Monday, September 28, 2009

Kan Dah Kata "Safety First!"

Salam semua.
Hari ni Isnin. Selepas 1 minggu menunda pelbagai urusan yang melibatkan pelbagai jabatan - SOCSO, EPF, Pusat Zakat, TM Point dan Pej Kerajaan Negeri, maka saya fikirkan mau setelkan semua urusan2 itu, hari ni juga. Penuh semangat pagi2 hari.

Namun itu cuma perancangan saya, perancangan Allah lebih baik lagi.
------------------------

Belum pun saya bergerak ke mana-mana, berlaku suatu insiden luka berdarah di tempat kerja. huhu..

T/hari td - Seorang staf hampir terpotong jari sendiri. Subhanallah...!

Saya mcm nak pengsan melihat darah membuak2. Muka budak tu pun dah pucat. Saya lagi pucat. Yang lain2 tergamam tak tahu nak buat apa. Cepat2 balut tangannya. Bawa dia ke kereta dan terus bawa ke klinik.

"Rasa sakit sangat ke?, sabar ya" soalan saya tahap sekolah rendah.

Dalam hati dah macam2 cakap, kenapa cuai sangat? mcm mana boleh kena? Tapi.. orang tengah menahan sakit, takkan saya mau berleter pulak. Ada kang dia terjun kereta.
-------------------------

Di klinik - doktor berikan suntikan kancing gigi serta mencuci, letak ubat dan balut semula jari kelingkingnya itu.

"Kena bawa ke hospital - Jarinya tak boleh digerakkan, mungkin urat putus..!" kata doktor.

"Hah urat putus?" terperanjat saya.

Selepas kelam kabut membayar bil klinik (sampai lupa ambik resit), cepat2 bawa dia masuk ke dalam kereta semula dan terus memandu ke Hospital Besar pulak.
-------------------------

Tiba di Hospital Besar, 10 min terpusing-pusing mencari parking. Penuh sesak parking lot. Wah selepas raya ramainya orang masuk hospital!

Di Unit Kecemasan - Bila dia dipanggil masuk, saya ikut sekali.

"Teruk dalam lukanya ni. Perlu dijahit dan masuk wad!" kata doktor memandang saya.

"Masuk wad? urat jarinya putus ke Dr?"

"Tak pasti lagi, kita akan x-ray nanti"

"Owh Ok" jawab saya. Cuba tenang tapi dalam hati Allah aje yg tahu, mcm mana saya nak menjawab pada ibu & ayahnya? Sungguhlah saspen...

Sementara doktor memeriksa dan memberi suntikan, saya menguruskan pendaftaran masuk ke wad. Huhu..Punya lah jauh kaunter pendaftaran dengan unit kecemasan itu...

---------------------
4.00 ptg - Dia selamat dimasukkan ke wad. Saya menelefon ibunya memberitahu. Kemudian membelikannya sedikit bekalan makanan dan minuman.

Sementara menunggu ibunya sampai, kami berbual-bual. "Eh! mcm mana saya tiba-tiba boleh ada kat katil hospital nie..?" katanya. Kami tergelak.

"Nasib baik jari tak putus, kalau tak sia2 aje muka hensem, tapi takde 1 jari". Saya start berleter.

"Kerja laju itu penting, tapi berhati2 dan sentiasa mengikut langkah2 keselamatan itu lagilah penting terutama kalau kita menggunakan benda2 tajam dan bahaya!, kalau dah jadi macam ni kan susah, tak pasal2 masuk wad, awak susah, mak ayah lagilah susah (saya pun susah!)"

"Saya minta maaf" katanya.

Kesian sangat saya tengok dia. Saya tahu bukan salah dia, perkara dah nak jadi. Perkara rutin yang dia lakukan, tapi hari ni boleh pula tercedera.

5 ptg - Ibunya tiba dengan seorang jiran. Saya saspen.

"Ya Allah, abang... camana boleh jadi gini.. buat kerja tak baca bismillah ke?" Saya lihat riak muka ibunya itu. Tidaklah terperanjat sangat.
Dia memandang saya. Senyum dan ucap terima kasih. Alhamdulillah - Lega sikit hati saya. Mungkin dia melihat kecederaan anaknya tidak terlampau teruk.

Selepas menunggu doktor abes memeriksa, saya minta diri pulang.


Saya berdoa, kecederaan ini tidak menjejaskan kesihatannya dan selepas lukanya dijahit nanti, jarinya boleh digerakkan macam biasa. Ameen.. (Doakan sama ya..!)

p/s Syukur juga caruman SOCSO ada dibuat.

