Thursday, June 18, 2009

PSIKOLOGI WARNA PAKAIAN

Semua orang mudah terpesona dengan warna yang menarik dan cantik. Kebanyakan benda di dunia ini menjadi cantik dan menarik disebabkan warnanya. Begitulah juga pakaian. Berikut adalah maksud dan kesesuaian warna pakaian dalam perhubungan sosial. (Di petik dari buku Anggun di luar serlah pesona dr dalam - Ahmad Naim Jaafar)

MERAH
Panas, berbahaya, marah, bertenaga, ghairah, agresif dan bersemangat.
Kesesuaian :
Apabila ingin menonjolkan diri dalam sesuatu masa/tempat.
Jangan kenakan warna ini jika kita dalam keadaan penat/murung – boleh membawa kesan negatif dalam perhubungan.
Elakkan dari memakai pakaian merah dari kepala hingga ke kaki.
Sesuai bagi mereka yang berkulit cerah.

MERAH JAMBU
Feminin, mudah didekati, sentimental, mudah tersinggung dan lemah lembut.
Kesesuaian:
Lebih sesuai dipakai oleh perempuan.
Lelaki yang ingin memakai warna ini – seelok2nya berkulit cerah dan berperwatakan menarik.
Lebih sesuai untuk jalinan perhubungan sosial yang santai bukannya profesional.

KUNING
Cerah, gembira, ceria, mesra, aman, pengecut dan licik.
Kesesuaian:
Bagi mereka yang ingin menampilkan imej ceria, gembira dan jenaka.
Kurang sesuai untuk perhubungan profesional dan formal.
Mereka yang memakai warna ini dilihat sbg seorang yg kreatif, optimis dan berani mencuba.
Juga dianggab pengecut atau licik apabila digandingkan dengan aksesori yang tidak sesuai.

BIRU
Tenang, aman, menyegarkan, tenteram, sentosa, jujur, formal, bertenaga, estim tinggi, sedih dan kecewa.
Kesesuaian:
Sesuai dipakai oleh setiap lapisan umur, di mana sahaja, apa sahaja tempat dan keadaan.
Juga sesuai untuk setiap warna kulit.
Bagi perempuan – warna biru bagi membangkitkan seri wajah dan tubuh.
Bagi lelaki – ini adalah warna kematangan – juga simbol ketenangan.
Orang yang mengenakan warna biru dilihat lebih tampan dan mesra.

KELABU
Neutral, sederhana, hormat, seni, teliti, tua, sedih dan suram
Kesesuaian:
Pemilihan corak yang sesuai – memberikan imej positif.
Jika corak dan rekaan malap – imej sedih, suram dan tidak bersemangat.
Perlu peka dengan aksesori tambahan yang digandingkan bersama.
NAMUN warna ini juga dikaitkan dengan imej profesional – ia menggambarkan kesederhanaan dan hormat.

OREN
Hidup, ceria, gembira, mesra, bersemangat, prihatin dan tidak berdisplin.
Kesesuaian:
Ia menggambarkan si pemakai seorang yang mudah mesra dan prihatin.
Sesuai dikenakan pada pakaian sosial – namun tidak pada yang bersifat profesional.
Warna ini boleh menurunkan status profesional individu yang memakainya -di mata mereka yang melihat.
Seimbangkan warna ini dengan warna lain yang lebih lembut.
Warna ini sesuai bagi aksesori tambahan wanita, namun tidak sesuai bagi aksesori lelaki.

HIJAU
Ketenangan, kesegaran, mesra, seimbang, cemburu dan ketidakmatangan.
Kesesuaian:
Ia adalah warna ketenangan sama seperti biru.
Bagi lelaki – warna hijau lembut seperti hijau pucuk pisang lebih sesuai bagi kemeja, kemeja T dan baju kebangsaan.
Bagi perempuan – sesuai apa sahaja jenis pakaian.
Orang yang memakai warna hijau lembut ini memberi mesej tidak formal dan mesra.
Namun bagi Hijau gelap/terang – orang yang memakainya dilihat sebagai individu yang malas dan membosankan.
Oleh itu jika berminat untuk memakai warna ini cuba menimumkan jumlah warnanya.

UNGU
Kaya, dominan, dramatik, misteri, bijaksana, bersemangat dan berkuasa
Kesesuaian:
Sesuai bg sesiapa sahaja yang ingin menampilkan diri sebagai orang yang dominan dan bijaksana. Warna ungu yang sederhana dan gelap lebih sesuai bagi perempuan - TANPA memadankannya dengan biru gelap ataupun kelabu.
Bagi lelaki – kurang sesuai dijadikan warna pakaian kecuali dalam kuantiti yg sedikit.
Warna ungu gelap/cerah lebih efektif apabila digandingkan sebagai tali leher bagi baju yang berwarna putih .

COKLAT
Kemahuan tinggi, produktif, beriman, sedih, mengambil berat, tidak canggih dan kelam
Kesesuaian:
Warna coklat gelap atau muda lebih sesuai sebagai aksesori tambahan lelaki dan perempuan.
Namun boleh memakai pakaian warna coklat jika ia adalah coklat lembut.
Elakkan memakai pakaian coklat dari kepala hingga ke kaki.
Pastikan penggunaan warna coklat adalah minimum bagi penampilan profesional.

No comments: