Thursday, June 25, 2009

JOKES

Feeling At Home

Ahmad was preparing to check into a hotel in Malaysia. "I hope my stay will comfortable," he said to the front desk manager.

"Sir, you will feel as if you are in your own home," assured the manager, drawing himself up proudly.
But he shrunk when he saw Ahmad cancel his booking, "Sir, what's wrong?"
"I'm going to another hotel. If i'm going to feel as if i'm at home, i might as well have stayed there."

----------------------------------
Fishing Trip

Yusof phoned home from his office and told his wife, "I am going fishing for a week. We have to leave right away. So pack my clotes, my fishing equipment, and especially my blue silk pyjamas. I'll be home in an hour to pick them up."
He went home in a hurry and grabbed everything and rushed off.
A week later he returned. His wife asked, "Did you have a good trip, dear?"
"Oh yes, great! But you forgot to pack my blue silk pyjamas."
His wife smiled and said, "Oh no, I didn't. I put them in your tackle box!"

-----------------------------------


Good Defence

Fauzi rushed into the train station just as the train was leaving. Fauzi scolded his wife, "If you had hurried, we would not need to wait forty-five minutes for the next train."
"If you had not hurried me, we would only need to wait for the minutes for the next train," the wife countered.

-----------------------------------
I Prefer Your Daughter

"Uncle, I would like to marry your daughter," Khalid boldly declared to his girlfriend's father.
"Hmmm, have you seen my wife?" the father said.
"Yes, thank you. but I prefer your daughter," Khalid replied.

-----------------------------------
Please Re-Sign

Bala's new secretary, anxious to please, hurriedly finished a letter and gave it to him for signature. He detected a minor typing error, but signed the letter anyway.
Before she mailed it, the secretary noticed her mistake, so she type a revision and placed it on his desk with a note: 'Please resign'.

CikSkaf : A joke a day keeps the blues away. LAUGH AND BE HAPPY..!!


Baca selengkapnya ...

Tuesday, June 23, 2009

KEMPEN JOM SENYUM! (2)

PETUA DIMURAHKAN REZEKI

Abu Yazid Al-Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah tidak saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Abu Yazid Al-Busthami menjawab, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riak mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya".

Lelaki itu tertunduk dan berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdulillah, sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Raut mukanya berseri.

Tidak hairanlah jika Imam Hasan Al-Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah s.a.w menegaskan bahawa senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Tiada persoalan yang dapat diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, InsyaAllah apapun persoalannya nescaya dapat diatasi.

Artikel dipetik dari buku diari "Perancangan Eksekutif Islam" - milik saya.

Nota CikSkaf: JOM SENYUM..! MANISKANLAH MUKA KITA. Walau bagaimana pun gelisah hati, terganggu perasaan, namun senyumlah pada semua. Senangkanlah hati orang yang memandang, moga kesenangan hati mereka tempiasnya kena pada kita.

Baca selengkapnya ...

KEMPEN JOM SENYUM!

Artikel dipetik dari buku "Tip Menjadi Individu Menarik - Dato' Dr Fadzilah Kamsah"


Apabila senyuman dibalas dengan senyuman, maka ia adalah satu pengesahan kepada satu "persetujuan senyap" yang memberi erti perkenalan dan perhubungan itu memasuki peringkat yang lebih dekat dan mesra.

Ramai orang merungut kerana mereka dianggap oleh orang lain sebagai sombong pada permulaan perkenalan mereka. Selepas beberapa lama berkawan ataupun berurusan, barulah orang menyedari dia seorang yang peramah. Alangkah malangnya satu perhubungan yang sepatutnya sudah memasuki peringkat intim menjadi tawar hanya kerana seorang tidak suka senyum.

Mengapa susah hendak senyum?
Mereka bukan susah senyum, tetapi mereka tidak tahu bila masanya fikiran bawah sedar mereka patut memprogramkan perbuatan senyum itu. Ada sesetengah orang yang berjumpa orang lain ataupun berada dalam majlis rasmi yang tidak memprogramkan tingkah lakunya secara tepat seumpama tidak mengukir senyuman pada orang lain.

Mata orang yang tersenyum daripada senyuman hati dapat dilihat apabila matanya mengecil. Bersertakan senyuman, matanya mengecil dan dia merenung ke dalam mata orang yag dia berjabat tangan ataupun bertemu. Sebaliknya orang yang bersalaman bukan dari hatinya, matanya tidak mengecil.