34 comments:

Abd Razak said...

assalamualaikum...

innalillah wainna ilaihi rajiiun...

kita boleh merancang akan kebaikan tapi takdir menentukan segalanya, turunnya satu kemalangan (musibah) itu sebagai peringatan buat kak skaf dan pekerja...

redha atas ketentuanNya kak

Tirana said...

Kadang-kadang kemalangan yang datang menimpa adalah untuk memberi peringatan dan pengajaran kepada kita.

azimask said...

huhuhuhu get well soon utk budak itu... hihihihi
u too take care yaaa

Relevan said...

Jangan cuai atau mamai di tempat kerja..safety first..

mamai said...

aku pernah tengok orang jarinya putus masa kat tempat kerja. masalahnya orang yang jarinya putus tak pensan tapi aku yang pengsan

Daun said...

hati2 di mana saja. kemalangan tak kenal tempat.

Cik Cookie said...

ngeri sis.Blh pitam CC yg ala2 mabuk darah nih.

Cik Skaf said...

Razak :
Ya kak skaf redha Razak.

Tirana:
Saya pun percaya itu sis. Segala musibah yg menimpa, buat kita berfikir balik di mana silapnya.

Mimie:
u too take care mimie .. :)
Nak tanya, apasal cikskaf tak boleh nak tgk blog awak? mcm ada problem je..?

Relevan :
yup, safety first! :)

Cik Skaf said...

Mamai :
Awak yg pengsan? huhu... kalau sy yg pengsan semalam, x tau lah camana kecohnya..

Che La :
betullah tu, kdg dalam hati2 pun berlaku kemalangan juga.

cookie devine:
kalau tgk luka kat jarinya itu.. lagilah ngeriii cc.. huhu

zedmagel said...

Salam Lebaran Cik Skaf,

Salam simpati saya kepada pekerja Cik Skaf, jika ditenung dalam marifat saya yang sedikit ini, mangsa akan pulih seperti sediakala. Lukanya tak seberapa kan? Ada iras2 Nabil Raja Lawak anak buah awak tu.
Nasihatkan dia jangan gopoh sewaktu melalkukan kerja-kerja yang berkaitan benda2 tajam, kerana malang memang tidak dijangka.

al-lavendari said...

betullah kata orang tua2, malang tak berbau. tapi orang kita selalu cakap nasib baik ... nasib baik tak putus,
atau nasib baik tak mati,
atau nasib baik mati ... kalau hidup, seksa nak menjaganya!

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Satu soalan untuk cik skaf.

Dah ada life insurance atau medical card.
MAA Takaful pilihanku.....hubungi saya jika berminat.

kakna said...

ya allah..org atas ni sempat lg..

p/s - maaf mengomen komen org laen pulok

Cik Skaf said...

Zedmagel :
InsyaAllah. Amiinn saya pun berdoa dia kan cepat pulih sperti sedia kala. Hari nie saya dan kawan2nya datang melawat dia di hospital. Dia ditahan sehingga hr Jumaat.

Al lavendari :
Begitulah en. lavendari, kita sedaya mgkin mencari dan bercakap sisi baik bg setiap musibah yg menimpa. kodong 2 kaki pun, kita akan kata nasib baik nyawa masih ada.

Amirhamzah :
Saya dah ada medical card - EtiQa takaful En Amir.

kakna :
hehe.. takpe. tp takde salahnya En amir tu, kakna. :)

saharul said...

salam perkenalan kembali dari saya...bagus jugak awak menulis ye...

hang nadim said...

Salam cik skaf...adik u ker...kesian lah, ermm Tex kat Blog cik Skaf dah senang dibaca..hehehe

anaklaut said...

berhati-hati lepas ni..kirim salam pada dia tu..moga cepat sembuh..

tq cik skaf sudi singgah anaklaut

Abd Razak said...

Salam kak skaf...

saya dtg lagi...moga pekerja akak dah pulih masa ni.

saja nak beritahu akak apabila saya menggunakan laptop utk melayari internet, betullah kata salah seorang yg memberi komen kat sini dulu bahawa template akak ni di sebelah kanan tu tak dpt dibaca kerana dihadang oleh side bar yang berwarna ungu tu...

MisterZyl said...

syukur selamat semuanya..

maaf cik Skaf.. lama tidak ke mari..

sekali lagi rindu pada blog ungu cik skaf..

semoga cik Skaf selalu sehat dan selamat..

saya baru update sedikit blog salam sejahtera di sana..

masih selamat hari raya :)

lenz said...

nk buat report dgn dosh/jkkp (jika ada) tu yg lomah tuh...

