Saturday, September 12, 2009

Nak Makan Apa Untuk Berbuka Ptg Ni?


Nota Santai : Salam semua. Semenjak awal puasa saya teringin nak makan 2 jenis makanan nie.

1. Kueh Lompat Tikam - Dengar cerita ini makanan paling popular setiap kali bulan puasa. Tapi bagi saya sebenarnya, inilah - bulan puasa kali inilah, baru pertama kali saya dengar nama kuih nie. Makanan asal kelantan kan? Saya betul2 teringin nak tahu mcm mana rasanya dan kenapa nama dia mcm tu?

Alhamdulillah, puasa seminggu aje saya dah dapat cari kat mana ada jual kueh ni di Melaka. Rupanya seperti di bawah. Rasanya? Uhuhu.. memang sedap, terutama bila makan masa berbuka. Laju dan sejuk aje masuk ke tekak.
Cuma pada saya agak terlebih manis sikit (ye lah kata pun asal kelantan kan... )
Tp manis2 pun, sehingga sekarang, dah 3 kali juga saya berbuka dgn lompat tikam... :)

Ini lah rupa lompat tikam tu, mcm bubur som2 sikit2 kan?, sbnarnya apa fungsi pulut merah tu ek. kalau takde pulut mmg tak sedap ke.?


2. TAPAI UBI - Ini makanan kedua yg saya idam2 kan.. (hu2 mngalahkan orang mengandung mengidam nak makan mcm2). Saya dah berpusing mencari di beberapa pasar ramadan di BP masa balik kg 1st day puasa hari tu. Tapi tak de rezeki, tak berjumpa. Takde sapa yg jual tapai ubi di pasar ramadhan sana..

Tapi petang tadi ke pasar ramadhan di Melaka ni (yg saya jumpa lompat tikam itu) untuk mencari air soya, sekali terjumpa pulak orang menjual tapai ubi. Macam tak sangka..! Alhamdulillah. Terus beli 2 bungkus. Abes licin saya seorang yg makan sepanjang malam. Puas rasanya. :)


Sejak dulu mmg suka tapai ubi [ubi ya, bukan pulut :) ]

-------------------------------------------------------------------------------------------------------


Nota Cik Skaf : Buat semua rakan2, Cik Skaf mengucapkan Selamat Mencari Malam Lailatul Qadar, Moga kita sama2 diberi kekuatan & semangat untuk beribadah dgn lebih rajin dan khusyuk dalam meniti2 hari2 terakhir Ramadhan ini.

30 comments:

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam cik skaf,

Kuih yang manis tu tujuannya untuk membekalkan tenaga. Kalau bersahur untuk tenaga sepanjang hari berpuasa. Kalau Berbuka untuk tenaga beribadat sepanjang malam. Kalau terlebih manis siap sedia la untuk menjadi rakan kepada penyakit 'kencing manis'

Malam lailatul qadr itu adalah malam yang istimewa, hanya orang-orang yang istimewa juga yang akan menemuinya. Adakah kita orang yang istimewa itu? Hanya orang yang ikhlas berpeluang bukan hanya orang yang berserban setinggi gunung.

al-lavendari said...

saya cadangkan agar semua cerita dan gambar mengenai sebarang jenis makanan hanya boleh disiarkan selepas berbukan puasa ... gurau je!

Abd Razak said...

Salam kak...

Nampak sedap jer kueh tu...

Kedua-dua kueh itu sukar nak cari kat tempat dan saya pun tak pernah mkn kueh tersebut...

Selamat meraih anugerah yang Allah sediakan pada 10 malam terakhir Ramadhan dan malam (Lailatul) Qadr.

mamai said...

cik skaf nak banjer berbuka ker

abu muaz said...

Cik skaf.....
semua tu mudah saja kat trg. ni.....

Lompat tikam yg ori ada disini....
tapi kita tak guna pulut . DiTrg kita guna air manisan...

Tapai lagilah banyak.....
Bukan yg jenis ubi kayu tu....
Yg dibalut dgn daun dan dibuat dari pulut.....
kalau makan mertua lalu kat belakang pun tak sedar.

Kalau dtg ketrg. hubungi saya....

Daun said...

alhamdullillah, .... sedap tu...

