Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts

Tuesday, August 25, 2009

AIR : Berapa Banyak Perlu Diminum?

Nota Cik Skaf : Salam semua. Alhamdulillah dah 4 hari menjalani ibadah puasa, tanpa apa-apa masalah kesihatan ataupun keletihan yang melampau. Harap semua pun macam tu juga. Moga puasa kita dan ibadah2 lainnya selama 4 hari ini diterimaNya dengan sempurna.

Bulan puasa ini, menyebabkan sesetengah orang akan kurang meminum air, tetapi bagi saya pula, saya akan minum dengan agak banyak sepanjang malam, bermula dari berbuka hinggalah ke sahur. Kononnya utk mencukupkan 3 liter air sehari (petua diet..huhu). Berbuka sahaja - ada segelas air panas, segelas air sejuk dan dua gelas air kosong. Sahur pun begitu juga. Manakala selebihnya - sepanjang malam, selepas terawikh hinggalah ke masa mau masuk tidur saya akan pastikan saya akan minum sekurang2nya 3 gelas air kosong lagi (atau 2 gelas air kosong + 1 gelas susu suam).

TAPI sebenarnya berapa banyak yang patutnya kita minum?


Petang tadi, saya terjumpa 1 info dalam diari lama, ilmu baru bagi saya, dan rasanya ingin berkongsi dgn yang lain juga.

"Ada orang kata jangan minum air banyak2. Minum seteguk dua saja untuk awet muda, terutama bagi seorang perempuan. Ada juga pendapat yang mengatakan kita perlu minum 8 gelas sehari (8 gelas sehari lebih merupakan sebagai lagenda yang telah diterima sebagai fakta)

Ada juga yang berkata kita boleh minum sebanyak mana pun air setiap hari - Lagi banyak lagi bagus, terutama bagi mereka yang berdiet, kerana air bukan sahaja membuatkan kita berasa kenyang dan memudahkan pengeluaran toksin badan tetapi juga meningkatkan metabolisme badan.

Jadi berapa banyak yang perlu diminum?

Sebenarnya ia bergantung kepada cuaca dan aktiviti yang anda lakukan sepanjang hari. Lebih banyak anda kehilangan air, maka lebih banyak air yang perlu diminum -bagi menggantikan kehilangan air itu. Lebih banyak dari 8 gelas.

Tetapi jangan pula meminum terlalu banyak! Ini kerana meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil), ia juga boleh menyebabkan setuasi **elektrolit tidak seimbang. Perlu diingatkan lebih banyak anda meminum air, lebih banyak anda perlu *menggantikan elektrolit anda. Jika tidak, maka ini lah yg jadi penyebab ketidakseimbangan elektrolit dalam badan."

** Elektrolit : Cecair yang bercas di dalam badan - antara fungsinya: menjaga tekanan osmotik tubuh, mengatur pengaliran air ke bahagian2 tertentu dalam tubuh, menjaga pH tubuh dan juga berperanan dalam proses metabolisme badan (pemecahan lemak).

* Bekalan tambahan elektrolit ini boleh didapati dari minuman air isotonik - seperti 100 Plus, Excell dan lain-lain minuman sukan.

Baca selengkapnya ...

Sunday, July 19, 2009

Tidur Yang Sihat

Nota Cik Skaf: Salam, sewaktu menaip entry ini, jam dah menunjukkan pukul 1.15 pagi. Tapi kenapa mata tak mahu lelap? huhu..oh! Mungkin saya teringat2 2 berita "penting" yang saya terima siang tadi (Kedua-duanya akan saya perihalkan kemudian dan post ke dlm blog esok). Sementara tu sempatlah saya membelek2 majalah lama. Terjumpa satu artikel mengenai tidur yang sihat. Tidur yang sihat?? hmmm..Jom kita semak camana nak dapat tidur yang sihat itu?

Waktu tidur adalah waktu seseorang individu merehatkan tubuh dan minda. Orang dewasa memerlukan 7-8 jam waktu tidur setiap malam. Namun ada juga individu mampu melakukan aktiviti seharian dengan baik walaupun hanya tidur 4 jam sehari! (Eh! ni biasa la kan..) Usah risau jika tak dapat tidur malam sekali sekala kerana ia tidak akan menjejaskan kesihatan fizikal dan mental... (huhu.. betul lah.. belum ada orang mati kerana kekurangan tidur).