Unknown said...

Nasib baik Kak Skaf tak pitam nampak darah yee.. tahniah.

Cik Skaf said...

Cikgu Jang :
hehe..cikgu, ya saya boleh menulis, dulu saya pergi sekolah :D

Hang Nadim :
Dia staf sy. Tapi sy pun dah anggap dia mcm adik sendiri.

Anaklaut :
Cik skaf akan sampaikan salam AL tu pada dia..

Abd Razak:
Dia di tahan diwad sehingga hari Jumaat Razak. Urat jarinya putus...huhu. So urat dari lengan perlu "ditarik" ke bawah. itu yg perlu duduk wad bberapa hari..Razak doakan utk staf akak itu ya.

Ttg template, nampaknya kalau sempat2 nnati kak skaf kena tukar template lain la kot yg boleh suit dgn apa2 skrin komputer pun.Apapun thanx ya beritahu.

Cik Skaf said...

Faizal Nizam:
Cik skaf dah ke blog Faizal. Baru tau, ada 1 lg blog patutlah blog melayu itu selalu terabai... :D

lenz :
hehe..mmg lomah :)

LanaBulu :
Salam kenal.
hu2 ..sy "tak boleh" pitam en Lana, kena kuat semangat, kalau x kuat pun kena buat2 kuat. Mereka b'gantung pd saya...hu2.

tinta kasturi said...

perkongsian pengalaman yang.. adventerous..

tima kasih atas lawatan, bacaan, komentar dan langsung menjadi sahabat.

:)

salam ukhuwah fillah

Guru said...

assalammualaikum

innalillahi wa inna ilaihi rojiun

aii... alhamdulillah tak jadi perkara yang lebih teruk ya...

kat hkl tu memang parking masalah betul... kalau pegi situ kena bawak extra sorang lagi, boleh tolong settlekan pendaftaran sementara kita cari parking

Cik Cookie said...

Cik Cookie xnah g MB.mcm xbest je nak masuk.Tapi Cik Cookie akan cb sbb Cik Skaf cadangkan.

Anonymous said...

Salam D, seriau baca entri ni. Mcm mana keadaan bdk tu skrg? harap tak jadi mudarat teruk.

Nak mengucapkan juga Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir Batin atas dosa2 dahulu dan sekarang ..:) maaf lah kalau ada kata2 yang menyinggung atau ada usikan yang buat awak terasa hati.

- Zam

abu muaz said...

Sebab tulah kita ni kena masuk juga persatuan bulan sabit merahke, pertahanan awamke, st johnke, dan lain-lain persatuan yg mengajar pertolongan cemas. Nanti taklah cemas sangat kalau terjadi apa-apa.

Cik Skaf said...

Tinta Kasturi:
Terima kasih juga sudi membacanya :). Salam ukhuwah.

a kl citizen:
w'salam. Sy bkn ke HKL cikgu... Ni di Hospital Melaka. Tp sy jga dah ada bbrapa pengalaman mncari parking di HKL itu, mmg separuh nyawa..!

Cookie devine:
mcm tak best? huhuhu... apa kata utk 1st time ni, cik cookie ke MB Times Square..(sy tolong promote je, uhuks)

Cik Skaf said...

Zam :
Amiinn.. itu doa kami juga en zam.

Sy pun nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Salam utk keluarga dan kawan2 kat sana

Abu Muaz :
Btul btul.. sy setuju tu.

Arianni said...

Salam Cik Skaf,
Terima kasih krn sudi jenguk ke blog saya..salam perkenalan yer.. U follow me I follow U
Mudah mudahan dia cepat sembuh..harus lebih berhati2 selepas ni

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

Salam, Hai Cik Skaf, terima kasih ye lawat blog Mawar...Kesian die..tengok pic separuh cam emsem je..seb baik jari tak putus...kalau tak ilang 20%..ahax ...Mawar doakan semoga beliau cepat sembuh ....amin

abu muaz said...

salam cik skaf.Lama bercuti....

Cik Skaf said...

Arianni :
Terima kasih Arianni .. (sdpnya nama)

Mawar Berduri :
Memang dia hensem pun.. hehe. Alhamdulillah dia beransur sembuh, skrg masuk kelas terapi fisiologi bg mengerakkan jari.

abu muaz :
semasa gempa bumi melanda negara jiran, mood utk menulis blog pun tiada en abu muaz. Sayu simpati dan cukup menginsafkan, kan?.