Wednesday, September 9, 2009

Malam Pertama Di Sana

Bagaimana agaknya malam pertama di sana? Bagaimanakah rasanya? takutkah ? berdebarkah? atau tetap tenang tidur sahaja seperti malam-malam sebelumnya di alam sini?

Ya, bagaimana agaknya Malam Pertama di Alam Kubur ?

(Artikel dr simpanan peribadi saya, maaf tidak mengetahui siapa penulis asalnya)

"Pernahkah engkau melihat kuburan? bukan di luarnya, tetapi di dalamnya. Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan itu?Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat? Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu? Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?" (Bukankah sepatutnya ia dapat mendatangkan rasa insaf?)

"Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama’ serta orang-orang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza."

"Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan serta minuman, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam alam yang gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi alam itu adalah amalan-amalan yang kita lakukan, alam itu pula sempit ia hanya dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah."

"Adalah diceritakan bahawa Rabi’ bin Khutsaim, di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat: "Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan."

Kemudian ia menjawab sendiri; "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi’..". Dan disebabkan hal tersebut, Rabi’ bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah!"

"Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api neraka di Hari Kiamat nanti?

Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatinya. "


Nota Cik Skaf :
"Ya Allah, perbaikilah bagiku agamaku
kerana ia merupakan pengawal bagi setiap urusanku dan perbaikilah duniaku kerana di sinilah penghidupanku berlangsung,
dan perbaikilah akhiratku kerana di sanalah tempat aku akan kembali, serta jadikanlah kematian itu sebagai tempat istirehatku dari segala kejahatan"

21 comments:

Dida... said...

Salam Cik Skaf..

Moga hari2 cik Skaf dilindungi dan diberkati Allah...

Saya juga sentiasa terbayangkan keadaan kubur yg gelap itu tatkala saya ingin melelapkan mata utk tidur... seringkali jua saya menangis krn ketakutan jika saya tidak dpt membawa amalan secukupnya utk mengharungi hari2 seterusnya setelah dikuburkan...

Ya Allah.. insaf sungguh bila mengingatkan tentang kematian... selalu juga ziarah org meninggal dan ikut sampai kebumi.. dan selalu jga berpeluang melihat mayat dibaringkan dan ditanam..

Mmg sungguh sempit dan ngeri sekali kubur itu bagi org2 yg berdosa.. dan kubur itu akan menjadi tempat yg lapang dan mendamaikan bagi org2 yg beriman dan bertakwa... Moga kita tergolong dari kalangan org yg beruntung itu.. :)

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam cik skaf,

Sungguh baik artikel ini. Sepatutnya dibaca setiap hari supaya kita sentiasa mengingati mati. Mengingati mati itu adalah sesuatu yang dituntut untuk setiap manusia.

Abd Razak said...

Salam kak skaf...

Terima kasih atas peringatan ini...

Mengingati kematian dapat melebur dosa dan zuhud, kematian sebagai penasihat pada diri sendiri, orang cerdik ialah orang yang banyak mengingati mati...

Moga kita insaf sentiasa

zai said...

Salam Skaf...

Terima kasih atas N3 yang sangat baik ini utk peringatan semua..

Kak Zai ada satu cerita..Kak zai pernah didalam tidur tiba2 terasa nyawa seakan dicabut dari tenggorok dan pada saat itu terasa nyawa sudah tersekat2 dikerongkong dan tidak dapat bernafas dan terus kak zai berdoa dan merayu pada Allah agar tidak dicabut lagi nyawa kak zai pada ketika itu dan bermohon agar diberi peluang utk meneruskan kehidupan dengan janji utk taat beribadat. Peristiwa itu dah lama berlaku rasa2nya dah 10 tahun tapi ia tetap kekal dalam ingatan kak zai sehingga kehari ini...ngeri sangat2 difikirkan keadaan malam pertama dikubur tu...ntah bagaimana nasib kita disana agaknya ..

Cik Cookie said...

kita xpernah terpikir mlm pertama kat sana.Yang slalu pikir mlm pertma kat dunia.dan bila sedar dari tido ssh nak bersyukur krn masih bernafas.
itulah hakikat.

al-lavendari said...

artikel yang menginsafkan dan patut di baca berulang2 kali kerana kita mudah lupa!

hang nadim said...

terima cik skaf,untuk semua Berkerjalah kamu seolah kamu akan hidup selamanya dan beramallah kamu seolah kamu akan mati esoknya...

zedmagel said...

السلام عليكم

Cik Skaf,

Saya memang tak pernah terbayangkan malam pertama di alam kubur, kerana saya tak pernah ke sana. Sangat bagus N3 ini begitu menarik dan menginsafkan.

Kerana sesiapa dan bila-bila masapun kita semua akan kesana dalam masa yang tidak pernah di fikirkan.