Cik Cookie said...

btl tuh.Lompat Tikam dr kelantan.Rindu lompat tikam nennek.hukhukhuk..

Relevan said...

Nak mkn lompat tikam..kene tikam dulu pas tu lompat n tikam..jadilah mkn lompat dan tikam..Tapai punya `aura`yg tersendiri.. :)

kakna said...

kuih lompat tikam??
sungguh luar biasa namanye..
org kite memang kreatif bile bab2 menamakan benda2..

Cik Skaf said...

AmirHamzah :
betullah tu, terlebih manis mmg blh jadi rakan kencing manis.. uhuhu.. harp saya mampu cntrol diri dgn mknan manis2 nie.. walaupn selalunya mmg susah nak control.. :(

Al-lavendari :
hehehe.. takkan terliur kot..?

Razak:
Di Sarawak apa mknan femes waktu berbuka ya? kak skaf pernah ke Kuching masa bln puasa, tapi masa tu atas urusan kerja, dan cuma 2 hari, x smpat g mana2 pasar ramadhan nak tgk2..:)

InsyaAllah razak, moga kita semua tergolong dlm mrka yg tahu memunafaatkan peluang yg Allah berikan setahun sekali ini.

Cik Skaf said...

mamai:
boleh aje, dtglah ke ayer keroh bawak family, sy banjer berbuka... :)

Abu muaz :
Air manisan? bukanke kuah dia yg kaler itam tu dah ckup manis, pastu dtmbah manisan lg ke? huhu..

Che La :
ya mmg sedap... hehe saya tahu, awak mmg suka sgt dgn kueh lompat tikam tu....

Cookie devine:
nenek je ke org kelantan? cik cookie asal mana?

Relevan :
salam kenal. huhu.. buat lawak pulak en relevan nie...:P

kakna :
rasanya semua bangsa pun kreatif bab menama2kan benda2 ni kakna.. mat saleh tu, telur mata gitu aje, pastu atasnya letak asparagus pun.. ntah apa2 nama yg kononnya canggih dikasinya.

hang nadim said...

Lopat tikam, Badak Berair pelik pelik laa nama.
tapi kat tempat aku Ada Kueh Sri Muka Paling Sedap Di dunia..

MisterZyl said...

salam cik Skaf. apa khabar. lamanya tidak ke sini. rindu pada blog ungu cik Skaf ini :)

akhirnya dapat juga cik Skaf nikmati lompat tikam dengan tapai ubi yer.

selamat meneruskan puasa hingga ke akhirnya cik Skaf.

Salam Sejahtera

Fyzal's Territory

MisterZyl said...

salam cik Skaf.. baru lepas berbuka - makan lompat tikam juga.. terpengaruh oleh entri cik Skaf ini.. hehehehe

ubaidillah alqasam said...

salam lompat tikam....

sori mencelah perbualan orang2 dewasa berbual..huhu.. dulu xmintak maaf pun time nak komen.. tapi sebab nak dekat raya ni kan,kene lebih bersopan sikit kot,,huhu

lompat tikam tu memang sedap.. tapi berpada2 lah dengan manisan,, boleh mengundang penyakit pula...banyakkan minum air kosong yer,,, ok kak.....salam tapai ubi..huhu.salam ramadhan...

Cik Skaf said...

Hang Nadim :
Seri muka paling sedap dalam dunia? huhu.. Ni msti mak Hang Nadim yg buat, kan?..

Faizal Nizam:
wah..! lama faizal senyap, bz sgt ke.
Dah rasa dah lompat tikam tu? sedapkan? cuma agak manis skit..

Ubaidillah alqasam:
hehe.. ye adik, terima kasih atas kata2 nasihat tu ..

hang nadim said...

cik Skaf...Makcik ni jual Seri Muka dah 7 tahun dah, dulu dia jual dekat Taman TUn, Kalau dia datang Lewat Pukul 7.00 pun abis, ramai regular tunggu.. Sedap memang sedap

zedmagel said...

sALAM cIK sKAF,

Selamat berbuka puasa dengan lompat tikam dan tapai ubi cik skaf. Meleleh air liur saya apabila membaca tulisan cik skaf yang mengatakan sejuk masuk ke dalam tekak.

