal bahagia hingga keakhir hayat..

Sentiasalah berdoa utk diketemukan dgn lelaki yg beriman yg bukan sahaja menjadi pembimbing kita jalan kesyurga malah menjadikan rumahtangga yg dibina sebagai sebuah syurga dunia utk dinikmati..

Pn Kartini said...

Salam sis
Thanks utk n3 yang menarik...
sememangnya cinta kelas pertama..sentiasa yang didambakan..:):)

Abd Razak said...

assalamualaikum...

Betapa indah pertautan antara "Allah mencintai mereka" dengan "dan mereka pun mencintai Allah"!

“Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur” -Umar Khattab

Relevan said...

Ada yg kata..perjuangkan Cita2 dulu sebelum perjuangkan CINTA..

saharul said...

betullah sesangat tu.......

al-lavendari said...

cinta saya rasanya dah naik dari kelas dua bawah ke kelas dua atas dan sedang menuju ke kelas pertama. insyallah. ehh ... ada ke kelas dua bawah dan kelas dua atas ?

abu muaz said...

yang banyak sekarang adalah cinta monyet. Mampukah cinta monyet itu melonjak kecinta kelas pertama.?

Leenoh said...

Salam Cik Skaf.

Cinta kelas pertama dan kedua perlu disepadukan supaya bila dah kendur nanti cintanya tidak pudar.
Tapi cinta yang ikhlas itu seperti cahaya di dalam sebuah bilik, tidak kira berapa jumlah penghuninya cahaya tetap tidak berkurangan.

mamai said...

cinta dari manusia

Unknown said...

Salam..
Perkahwinan yg berasaskan kerana "demi menyelamatkan agama kita bersama itu insyaAllah" kasih-sayang dan perasaan cinta itu kerana Allah..

zedmagel said...

Salam Cik Skaf,

Saya sentiasa mencari cinta kelas pertama, tapi mampukah saya untuk menemuinya?

HALIM said...

cinta kerana allah...hendaklah kenal diri kita yang nyata...dan kenallah allah...kalau tak kenal allah masakan cinta itu datang...barulah datangnya kasih sayang....kasih sayang lah erti sebenar cinta kerana allah....

Cik Skaf said...

Zai :
Insya.. doa kak zai itu akan sy ikut. Sy suka dgn ayat itu "diketemukan dgn lelaki yg beriman yg bukan sahaja menjadi pembimbing kita jalan kesyurga malah menjadikan rumahtangga yg dibina sebagai sebuah syurga dunia utk dinikmati.." Ameenn..

Pn Kartini:
InsyaAllah kak. kalau sesama pasangan berusaha utk dapatkan cinta kelas pertama, mudah2an dapat.

Razak:
Thanx razak atas ungkapan tu. Berharap kecintaan ataupun kebencian kita pd satu2 perkara tidak mghancurkan kita.

Relevan :
Cita2 dan cinta tak boleh seiring ke? huhu..

Cik Skaf said...

Cikgu Jang :
:)

Al lavendari :
saya rasa ada... :) kelas kedua tinggi tu bila cinta kedua sdg mendaki utk jadi kelas pertama..

Abu muaz :
Cinta monyet pun mampu. InsyaAllah. Jika masing2 ada kesedaran nak menaikkan taraf cinta ke kelas pertama. (hehe..cam Dr cinta pulak ek?)

Leenoh :
salam kenal en Leenoh. owh begitu ya.. ok maknanya cinta itu walau dibahagi kepada ramai org ia ttp x bkurang..? (tp.. huhu..sy rasa mcm ada ke lain sikit maksudnya tu..)

mamai :
:-)

LanaBulu :
Ya En lana, saya pun fikir begitu. Tapi diharap bkn skdr ucapan kat mulut aje.

Zedmagel :
InsyaAllah mampu. Kita sama2 doakan. mudah2an Cinta en Zed skrg cinta yg membawa ke syurga..

Halim :
ye lah betullah kan en Halim. Bagaimana pasangan itu dikatakan bercinta kerana Allah kalau masing2 pun x kenal Allah..

----
hmmm ok, stakat ni saya rumuskan begini utk semua pandangan di atas...
maknanya satu2 pasangan itu, masing2 kena kenal Allah dahulu & mencintaiNya dan kemudian mrka bersama terapkan dalam rumahtangga pula budaya mencintai Allah dan rasul (dgn cara melaksanakan segala syaariatNya serta ikut sunnah dalam kehidupan bekeluarga). Maka itulah dikatakan CINTA KERANA ALLAH. Begitulah kan?

ubaidillah alqasam said...

salam sepi kepada salam ziarah...


aku dia n Dia..atau

aku Dia n dia...

aku cinta dia n Dia..atau

aku cinta DIa n dia...

siHingusan bertanya kepada yang dah xberhingus>>> (yeke)

Cik Skaf said...

Ubaidillah alqasam :

aku cinta Dia n dia
dan
aku n dia cinta Dia

[tp mungkinkah aku n dia kan berjumpa ? :-)]

tinta kasturi said...

dalam satu kalam Allah mengungkap kecintaan terhadap selain Dia

"..boleh jadi kamu benci sesuatu tapi ia baik bagi mu, boleh jadi kamu cinta sesuatu, tapi ia buruk bagi mu, Allah mengetahui sedang kamu tidak ketahui" (2:216)

cintailah seseorang sekadarnya kerana mungkin satu hari nanti kamu akn membencinya, bencilah seseorang sekadarnya kerna mungkin suatu masa kamu akan menyukainya.

cintai Dia, tanpa batasan dan bandingan

Cik Skaf said...

Ini petikan yg sy ambil dari entri kak Zai. (http://zai6973.blogspot.com/2009/10/wasiat-ibu.html)

Saya suka dan terkesan sgt dgn ayat ini :
" Kasih sayang yang lahir (antara suami isteri itu) adalah hasil dari masing-masing hendak mencari keredhaan Allah, bukannya dorongan nafsu semata-mata. Masing-masing suami isteri meletakkan Allah dan akhirat yang lebih besar dan utama."

Bagi saya inilah juga antara tanda saling mencintai kerana Allah.

abu muaz said...

dari asyik bercinta, lebih baik kahwin.

Cik Skaf said...

Tinta Kasturi :
Terima kasih. Ya mencintai atau mbenci sesuatu sekadarnya shja.

Abu Muaz :
errrrrr saya memaksudkan cinta slpas kahwin / cinta dlm rumahntangga

Guru said...

assalammualaikum

cinta selain Allah biarlah berpada2

Al-Atiff said...

ehm, adakala sekadar pengucapan di bibir cinta kerana Allah, bukan dari hati.. memang itu sebolehnya ingin dicapai.. tapi kalau tidak disemai, masakan ianya kan bersemi..
adakala bila diuji, baru boleh nampak sejauh mana tahap cinta kelas pertama kita tu..
moga kita istiqamah dan sentiasa membaiki diri dalam mencari cinta Ilahi..