Friday, September 4, 2009

CINTA : Diakah Orangnya?


(Petikan Kata2 Hikmah - "mencari teman ke syurga")

"Didiklah diri kamu untuk benar-benar cinta pada Allah, bermula pada diri kamu sendiri. Tingkatkan penghayatan jiwa kamu dalam menyintai Allah, serta berusahalah membaiki dan meningkatkan diri kamu menjadi hamba Allah yang lebih taat, nescaya kamu akan menjadi teman ke syurga dan Allah juga akan mengurniakan kamu teman ke syurga."



Nota Cik Skaf: Tenanglah hati & bersabarlah - jagalah akhlakmu


Hadis Rasulullah maksudnya;
"Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya
dan memelihara kesucian dirinya serta bersabar
hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid"

26 comments:

Dida... said...

Salam Cik Skaf..

Semoga Allah mengurniakan cinta yg didambakan itu... Cinta Allah lebih dari segala2nya jika kita jiwai adalah lebih manis dari segala yg ada di muka bumi ini... Cinta Allah adalah cinta yg Agung.. Cinta Rasulullah adalah cinta yang murni..

Coretan ringkas tp penuh makna... saya sangat suka.... :) Berdoa agar kita sama2 dapat apa yg dihajati lebih2 lagi utk masuk ke Syurga... itulah adalah impian teratas dan terutama... :)

Cik Cookie said...

Cik Cookie harap Cik Cookie insan terpilih.Aminnn....

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam cik skaf,

Kalau benar cinta sudah mengetuk pintu hati mu, bukakan lah seluas-luasnya. Cinta tak perlu di cari kerana dia datang sendiri.... Yang dicari selalunya tak jumpa. Terimalah si dia seadanya kerana apa yang kita hendak selalunya tak dapat. hehehe.....

mamai said...

apakah cinta ini akan di terima sedang aku orang yang berdosa

Abd Razak said...

Salam Kak Skaf...

Cinta kepada Allah melebihi cinta kepada diri sendiri. Mengutamakan cinta kepada Allah di atas cinta kepada diri sendiri, meskipun dibayang-bayangi oleh hawa nafsu yang selalu mengajak lebih mencintai diri sendiri. Ertinya ia rela mencintai Allah meskipun beresiko tidak dicintai oleh mahluk. Inilah derajat para Nabi, di atas itu derajat para Rasul dan di atasnya lagi derajat para rasulul Ulul Azmi, lalu yang paling tinggi adalah derajat Rasulullah Muhammad s.a.w. sebab beliau mampu melawan kehendak dunia seisinya demi cintanya kepada Allah.

Tirana said...

Moga Cik Skaf bertemu cinta sejati...

Guru said...

first time terbaca hadith tersebut...

akak doakan sama macam tirana. amin.

Cik Skaf said...

Dida :
Thanx dida, cikskaf pun yakini itu, cinta Allah cinta teragung. cinta Rasul cinta murni. Namun sebagai manusia, kita juga tak dapat lari dari fitrah untuk menyintai dan dicintai sesama makhluk..

Cookie devine :
Ya, InsyaAllah cik cookie, sama2 lah kita berusaha tuk jd makhluk Allah terbaik semampu kita.

Amirhamzah :
:) Saya serahkan segala-galanya pada Allah en Amir. Sesungguhnya hanya Dia yg tahu apa terbaik utk kita kan. Jika "ini" yg tbaik utk sy, maka jln utk itu akan dipermudahkan..sy percaya itu.

mamai :
InsyaAllah diterima en mamai.

Cik Skaf said...

Razak :
ya razak. sama2 lah kita mendidik diri dan melunakkan hati untuk benar2 cintakan Allah melebihi cinta pada makhluknya, dgn seluruh isi hati kita - bkn skdr ucapan kat bibir smata2.

Tirana :
Terima kasih atas doa itu sis.

a kl citizen :
Cikgu, hadis t'sebut diriwayatkan oleh Hakim, ibn Asakir, al-Dailami dll. (Sy petik dr buku - Pemilik Cintaku sesudah Allah & Rasul)

zai said...

Salam Skaf...

