Thursday, June 18, 2009

PILIHAN CINTA

Juga dipetik dari www.iLuvislam.com

Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberikan kepada seseorang yang boleh bergelar suami, pilihlah seorang lelaki yang :-
1.Kuat Pengamalan Agamanya - Ukuran boleh dibuat adakah dia menjaga sembahyang fardhunya biar sesibuk mana pun dia, adakah dia kerap berjemaah dan bersembahyang pada awal waktu. Ukur juga, apakah dia menjaga auratnya dengan memakai pakaian yang sopan terutama sewaktu bersukan.
2. Baik Akhlaknya - Ketegasannya nyata tetapi sebenarnya dia seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Dia bertutur dengan sopan kerana melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas Mempertahankan Maruah - Ukur, apakah dia pernah pergi ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibiliti dan maruah-nya seperti ke tempat-tempat hiburan yang penuh dengan maksiat.
4. Amanah - Selidiki, apakah dia seorang yang tidak pernah mengabaikan tugas yang diberikan kepadanya atau apakah dia pernah menyalahgunakan kedudukannya.
5. Tidak Boros - Dia bukanlah kedekut tetapi seorang yang tahu membelanjakan wangnya dengan bijaksana. Nikmat yang ada padanya seperti makanan boleh dikongsi sama dengan orang-orang lain yang berhak.
6. Tidak Mengelingas Matanya - Perhatikan apakah matanya kerap mengelingas ke arah perempuan lain yang lalu-lalang sewaktu berbicara. Jika begitu, dia seorang yang bermata keranjang dan berbahaya untuk disenaraikan sebagai calon suami.
7. Terbatas Pergaulan - Dia tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah menjadi fitnah orang.
8. Siapakah Rakan Pergaulannya - Rakan-rakan pergaulan adalah yang sama sepertinya.
9. Bertanggungjawab - Rasa bertanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh manakah dia menguntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika dia seorang yang agak berada tetapi keluarganya hidup susah,dia bukanlah seorang yang bertanggungjawab.
10. Tenang wajahnya Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Perhatikan, apakah wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Andainya dia seorang yang kelam-kelibut dia bukanlah calon suami yang anda cari-cari.

Berbahagia dan bersyukurlah jika anda dicintai calon suami yang demikian sifatnya.

Nota CikSkaf - Sebagai wanita kita memang kurang mampu/ kurang keupayaan/kurang kesempatan untuk mencari-cari di mana lelaki2 berakhlak mulia ini berada, yang kita mampu hanyalah menilai mereka yang hadir dalam hidup kita. Namun agak menyedihkan apabila kebanyakan yang hadir adalah mereka yang kurang mempunyai ciri2 tersebut.

Kerana itu saya percaya, apa yang penting kita sendirilah yang sebenarnya perlu bersungguh2 mendidik diri menjadi lebih baik, menguatkan pegangan, mengukuhkan hati, bersungguh2 menjaga akhlak dan bersungguh2 menjaga hubungan kita dengan Allah dan manusia. Moga dengan keikhlasan dan ketulusan hati kita Allah temukan dengan "teman ke syurga itu" yang menemani kita bukan sahaja hingga ke hujung nyawa tetapi juga sampai ke akhirat sana. Amin..

Doa Pengasih ajaran Rasulullah S.A.W
Maksudnya : "Ya Allah jadikanlah hambaMu ini menyintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman menyintaiku." (Riwayat Muslim)

3 comments:

Muhd Suhaily said...

Setiap manusia akan diberikan yang terbaik dan DIA tidak akan memberikan kita percubaan sekiranya kita tidak mampu untuk mengharunginya. DIA tahu setakat mana kemampuan manusia.

Anonymous said...

Cik Skaf Ramai yang baik dan berusaha menjadi baik disekeliling kita. Cuma kita yang selalu tidak mengendahkannya(atau dengan sengaja menutup mata dan hati untuk menilai kebaikan mereka)

- En Zam

Cik Skaf said...

Muhd Suhaily: ya. Terima kasih atas kata nasihat tu. Sememangnya ketabahan dan kesabaran adalah penting dalam menghadapi apa jua ujian hidup.

En Zam: nie ayat penyata atau ayat perli? huhu..