Mengapa mata mengecil? Pakar bahasa badan, Allan Pease dalam kajiannya mendapati bahawa otot muka kita bergerak secara berkumpulan apabila kita mengalami satu-satu perasaan. Contohnya sekiranya seorang dalam keadaan terkejut, matanya terbuka besar, keningnya menaik dan mulutnya terbuka luas. Sama juga seperti senyuman hati. Apabila seorang senyum, maka otot muka dan matanya sekali bergerak secara konsisten dengan otot pipinya. Dalam erti kata mudah, senyuman dari hati datang dengan pakej senyuman pada mata sekali.

Pada asasnya bicara hati diperlihatkan pada bicara mata.

Nota CikSkaf : Rasulullah bersabda "Senyuman juga adalah satu sedekah".

JOM SENYUM!
moga ia dapat mengeratkan lagi silaturrahim kita.


Baca selengkapnya ...

JANGAN KOTORI HATI

Artikel di bawah dipetik dari buku "Tip Menjadi Individu Menarik - dalam tajuk Jagalah Hati Jangan Kau Kotori - Dato'Dr Fadzilah Kamsah"

Apabila seseorang itu mempunyai hati yang bersih, maka dia menjadi pusat segala kebaikan di muka bumi ini. Orang yang hatinya bersih, secara automatik memiliki suatu kuasa magnet yang luar biasa. Kata-katanya dapat meyakinkan lawan bicaranya. Sikapnya menunjukkan yang dia sentiasa sedang diawasi oleh Tuhan. Jelas kelihatan padanya hanya redha Tuhan yang diharapkan.

Bergaul dengan cara yang baik adalah bergaul daripada hati ke hati dengan ikhlas.

1. Saya bukan ancaman bagi saudara
- Jadilah individu yang tidak menjadi ancaman kepada orang lain. Rasulullah bersabda " Muslim yang baik itu adalah muslim yang menyelamatkan Muslim lainnya daripada gangguan tangan mahupun lisannya." Dengan hati yang bersih, orang lain berasa aman dan tenang berjumpa dan berurusan dengan kita.

2. Hindarkan menghina
- Hindarkan segala macam sifat yang merendahkan, mengutuk dan menghina dalam bentuk apa pun kepada seseorang, baik peribadinya, bentuk tubuhnya dan lain-lain.

3. Hindarkan memotong percakapan
- Walaupun seseorang itu pandai bercakap dan dia adalah seorang ketua namun ini tidak bermakna dia boleh memotong percakapan orang lain. Mendengar sebenarnya memerlukan komitmen yang lebih daripada bercakap. Cuba latih diri bersabar mendengar. Apabila kita memberikan peluang kepada orang lain bercakap maka kita lebih dihormati.

4. Hindarkan membanding-banding
- Kita biasa membandingkan individu itu dengan individu ini. Ia membawa sakit hati dan kecewa apabila individu tersebut mendengarnya. Dalam organisasi pekerja selalu menyalahkan satu masalah kepada pihak yang satu lagi. Akhirnya mereka hanya sibuk menyalahkan orang lain tanpa benar-benar menyelesaikan masalah itu.

5. Hindarkan merosak kebahagian orang lain
- Merosakkan kebahagian orang lain adalah satu lagi tanda busuk hati. Jgn melihat pembinaan menarik sebagai satu persaingan. Sekiranya rakan kita mendapat jawatan yang lebih tinggi ataupun mendapat anugerah, maka kita raikannya walaupun kita tidak mendapat anugerah yang sama.

6. Jangan mengungkit masa lalu
- Hati individu yang menarik terurus apabila dapat memaafkan kesalahan orang lain yang lepas. Ataupun sekiranya dia membantu seseorang, maka diaa senyap tanpa orang lain tahu peristiwa yang sebenar. Belajar menerima kesalahan orang lain dan membuka lembaran baru.

7. Hati-hati dengan marah
- Marah yang tidak terkawal dapat merosakkan perhubungan. Sudah tiba masanya kita melatih diri menahan diri daripada marah. Saidina Ali berkata "Kekuatan yang sebenar adalah kekuatan menahan diri daripada marah"

Nota CikSkaf: Moga kita menjadi individu yang sentiasa memastikan hati kita tetap dalam keadaan *sihat dan hidup. Kesihatan tubuh badan hanya menjamin kebahagiaan di dunia sahaja, sedangkan kesihatan jiwa, akan menentukan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat juga.

* Semua jenis kebaikan dan ketaatan merupakan makanan bagi hati.

Baca selengkapnya ...

