Friday, September 25, 2009

Salam Aidilfitri - Ucapan Terlewat :)

Assalamualaikum
Agak sdkt basi tapi rasanya belum sgt lewat utk saya m'ucapkan :-

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFIRI
AMPUN MAAF ZAHIR DAN BATIN"
(walaupun ibadah ramadhan mungkin kurang sempurna)
Syukur Allah kurniakan juga nikmat berhari raya kepada kita...

Indahkan berhari raya?

Selain meraikan kemenangan berjaya menunaikan ibadah puasa dan bermujahadah melawan nafsu sepanjang Ramadhan (walaupun masih banyak juga yg belum mampu dilawan), hari raya paling dinanti sebab kita dapat berkumpul adik beradik dan ahli keluarga lain dalam suasana yg "biasanya" cukup membahagiakan..

Hari Raya juga dapat menemukan kita dengan saudara mara yg mungkin itulah setahun sekali berjumpa - setahun sekali pun mujur, mungkin ada yg 3-4 tahun sekali baru berkesempatan jumpa, sambil makan2 sambil kita sembang yang santai2 & mesra, semuanya dengan niat nak merapatkan lagi ikatan kekeluargaan.

Dengan hari raya juga, kita "mendidik" diri berziarah dari satu rumah ke satu rumah saudara mara ini, yg dekat yang jauh, yg mana boleh sampai dan terlarat, kita masing2 akan mengagahkan diri pergi, kesempatan itu juga membolehkan kita menjenguk dan bertanya khabar makcik pakcik datuk nenek yg tua & uzur, dan dapat juga kita hulurkan sedikit duit raya sebagai sedekah kepada mereka.

Indahkan? Kalau bukan raya, belum tentu kita ramai2 satu keluarga akan berpakat nak berziarah mcm tu.

Begitu juga di rumah kita, kalau bukan raya, belum tentu tetamu berombongan 3-4 biji kereta sekali datang, bersilih ganti tak henti2. Mmg mcm nak pengsan melayan dan mencuci pinggan mangkuk - terutama hari raya pertama - sbb menjamu ketupat rendang bagai..(rasa nak larikan diri masuk bilik - tido kejab..huhu tapi x de peluang..).

Walaupun penat tapi indahkan? Kalau bukan raya, belum tentu kita boleh kenal kebanyakan mereka terutama peringkat anak2 mereka. Apatahlagi setiap tahun budak2 ini membesar dan akan berubah rupa.

Maka syukur sangat Allah kurniakan nikmat berHari Raya ini. Ia memberi bahagia hampir kepada semua.

Namun begitu berharap sgt (berpesan pada diri sendiri sbnarnya) keseronokan berhari raya tidak melalaikan kita dari melakukan solat, tidak menjebakkan lidah dengan mengumpat dan fitnah, dan moga kita sama2 mampu membataskan aurat dan pergaulan, walaupun sesama saudara dekat...


Nota Cik Skaf: Kepada semua, Selamat Berpuasa 6 di bulan Syawal ini.

Rasulullah bersabda, "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun." (HR. Muslim)

18 comments:

zai said...

Salam Skaf..

Wah..lama gak skaf bercuti yer..lama tak update blog...betul kata skaf..hanya hari raya merupakan hari penyatuan ahli keluarga dan sanak saudara yg selama ini masing2 sibuk dan hilang entah kemana..semoga jalinan ikatan silaturrahim sesama kita akan terus utuh selamanya..

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam cik skaf,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri maaf zahir dan bathin pada cik skaf. Mungkin Cik Skaf sudah balik ke Kuala Lumpur. Semoga kita berjumpa Ramadhan dan Syawal pada tahun hadapan jika ada umur yang panjang.

Abd Razak said...

assalamualaikum...

taqabballahu minna wa minki...semoga Allah terima segala amalan...ameen

selamat hari raya maaf atas segala kesalahan dan kesilapan...

Daun said...

lamatu cuti..

abu muaz said...

Salam. Memang kalau bukan kerana hariraya kita mungkin tak kenal sanak saudara. Masing-masing sudah terlalu sibuk. Apa yg kita kejar sebenarnya ya?

al-lavendari said...

maaf di terima dan maaf juga pinta. terima kasih atas ingatan utk berpuasa 6. saya hari Isnin baru nak mula. belum ada kesempatan. berjalan raya sakan, dari Kuala Pilah sampai ke Perlis.