SESUNGGUHNYA MENGINGAT MATI ITU ADALAH SESUATU YANG DIGALAK KAN.

ubaidillah alqasam said...

salam...

alam kubur adalah satu tempat yang menentukan sama ada ia adalah sebuah taman2 syurga ataupun lubang2 neraka untuk kita...

dan nabi muhammad s.a.w walaupun baginda maksum(terpelihara dari dosa)
baginda S.A.W selalu membca doa dijaukan dari fitnah azab kubur,fitnah almasih dan dajal,fitnah di dunia n fitnah dosa n hutang...

TAPI KITA?hmmm tepuk dada,tanyalah iman....

ALLAHUMMA INNI A'UZUBIKA MIN FITNATIL 'AZABIL QABR......

selamat beribadat...

mamai said...

seandainya kita boleh merasa dan melhat malam pertama itu pasti kita tak mahu bagun dari sujud

♥S@R@♥ said...

cik skaf ada contest lain last datenye esok.. tgk kt banner blog sara ek..join tau..senang je yg tu..

dunia ini hanya pinjaman semata2.. bagus artikel ni..menyedarkan diri yg selalu lalai ni..sob..sob

Cik Skaf said...

Dida :
Ameen..InsyaAllah dida, itulah doa kita sehari2. moga kita semua tmasuk dalam golongan org2 bertakwa itu. Moga hidup dan mati kita tetap dalam iman.

Amirhamzah:
betul tu en Amir, mmg sepatutnya kita ingat mati setiap hari. (huhu..tp kdgkala bila nak ingat2 tu ..diri jd takuttt sendiri).

Razak:
benar tu Razak, Rasulullah pun ada berpesan "Org yang bijak adalah org yg banyak mengingati mati"

Kak Zai:
Alhamdulillah peristiwa itu msti banyak mmberi manfaat kpd kehidupan kak zai kan? Tentu bila rasa diri terlalai, lalu ingat balik betapa terseksanya saat roh hendak meninggalkan bdn (sdh tentu kedaan sbnr lebih dhsyat dr itu...)hati menjadi lunak balik.

Cik Skaf said...

cookie devine :
hehe .. malam pertama kat dunia yg diingatnya. sabo2 yer. :) Cuma itulah, seperti kata herman tino dlm lagunya... "mati itu pasti..., hidup InsyaAllah...". Benarkan? Belum tentu bila hari ni kita masih bernafas, esok Allah masih beri pinjam nafas itu pd kita lagi kan?.. sobsob.

Al-lavendari:
Ya kita manusia mmg mudah lupa al-lavendari, sdgkan iman pun sama, mudah juga turun naik, huhu. itu lah setiap hari perlu istiqamah dlm mendidik diri. Sama2 lah kita.

Hang Nadim :
Sama2 Hang Nadim. Benarlah tu. Dan nak tambah skit, pada saya pun, dgn mengingati mati sbnarnya, ia InsyaAllah bkn sja dapat membantu kita lebih khusyuk dalam ibadah utk bekalan di sana. Ttp dpt bantu kita lbh berdispln dan tawaduk dalam urusan kehidupan kt dunia nie..

Cik Skaf said...

Zedmagel :
huhu..kita semua ini mmg tak pernah lagi ke alam sana, kalau pernah agaknya en zed, tentu kita menjadi org yg tidak mampu lg melakukan apa2 pun urusan dunia kita...mgkin inilah hikmahnya kita langsung tak diberi "percubaan" merasa alam barzakh itu bagaimana.

ubaidillah alqasam:
InsyaAllah, doa itulah yg menjadi ikutan kita smua dlm setiap selesai solat setiap hari - Berlindung dengan Allah dr fitnah hidup dan mati, dari azab kubur dan azab api neraka.

mamai:
Jika kita pernah merasa dan melihat, mungkin kita sentiasa pengsan bila mengingat keadaan itu...

Sara:
contest ttg muslimah bertudung lgi ke Sara? cikskaf doakan awak menang ya.. :) bg cikskaf, tak pelah ....cukup2lah zaman muda2 dulu.. hehe.
buruk sgt rasanya kelaku skang nie klau nak masuk2 contest bagai..:P

abu muaz said...

comel artikel ni dimalam-malam terakhir ramadhan.... mudah-mudahan ada yg akan mengambil iktibar.

birU said...

salam cik skaf,
tq singgah umah biru dan jadi follower. i follow u gak, heeee
salam perkenalan dariku jua.
nice blog, perisian yg bagus!!

salam aidil fitri
maaf zahir & batin

Cik Skaf said...

Abu muaz :
InsyaAllah moga kita sama2 dpt ambil iktibar.

Biru :
Thanx biru. :) Salam aidilfitri

Lakindy said...

sungguh takut bila teringatkan masa dalam kubur tu, sedar diri tak punya apa2 menghadap ilahi.

Cik Skaf said...

Salam kenal lakindy..
mmg takut.. huhu..

pecinta_Islam said...

trima kasih kak..muga kita semua lebih insaf
:)

Cik Skaf said...

syahbandar :
harap2 nya begitulah... :)