Namun begitu ada beberapa panduan yang boleh diikuti jika anda mempunyai masalah untuk tidur.
  • Amalkan mandi sebelum masuk tidur, pastikan badan anda sentiasa segar. Badan yang segar mengundang tidur yang lena.

  • Cuba biasakan diri masuk tidur dan bangun pada masa yang sama setiap hari.

  • Pastikan tempat tidur dan bilik selesa. Tidak panas dan tidak bising.

  • Sebelum tidur, cubalah lakukan senaman ringan. Ini bertujuan melancarkan perjalanan darah.

  • Lebih banyakkan rilex/merehatkan diri sebelum tidur - contohnya dengan membaca atau mendengar muzik yang lembut/instrumental.

  • Fikiran kusut sudah tentu mengganggu waktu tidur anda. Jika ada masalah yang tidak dapat diselesaikan, cuba tulis dalam buku catatan (luahkan peristiwa yang membelenggu fikiran) dan beritahu diri sendiri: Masalah akan boleh diselesaikan pada esok hari.

  • Jika memang tidak boleh tidur dan rasa tidak mengantuk, jangan berbaring, sebaliknya cuba lakukan aktiviti seperti membaca, menonton TV atau mendengar muzik.

  • Buka sedikit tingkap agar udara dari dalam dan luar masuk atau berkitar dengan baik.

Tips:

  • Jika anda tidak dapat tidur semalaman, JANGAN cuba terus tidur waktu siang pada esok hari. Ia boleh mengakibatkan anda sukar tidur pada malam berikutnya. Jika terlalu letih cuba tidur lebih awal.

  • Jangan makan dan minum dengan banyak bila larut malam. Perut yang terlampau kenyang akan menyulitkan tidur anda.

  • Elakkkan daripada mengambil minuman seperti teh, kopi atau minuman berkarbonat kerana ianya boleh menyukarkan tidur anda.

Inilah dia amalan-amalan bagi mendapatkan tidur yang sihat... :)

Nota Cik Skaf: Selain daripada panduan dan tips di atas, kaedah yang saya amalkan (dan saya pasti ia juga diamalkan oleh sebahagian besar dari kita)ialah :

  • Berwudhuk sebelum tidur
  • Membaca Al-fatihah, Ayat Qursi, 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nass)
  • Mengucap 2 kalimah syahadat
  • Membaca doa tidur
  • Bercakap/berdoa menyatakan impian2 saya dalam hidup di dunia dan akhirat
  • Tutup mata -> membaca istighfar di dalam hati sehingga terlelap.

* Bagi yang ada teman di sebelah, sebelum lelapkan mata, berilah salam pada teman setiduran.. Bagi saya pula, selalunya saya akan amalkan perkara di atas selepas saya memastikan saya telahpun menamatkan "bual bicara" via sms dengan teman2 (teman-teman?? huhu..).


Baca selengkapnya ...

Wednesday, July 15, 2009

Rahsia Kulit Cantik (1)

Nota Cik Skaf: Salam, hari ni nak post entry tentang kecantikan pulak. Wanita dan kecantikan mana boleh dipisahkan...ye tak. Namun kadang-kadang kita melebihkan merawat kecantikan wajah sahaja, sedangkan kulit badan tidak diambil endah. Kita patut sedar bahawa keadaan kesihatan kulit mencerminkan keadaan kesihatan tubuh badan kita. Oleh itu seperti juga kulit wajah, kesihatan kulit badan juga seharusnya dijaga sejak awal lagi.

4 LANGKAH MERAWAT KULIT

1. MELULUR
- biasanya dilakukan 1-2 x seminggu
- Melulur ni dilakukan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati pada permukaan kulit & juga bagi mencegah kekeringan kulit.