Cik Skaf said...

Zai :
Salam Aidilfitri utk k.zai. Cuti tak lah lama sgt kak, cuma tak kesempatan nak update blog. (sdkt malas pun ya.. huhu)

Amirhamzah :
Ya sy dah kembali ke tempat sy mencari rezeki. InsyaAllah ada umur panjang kita akn jumpa jga nnti.

di kg dah abes marhaban ?

Abd Razak :
Ameen, moga Allah terima segala amalan dan ibadah kita, dan ia bukannya menjadi perkara sia2 Razak. Kak skaf juga mohon maaf andai ada tersilap kata.

Che La :
hehe Che La, awak pun lama cuti kan...? Apakhabar mak ayah?

Abu muaz :
Salam. Mgkin sbb masing2 merantau en abu muaz, bukan duduk sama kg lagi, itu yg jrg sgt dpt berjumpa. Masing2 pun dah punya kehidupan lain, sibuk dgn kerja dan keluarga sendiri.

Al lavendari :
wah... lagi hebat, kuala Pilah sampai ke Perlis, tak turun ke Johor? :). Sentiasa hati2 yea semasa memandu. Didoakan selamat spanjang pjalanan.

kakna said...

erm.. sgt setuju ngan pendpaat cik skaf.. kalau x sebab raya memang payah nak berkumpul ramai-ramai.. tapi kalau hari raya pon sedara- mara wat hal masing-masing.. sedih rasenyer

anaklaut said...

salam..cik skaf,

terima kasih singgah dan bagi komen di anaklaut..

contest tu main2 je..:)) sapa lah anaklaut ni.:)

p/s: sampai nangis ke..?

Cik Skaf said...

kakna:
Slmt hari raya kakna. Mmg skrg budaya ziarah dah mkin kurang, masing2 malas nak berjalan, raya2 suka lepak kat rumah mkn kuih sendiri sambil tgk tb.. (kdg diri sendiri pun camtu juga... huhu..)

Anaklaut :
yup, nangis. bkn mudah nak jumpa (sekurang2nya bg sy)seorg lelaki yg punya rasa spt itu.

AL. apapun gd luck jugalah :D, hrp2AL menang dlm contest tu..

Guru said...

assalammualaikum

berkobar nak puasa enam... tapi lampu isyarat merah, kena stop dulu...

raul izhar said...

salam cik skaf.. lawaaa skaf awak... lama tak jumpa...alhamdulillah, slps da reda2 open house nti blh lah kita wat puasa 6 lak.. at least blh gak merehatkan perut yang dah semakin ke depan nyh...insyallah.. aminnnnn....

raul izhar said...
This comment has been removed by the author.
Beruwang said...

selamat berpuasa enam selepas puas beraya..

Cik Cookie said...

salam aidilfitri sis.masih belum terlewat.rayakan sebulan.

lenz said...

..(rasa nak larikan diri masuk bilik - tido kejab..huhu tapi x de peluang...)...tak baik tao cikskaf nyorok2...bukannya slalu...setahun sekali jer hehe...

Cik Skaf said...

a kl citizen :
hehe takpe cikgu. banyak masa lagi. Syawal sebulan..

raul izhar :
Slmt datang ke blog cik skaf... :P

ber-uwang :
Slmt berpuasa 6 utk awk juga

Cookie devine :
baru sis ckp dgn cikgu kl citizen camtu gak cikcookie....:) Harap kta dapat juga ambil peluang ini utk mengganti puasa yg tertinggal.

Lenz :
hehe...dulu zaman2 muda salu buat camtu en lenz, taim2 org sibuk, taim tu lah kita nyorok..hu2. skang dah baik skt lah... :)

zedmagel said...

Salam Lebaran Cik Skaf,

Ruginya tak berkunjung ke rumah Cik Skaf di Senggarang, tapi raya sebulan kan.?.Hujung-hujung raya masih sempat untuk bertandang lagi, untuk menambahkan lagi penat Cik Skaf kita ni.