Monday, June 22, 2009

SAJAK BUAT BAKAL SUAMI

Sajak Aminah Qutb Buat Bakal Suami
(Aminah Qutb merupakan adik perempuan kepada tokoh terkenal Syed Qutb yg mati ditali gantung kerana ketajaman penanya - di petik dari buku "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul" - Fatimah Syarha)
Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua
Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..

Nota CikSkaf : Hari yang kosong, lopong dan sepi. ~ Ya Allah moga segala apa yang Dikau jauhkan dariku dari segala hal yang aku cintai ianya semakin dapat mendekatkan daku kepadaMu dan apa-apa jua yang Dikau cintai, Ya Allah kupohon jua, janganlah hendaknya Dikau biarkan daku larut dalam kesedihan dan kekecewaan yang panjang..~

Baca selengkapnya ...

Thursday, June 18, 2009

PILIHAN CINTA

Juga dipetik dari www.iLuvislam.com

Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberikan kepada seseorang yang boleh bergelar suami, pilihlah seorang lelaki yang :-
1.Kuat Pengamalan Agamanya - Ukuran boleh dibuat adakah dia menjaga sembahyang fardhunya biar sesibuk mana pun dia, adakah dia kerap berjemaah dan bersembahyang pada awal waktu. Ukur juga, apakah dia menjaga auratnya dengan memakai pakaian yang sopan terutama sewaktu bersukan.
2. Baik Akhlaknya - Ketegasannya nyata tetapi sebenarnya dia seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Dia bertutur dengan sopan kerana melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas Mempertahankan Maruah - Ukur, apakah dia pernah pergi ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibiliti dan maruah-nya seperti ke tempat-tempat hiburan yang penuh dengan maksiat.
4. Amanah - Selidiki, apakah dia seorang yang tidak pernah mengabaikan tugas yang diberikan kepadanya atau apakah dia pernah menyalahgunakan kedudukannya.
5. Tidak Boros - Dia bukanlah kedekut tetapi seorang yang tahu membelanjakan wangnya dengan bijaksana. Nikmat yang ada padanya seperti makanan boleh dikongsi sama dengan orang-orang lain yang berhak.
6. Tidak Mengelingas Matanya - Perhatikan apakah matanya kerap mengelingas ke arah perempuan lain yang lalu-lalang sewaktu berbicara. Jika begitu, dia seorang yang bermata keranjang dan berbahaya untuk disenaraikan sebagai calon suami.
7. Terbatas Pergaulan - Dia tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah menjadi fitnah orang.
8. Siapakah Rakan Pergaulannya - Rakan-rakan pergaulan adalah yang sama sepertinya.
9. Bertanggungjawab - Rasa bertanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh manakah dia menguntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika dia seorang yang agak berada tetapi keluarganya hidup susah,dia bukanlah seorang yang bertanggungjawab.
10. Tenang wajahnya Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Perhatikan, apakah wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Andainya dia seorang yang kelam-kelibut dia bukanlah calon suami yang anda cari-cari.

Berbahagia dan bersyukurlah jika anda dicintai calon suami yang demikian sifatnya.

Nota CikSkaf - Sebagai wanita kita memang kurang mampu/ kurang keupayaan/kurang kesempatan untuk mencari-cari di mana lelaki2 berakhlak mulia ini berada, yang kita mampu hanyalah menilai mereka yang hadir dalam hidup kita. Namun agak menyedihkan apabila kebanyakan yang hadir adalah mereka yang kurang mempunyai ciri2 tersebut.

Kerana itu saya percaya, apa yang penting kita sendirilah yang sebenarnya perlu bersungguh2 mendidik diri menjadi lebih baik, menguatkan pegangan, mengukuhkan hati, bersungguh2 menjaga akhlak dan bersungguh2 menjaga hubungan kita dengan Allah dan manusia. Moga dengan keikhlasan dan ketulusan hati kita Allah temukan dengan "teman ke syurga itu" yang menemani kita bukan sahaja hingga ke hujung nyawa tetapi juga sampai ke akhirat sana. Amin..

Doa Pengasih ajaran Rasulullah S.A.W
Maksudnya : "Ya Allah jadikanlah hambaMu ini menyintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman menyintaiku." (Riwayat Muslim)

Baca selengkapnya ...