Laa suspen jer tajuk N3 nie..ingatkan dah jatuh cinta ngan sesape ker ? hehehe

Apapun Cinta kpd Ilahi sememangnya cinta yang hakiki..krn cintakan manusia, manusia kan mati, cinta kan bunga, bunga kan layu tapi kalau cintakan Allah ia kekal selamanya dan sentiasa memaafkan hambaNYA walau telah berjuta kali kita melakukan kesalahan asalkan kita kembali bertaubat kepadaNYA..

Kak zai sukakan penampilan skaf nie..alahai kenapala lelaki2 kat luar sana tu tak nampak agaknya yer..ke skaf jer yang berahsia ni ?

Wah soalan cepumas nie..hehehe gurau jer tu..

lenz said...

baca2...nk komen xbape nk reti..hehe

Anonymous said...

cinta luas maksudnya but cinta pada yg satu "ilahi" ,jiwa tenteram......

hang nadim said...

kalau orangnyerr...ni lah Orang nyer..opss..

Cik Skaf said...

zai :
eh sy takde rahsia apa2 kak zai.. :)
Cuma itulah kak zai - Nak jumpa yang baik itu ramai, tp nak terjumpa yg serasi dr segi cara hidup, cara fikir dan matlamat hidup itu yg payah... bagai mencari jarum dlm jerami padi..

Cik Skaf said...

Lenz :
Singgah dan sudi baca, pun dah terima kasih sgt en Lenz.. :)

Aireel :
Salam kenal en. aireel. Yup. itu cinta teragung.

Hang Nadim:
hehe..

Shahibul Afzan Wahab said...

kak skaf...moga cinta Allah berjaya kita raih...dan moga kita mencintai manusia juga kerana kita mencintai Allah...

zedmagel said...

Salam Cik Skaf,

Akan hadir sebuah cinta suci dalam hidup Cik Skaf segera. Jika Allah izinkan tak lama lagi mungkin....

abu muaz said...

zaman sekarang memang sukar mencari cinta yg ori... yg main-main banyak.

al-lavendari said...

perjalanan bermula sebagai seorang insan meningkat kepada muslim; muslim meningkat kepada mukmin; mukmin meningkat kepada muttaqin; muttaqin meningkat kepada mukhlisin. jadilah hambanya yang ikhlas dalam taatnya.
saya sendiri masih tergapai2 di peringkat muslim dan mukmin.

النعيم الروز said...

سلام چئسكاف، امة برمعناڽ فلسفه چينتا يڠ ترسيرت ددالم إينتري اين

Cik Skaf said...

Azan Subuh:
Moga begitulah afzan. Itu harapan kak skaf jga.

Zedmagel :
hehe..en zed mcm kata2 sorang tukang telek pulak rasanya.. :)

Abu muaz :
Yg ori ia ada, sy percaya tu, cuma mgkin kita susah nak jumpa. yg main2 mmg lah ramai.

Al-lavendari:
InsyaAllah, sama2 lah kita usaha utk benar2 ikhlas dalam taat kita padaNya

Alnaim al-ruz:
"falsafah cinta" ini mgkin mmberi makna y berbeza2, mngikut mrka yg membacanya.

ubaidillah alqasam said...

salam muhibbah... salam diatas rasa cinta kepada saudara seagama... ape2 pn shukran sbab sudi lawat blog saya.... hmm cinta... menarik...

cinta... cinta .... cinta... xtahu nak komen ape.. sebab xpandai sangat lah..huhu..

ape2 pn jangan kerana cinta plastik sesama insan maruah kita tergadai,agama diketepikan..

tapi biarlah cinta kita kepada insan itu menambahkan lagi rasa cinta kita kepada yang MAHA MENCINTAI... wasalam..

♥S@R@♥ said...

hai cik skaf pe khabar?..

Cik Skaf said...

Ubaidillah :
Ya mudah2an ia menjadi pegangan sampai bila2... mencintai makhluk Allah dapt meningkatkan kecintaan kepada YG MAHA MENCINTAI.

Sara :
haiiiii Sara, lama senyap aje..salam2 :)

lalink7 said...

sukanya dengan hadis Rasullallah tue...

Cik Skaf said...

lalink7 :
Muga hadis itu menjadi panduan dan pegangan kita sama2 husna.