Artikel dipetik dari buku "Tip Menjadi Individu Menarik - Dato' Dr Fadzilah Kamsah"
Apabila senyuman dibalas dengan senyuman, maka ia adalah satu pengesahan kepada satu "persetujuan senyap" yang memberi erti perkenalan dan perhubungan itu memasuki peringkat yang lebih dekat dan mesra.
Ramai orang merungut kerana mereka dianggap oleh orang lain sebagai sombong pada permulaan perkenalan mereka. Selepas beberapa lama berkawan ataupun berurusan, barulah orang menyedari dia seorang yang peramah. Alangkah malangnya satu perhubungan yang sepatutnya sudah memasuki peringkat intim menjadi tawar hanya kerana seorang tidak suka senyum.
Mengapa susah hendak senyum?
Mereka bukan susah senyum, tetapi mereka tidak tahu bila masanya fikiran bawah sedar mereka patut memprogramkan perbuatan senyum itu. Ada sesetengah orang yang berjumpa orang lain ataupun berada dalam majlis rasmi yang tidak memprogramkan tingkah lakunya secara tepat seumpama tidak mengukir senyuman pada orang lain.
Mereka bukan susah senyum, tetapi mereka tidak tahu bila masanya fikiran bawah sedar mereka patut memprogramkan perbuatan senyum itu. Ada sesetengah orang yang berjumpa orang lain ataupun berada dalam majlis rasmi yang tidak memprogramkan tingkah lakunya secara tepat seumpama tidak mengukir senyuman pada orang lain.
Mata orang yang tersenyum daripada senyuman hati dapat dilihat apabila matanya mengecil. Bersertakan senyuman, matanya mengecil dan dia merenung ke dalam mata orang yag dia berjabat tangan ataupun bertemu. Sebaliknya orang yang bersalaman bukan dari hatinya, matanya tidak mengecil.
Mengapa mata mengecil? Pakar bahasa badan, Allan Pease dalam kajiannya mendapati bahawa otot muka kita bergerak secara berkumpulan apabila kita mengalami satu-satu perasaan. Contohnya sekiranya seorang dalam keadaan terkejut, matanya terbuka besar, keningnya menaik dan mulutnya terbuka luas. Sama juga seperti senyuman hati. Apabila seorang senyum, maka otot muka dan matanya sekali bergerak secara konsisten dengan otot pipinya. Dalam erti kata mudah, senyuman dari hati datang dengan pakej senyuman pada mata sekali.
Pada asasnya bicara hati diperlihatkan pada bicara mata.
JOM SENYUM!
moga ia dapat mengeratkan lagi silaturrahim kita.
2 comments:
Salam,
Jom jom jom...kita buat kempen senyum...mari mari....
salam muhd Suhaily. jom sesama kita buat kempen senyum!
dah lawat blog sdra. Sgt berminat. banyak nak tanya n banyak yang nak saya pelajari.
Post a Comment