7 SUNNAH RASULULLAH

Artikel di petik dari laman web www.iLuvislam.com (Semua tulisan yang di "italic"kan itu hanyalah ulasan peribadi saya)

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: TAHAJJUD, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

(Andai tidak berkemampuan untuk tidur-bangun-tidur bagi mengerjakan tahajud pada waktu2 mustajab 3.00 pagi, kita mungkin boleh cuba displinkan diri bangun awal 1-2 jam sebelum subuh. InsyaAllah dengan itu kita mempu melakukan amalan qiamulail ini setiap hari tanpa rasa terlalu membebankan diri)

Kedua: MEMBACA AL-QUR’AN sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. (Bukan sahaja selepas subuh, tetapi sebaik2nya selepas tiap2 solat fardhu. Apakata kita cuba jadikan pembacaan Al-Quran sebagai habit dan amalan-mesti-buat sama seperti wirid dan zikir selepas solat, jika tak sempat sngat, dapat 10 ayat sekali pembacaan pun jadilah)

Ketiga: JANGAN TINGGALKAN MASJID terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan.
(Sebagai wanita kita mungkin tak mampu dan tak juga disunatkan melakukan amalan ini,kan?)

Keempat: jaga SOLAT DHUHA, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
(Waktu terbaik adalah lebih kurang pukul 10.30 pagi, jadi bagi yang bekerja bolehlah kita ambil peluang sedikit dari waktu minum pagi untuk mengerjakan solat sunat ini)

Kelima: jaga SEDEKAH SETIAP HARI. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
(Nak sedekah pada siapa ek? selalu tanya mcm tu kan? Ok selain orang susah dan fakir disekeliling kita, kita juga boleh tengok kat paper, hari2 ada orang perlukan bantuan - perlu bank in kan sahaja, kat kedai2 runcit n restoran2 pun ada banyak tabung derma)

Keenam: JAGA WUDHU TERUS MENERUS kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan ISTIGHFAR setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. (dan zikir juga!)

Moga kita sama-sama mampu mendidik diri istiqamah dalam melakukan amalan ini setiap hari. Walaupun kadangkala (selalunya!) nafsu hati dan kemalasan lebih menguasai diri. Bukankah nafsu itu sebenarnya mmg musuh yang paling nyata?

Baca selengkapnya ...

PSIKOLOGI WARNA PAKAIAN

Semua orang mudah terpesona dengan warna yang menarik dan cantik. Kebanyakan benda di dunia ini menjadi cantik dan menarik disebabkan warnanya. Begitulah juga pakaian. Berikut adalah maksud dan kesesuaian warna pakaian dalam perhubungan sosial. (Di petik dari buku Anggun di luar serlah pesona dr dalam - Ahmad Naim Jaafar)

MERAH
Panas, berbahaya, marah, bertenaga, ghairah, agresif dan bersemangat.
Kesesuaian :
Apabila ingin menonjolkan diri dalam sesuatu masa/tempat.
Jangan kenakan warna ini jika kita dalam keadaan penat/murung – boleh membawa kesan negatif dalam perhubungan.
Elakkan dari memakai pakaian merah dari kepala hingga ke kaki.
Sesuai bagi mereka yang berkulit cerah.

MERAH JAMBU
Feminin, mudah didekati, sentimental, mudah tersinggung dan lemah lembut.
Kesesuaian:
Lebih sesuai dipakai oleh perempuan.
Lelaki yang ingin memakai warna ini – seelok2nya berkulit cerah dan berperwatakan menarik.
Lebih sesuai untuk jalinan perhubungan sosial yang santai bukannya profesional.

KUNING
Cerah, gembira, ceria, mesra, aman, pengecut dan licik.
Kesesuaian:
Bagi mereka yang ingin menampilkan imej ceria, gembira dan jenaka.
Kurang sesuai untuk perhubungan profesional dan formal.
Mereka yang memakai warna ini dilihat sbg seorang yg kreatif, optimis dan berani mencuba.
Juga dianggab pengecut atau licik apabila digandingkan dengan aksesori yang tidak sesuai.

BIRU
Tenang, aman, menyegarkan, tenteram, sentosa, jujur, formal, bertenaga, estim tinggi, sedih dan kecewa.
Kesesuaian:
Sesuai dipakai oleh setiap lapisan umur, di mana sahaja, apa sahaja tempat dan keadaan.
Juga sesuai untuk setiap warna kulit.
Bagi perempuan – warna biru bagi membangkitkan seri wajah dan tubuh.
Bagi lelaki – ini adalah warna kematangan – juga simbol ketenangan.
Orang yang mengenakan warna biru dilihat lebih tampan dan mesra.

KELABU
Neutral, sederhana, hormat, seni, teliti, tua, sedih dan suram
Kesesuaian:
Pemilihan corak yang sesuai – memberikan imej positif.
Jika corak dan rekaan malap – imej sedih, suram dan tidak bersemangat.
Perlu peka dengan aksesori tambahan yang digandingkan bersama.
NAMUN warna ini juga dikaitkan dengan imej profesional – ia menggambarkan kesederhanaan dan hormat.