2. PEMBERSIH TUBUH
- Ini shower foam la kan. Ia diperlukan untuk menghilangkan kekotoran dan peluh yang melekat di tubuh sepanjang hari.
- Pilihlah sabun yang mempunyai pH neutral supaya kelembapan kulit terjaga.
- Gunakan sabun yang dari jenis gel atau susu

3. PELEMBAP
- Penyapuan pelembab adalah digalakkan selepas mandi - ini kerana pada saat itu kulit tubuh dapat menyerap pelembab dengan lebih baik. (Tapi ini yang selalu diabaikan - kalau sapu pun pada bahagian tangan sajakan? huhu..Jgn begitu.. jgn malas merawat tubuh sendiri)
- Sekiranya anda sering berada dalam bilik berhawa dingin - sapukan pelembab setiap 2 jam sekali bagi mencegah kekeringan dan dehidrasi.
- Berikan tumpuan pada kulit kaki anda kerana ia lebih mudah menjadi kering dan merekah.

4. NUTRIEN YANG BAIK
- Makan buah-buahan dan sayuran segar yang mengandungi vitamin A, C dan E sangat baik untuk menjaga kemulusan kulit. Vit A (cth: bayam) - mencegah kekeringan kulit, manakala C (cth: buah oren) & E (cth:kekacang) terkenal kerana khasiat antioksidannya.

(Jika mampu, lakukan rawatan spa sebulan sekali untuk merawat wajah, melulur, mandi susu, urutan dan sebagainya untuk mengembalikan kesegaran tubuh dan mencantikkan kulit. - Bukankah diri anda begitu berharga?)

--------------------------------------------------------------------------------------------


TIP PEROLEHI KULIT SIHAT

1.Banyakkan minum air. Sekurang2nya 8 gelas sehari - Ini bagi mengelakkan dehidrasi/kehilangan lembapan kulit.

2. Bersihkah kulit wajah dan badan sekurang2nya 2x sehari - pagi dan malam sebelum tidur (Jangan lupa selepas itu sapukan penyegar dan pelembab)

3. Lakukan urutan pada wajah di malam hari untuk merangsang peredaran pertukaran sel2 pada kulit.

4. Tukar jenis produk perawatan kulit sesuai dengan jenis kulit dan gaya hidup anda

5. Elakkan sinar matahari terus ke kulit - ini bagi mengelakkan gangguan kulit seperti kedutan, belang, bintik hitam, jerawat dan kanser kulit.
(Tip: Pilih sunblock yg mempunyai SPF 30 atau lebih dan mengandungi perlindungan *UVA dan UVB dalam satu)

6. Jaga pola pemakanan yang sihat, seimbang dan cukup zatnya.

7. Lakukan senaman - apabila bersenam, otot2 akan meregang. Ini membuatkan kulit akan tampak sihat. Selulit juga dapat dielakkan dengan senaman yang secukupnya.

* UVA - sinar ultraviolet - adalah sinar matahari yang tidak jatuh terus di permukaan kulit, ia berpotensi menimbulkan kanser kulit.
UVB - sinar ultraviolet dari matahari yang jatuh terus ke permukaan kulit.

(diolah semula dr beberapa artikel dlm majalah RAPI 15 Mei 09)

Baca selengkapnya ...

Sunday, July 5, 2009

Darah vs Makanan (siri 1)

Apa jenis darah anda? A,B,AB atau O? Sebahagian besar dari kita mungkin tak mengetahui bahawa jenis darah dan pengambilan makanan seharian kita saling berkaitan dalam menjaga kesihatan tubuh badan. Sesetengah bahan makanan yang diambil mungkin beracun bagi golongan darah tertentu tetapi adakalanya memberi kebaikan bagi golongan darah yang lain.

GOLONGAN DARAH A
- Darah kelihatan lambat mengalir dan berlaku pengumpulan kotoran pada dinding arteri.
- Berisiko tinggi mendapat serangan penyakit anemia, hati, hempedu, jantung, kanser dan strok.
- Golongan ini dikatakan gagal mengatasi tekanan disebabkan imunisasi sel yang rendah
(Nota: Golongan darah O membakar lemak dari daging. Manakala golongan darah A menyimpan lemak sehingga berisiko tinggi mendapat obesiti)

Panduan Pemakanan bagi golongan darah A
Setiap makanan dikelaskan kepada tiga kategori:-
SESUAI - makanan tersebut bertindak sebagai antibodi menahan penyakit.
SEDERHANA SESUAI - pengaruh makanan tersebut terhadap tubuh sangat kecil
HINDARI - makanan tersebut memberi kesan negatif terhadap kesihatan badan

