Tuesday, June 23, 2009

KEMPEN JOM SENYUM! (2)

PETUA DIMURAHKAN REZEKI

Abu Yazid Al-Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah tidak saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Abu Yazid Al-Busthami menjawab, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riak mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya".

Lelaki itu tertunduk dan berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdulillah, sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Raut mukanya berseri.

Tidak hairanlah jika Imam Hasan Al-Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah s.a.w menegaskan bahawa senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Tiada persoalan yang dapat diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, InsyaAllah apapun persoalannya nescaya dapat diatasi.

Artikel dipetik dari buku diari "Perancangan Eksekutif Islam" - milik saya.

Nota CikSkaf: JOM SENYUM..! MANISKANLAH MUKA KITA. Walau bagaimana pun gelisah hati, terganggu perasaan, namun senyumlah pada semua. Senangkanlah hati orang yang memandang, moga kesenangan hati mereka tempiasnya kena pada kita.

6 comments:

anaklaut said...

salam...

terima ksih ats ulasan anda di anaklaut, saya sangat menghargainya..

Mama Alin said...

alamak macamana ni ye? Macam saya..rasa muka tak lah kerut..tapi orang selalu kata saya nampak sombong..mcmana tu?

GRuNGe said...

Wah wah wah Yazid Bustami. Lama tak dengar nama itu.

Cik Skaf said...

anaklaut - Terima kasih juga kerana awak jadi orang pertama yang komen di blog saya..hehe. Terima kasih. Salam ukhwah. Sila singgah lagi.

Mamaalin - hehehe.. mcm kenal je nie.. takpe orang kata sombong, asal orang kata awak awet muda selalu!

Grunge - haiii grunge. terima kasih singgah. sila beri tunjuk ajar yer.. huhu.

anaklaut said...

salam...

pendapat anda ada betulnya..tak nafi mungkin ada kejutan dalam hantaran perkahwinan tu, kata nak bagi RM 15,000, tapi bila tiba hari yang ditetapkan, tambah lagi RM 5000 jadi 20,000.

tq sudi singgah memninggalkan ulasan dalam blog saya.

Cik Skaf said...

wah2 cth hantaran kawen 20 ribu ya.. perghhh.. sapakah yang punya hantaran sebanyak tu agaknya anaklaut...(kecuali artis2 je).