OREN
Hidup, ceria, gembira, mesra, bersemangat, prihatin dan tidak berdisplin.
Kesesuaian:
Ia menggambarkan si pemakai seorang yang mudah mesra dan prihatin.
Sesuai dikenakan pada pakaian sosial – namun tidak pada yang bersifat profesional.
Warna ini boleh menurunkan status profesional individu yang memakainya -di mata mereka yang melihat.
Seimbangkan warna ini dengan warna lain yang lebih lembut.
Warna ini sesuai bagi aksesori tambahan wanita, namun tidak sesuai bagi aksesori lelaki.

HIJAU
Ketenangan, kesegaran, mesra, seimbang, cemburu dan ketidakmatangan.
Kesesuaian:
Ia adalah warna ketenangan sama seperti biru.
Bagi lelaki – warna hijau lembut seperti hijau pucuk pisang lebih sesuai bagi kemeja, kemeja T dan baju kebangsaan.
Bagi perempuan – sesuai apa sahaja jenis pakaian.
Orang yang memakai warna hijau lembut ini memberi mesej tidak formal dan mesra.
Namun bagi Hijau gelap/terang – orang yang memakainya dilihat sebagai individu yang malas dan membosankan.
Oleh itu jika berminat untuk memakai warna ini cuba menimumkan jumlah warnanya.

UNGU
Kaya, dominan, dramatik, misteri, bijaksana, bersemangat dan berkuasa
Kesesuaian:
Sesuai bg sesiapa sahaja yang ingin menampilkan diri sebagai orang yang dominan dan bijaksana. Warna ungu yang sederhana dan gelap lebih sesuai bagi perempuan - TANPA memadankannya dengan biru gelap ataupun kelabu.
Bagi lelaki – kurang sesuai dijadikan warna pakaian kecuali dalam kuantiti yg sedikit.
Warna ungu gelap/cerah lebih efektif apabila digandingkan sebagai tali leher bagi baju yang berwarna putih .

COKLAT
Kemahuan tinggi, produktif, beriman, sedih, mengambil berat, tidak canggih dan kelam
Kesesuaian:
Warna coklat gelap atau muda lebih sesuai sebagai aksesori tambahan lelaki dan perempuan.
Namun boleh memakai pakaian warna coklat jika ia adalah coklat lembut.
Elakkan memakai pakaian coklat dari kepala hingga ke kaki.
Pastikan penggunaan warna coklat adalah minimum bagi penampilan profesional.

Baca selengkapnya ...

Wednesday, June 17, 2009

MUNAJAT

Entry pertama untuk blog ini adalah lirik lagu yang ingin saya kongsikan dengan yang lain. Yang mana ia merupakan alunan lagu wajib saya bagi memulakan hari - di setiap pagi. Lagu dari kumpulan Rabbani. Saya terlalu menyukai lagu ini sejak dr sekolah lagi (sejak mereka di dalam Al-Arqam). Lirik, Melodi serta vokal ustaz Asri dalam lagu ini cukup mendamaikan, menenangkan dan memberi keinsafan pada diri.

MUNAJAT

TUHAN..
KUBISIKKAN KERINDUAN,KEINSAFAN,PENGHARAPAN
TUHAN..
KUSEMBAHKAN PENGORBANAN
MEMBUKTIKAN KECINTAAN

BISIKANKU UNTUKMU..
MUNAJATKU MOHON RESTU
SEMOGA CINTAKU BUKAN PALSU
PADA DESIRAN PENUH SYAHDU
GELOMBANG LAUTAN RINDUKU

MUNAJATKU DALAM SYAHDU...
MERINDUI MAGHFIRAHMU
MARDHIAHMU DALAM RESTU
HARAPAN TULUSNYA HATIKU..

KURINDUKAN PIMPINANMU
KEAGUNGANMU DALAM DOAKU
KEBESARAN PADA QUDRATMU
IA MEMBINA ROHANIKU..

UJIAN KEPAHITAN DI DALAM KEHIDUPAN
PADANYA ADA KEMANISAN
KETENANGAN DAN KEBAHAGIAAN
BAYANGAN SYURGA IDAMAN..


Nota CikSkaf: "Setiap suratan yang kita tempuhi, lihatlah hikmah yang tersembunyi, pohonlah hanya padaNya..Lapangkanlah hati yang sengsara.."

Baca selengkapnya ...