KARBOHIDRAT
(Harus menghindari makanan yang mengandungi glukosa tinggi terutama tepung gandum)
SESUAI
- Tepung beras - Oat - Mee Jepun (?)
SEDERHANA SESUAI
- Beras putih/merah/hitam - Cornflakes - Kanji
- Tepung gandum/ubi / sagu - Jagung - Roti
HINDARI
- Kulit gandum

DAGING DAN BURUNG
(Golongan ini tidak sesuai memakan daging dan burung. Produk olahan daging menyebabkan mereka mudah diserang penyakit kanser)
SESUAI
- Tiada
SEDERHANA SESUAI
- Ayam / Ayam Belanda
HINDARI
- Daging Lembu / Kambing / Kerbau
- Daging Burung / Angsa / Arnab / Itik

MAKANAN LAUT
(Ikan berwarna putih tidak sesuai kerana mengandungi *lektin yang menjejaskan sistem pencernaan)
SESUAI
- Ikan mas - patin - kerapu - Ikan keli - lampan
- Ikan salmon - sardin - kod
SEDERHANA SESUAI
- Ikan tuna - talapia - kaloi - Kerang
HINDARI
- Sotong - Siput - Udang - KetamItalic - Kepah
- Tiram - Belut - Udang karang
(* huhuhu..sedihnyaaa... semua seafood x boleh makan ke??)

TELUR & PRODUK OLAHAN TENUSU
SESUAI
- Tiada
SEDERHANA SESUAI
- Yogurt - Susu Kambing - Keju Mozarella
- Telur Ayam/Puyuh/Angsa
HINDARI
- Susu Lembu - Dadih - Blue Cheese - Mentega - Aiskrim

MINYAK & LEMAK
SESUAI
- Minyak Zaitun (Minyak ini baik untuk sistem pencernaan)
- Minyak Tumbuhan
SEDERHANA SESUAI
- Minyak Kacang Soya - Minyak Bunga Matahari - Minyak Bijan
HINDARI
- Minyak Kelapa - Minyak Jagung

KEKACANG DAN BIJIRIN
SESUAI
- Tempe - Tauhu - Bihun Halus
- Kacang - Tanah / Buncis / Soya
SEDERHANA SESUAI
- Kacang Almond /Pecan/Hazel/Chestnut
- Kacang Hijau - Kacang Panjang - Bijan
HINDARI
- Kacang Merah - Kacang Ginjal

SAYUR-SAYURAN
SESUAI
- Saderi - Lobak - Tauge - Brokoli - Bayam - Kacang Bendi
- Kailan - Cendawan
SEDERHANA SESUAI
- Mentimun - Jagung - Keladi - Pucuk Ubi Kayu - Lobak Putih
- Asparagus - Kangkung - Daun Betik - Labu - Sawi
HINDARI
- Tomato - Terung - Cendawan Shitake - Ubi - Peria
- Kentang - - Sayuran Masin - Acar Bercuka

BUAH-BUAHAN
SESUAI
- Buah Ceri - Nenas
SEDERHANA SESUAI
- Strawberi - Belimbing - Tembikai -- Epal - Kurma - Pear
- Jambu Batu - Kiwi - Kismis - Delima - Anggur
HINDARI
- Pisang - Kelapa - Mangga - Betik - Limau - Jeruk - Tembikai Madu

MINUMAN
SESUAI
- Teh Hijau - Kopi tanpa Kafein - Jus Buah2an dan Sayur2an
SEDERHANA SESUAI
- Air Putih
HINDARI
- Air Soda - Teh Hitam - Kopi Pekat

Secara ringkasnya, golongan darah A memerlukan makanan yang segar, bersih dan organik. Golongan ini sensitif terhadap lektin pada ubi keledek, kobis, tomato dan keladi. Manakala buah mangga, betik dan limau tidak sesuai untuk sistem pencernaan. Begitu juga dengan daging kerana sumber proteinnya yang tinggi. Manakala produk olahan susu tidak sesuai kerana menurunkan fungsi metabolisme tubuh golongan ini. (owhhh.. patutlah bila diet, berat susah turun, sbb suka minum susu..)

Panduan tentang jenis darah dan makanan ini dipetik dari buku "Siri Panduan Diet Golongan Darah"

Baca selengkapnya ...