Tapi kat kampung kita kueh lompat tikam ni tak ada le pulak ye cik skaf? Kuih yang ada di BP ni, Amuk Tok Nading dan Lembing Awang Pulang ke Dayang jek?

zai said...

Salam Skaf..

Kak zai mmg suka kuih lompat tikam tu...tapai pun suka juga..tapi bulan puasa ni bnyk memasak sendiri tapi tak reti plak nak membuat kuih tu..

lalink7 said...

Cik Skaf :

sdap kan lompat tikam..nama pun dah macam best gitu..hehehehehe..
manis leting sbb org klantan suke memanis ni..hehe

Abd Razak said...

Salam...ni nak jwb soalan kakak. Di Sarawak apa mknan femes waktu berbuka ya?

Bubur pedas s'wak - ianya bukanlah mcm bubur atau pengat tapi adalah masakan yg perlu adanya bumbu bubur pedas bersama dgn bahan-bahan lain.

Utk info seterusnya cuba tgk blog ni http://ummiaidi.blogspot.com/2008/11/bubur-pedas-sarawak.html

pecinta_Islam said...

eh kt kelantan pun ada kuih ni..fames jerk..orng kelantan panggil lopat tike....lebih krng latu..sy mmg ske sngt2 kak...hehe

lenz said...

salam >> jump n stab! is like a movement in silat...mcm mane ek blh dpt nama tuh...unique gak...

Idalara said...

salam cik skaf..
cakap pasal makanan dan kueh mueh ni kak ida nak mintak maaf bnyk2.
rasa2nya kak ida tk dpt bawa balik almd london yg cik skaf oder tu..sbb kak ida balik naik bas,tren dan bas semula..
maafkan kak ida ye..insyaallah lepas raya ke...

♥S@R@♥ said...

cik skaf...sara da wat contest..tgk kt coretan sara ek..

Cik Skaf said...

Hang Nadim :
Dia pnah jual kat Tmn Tun? Nak teka boleh x? Kuih seri muka dia tak mcm yg biasa, rasanya sedap dan lbh mnis skt & potongan pun kecik2 (bkn lebar2 mcm biasa) dan bentuk empat segi sama (bkn empat segi tepat). Betul ke camtu? :)

ZedMagel :
Termenung sy kejab. Kueh Amuk Tok Nading dan Lembing Awang Pulang ke Dayang??? Kita ada ke kueh nama tu en Zed? huhu mcm tak penah dgr pun...

En Zed, dah start ngunjung ke?

Zai:
Akak mmg isteri sejati lah kak..penat2 camana pun, masak tetapppp masak! Sy ni bab panas-memanas lauk tunjuk2 tu jek yg rajin .. huhu

Cik Skaf said...

lalink7 :
manis leting? hehe.. mmg manis. husna asal k'tan ke. bukan Slngor?

Razak :
ok thanx, k.skaf dah tgk dah rupa bubur pedas s'wak tu camana, siap ada resepi lg kt situ.
Ingt nak try gak buat (eceh!) tapi bila tgk nak kena orde2 bumbu bgai, trus terbantut hasrat.. huhu.
Razak ajelah ya belanja k.skaf mkn bubur pedas tu..... ;-)

Syahbandar87:
Syah org Klntan ke? patut la hensem.. hehe :)boleh gitu?

Cik Skaf said...

Lenz :
Tak tau la eyk camana leh dpt nama tu. Ia msh jd misteri belum terungkai smpai skrg...hu2

Idalara :
kak ida... hmmm, ye la sy faham. mmg sgt2 mmbebankan akak nak bawak ke hulu ke hilir 5 btl AL tu.
Hmmmmmm akak, camni lah, boleh tak bg no fon akak ke e-mel sy?(x kan nak display kt komen kan). Sy ada plan. T sy btahu kat fon.

Sara:
k sara, jab lg sis g tgk.

zedmagel said...

Salam Cik Skaf,

Apa lak tak denya kueh tu, Kueh Amuk Tok Nading tu bukan ke Lempeng Kelapa - apa taknya dari kecik hingga ke tua asyik lempeng....7X apalagi satu hari mengamuk le Datuk Nading dicampaknya lempeng tu kepada Datin Lebar Sireh seraya berkata, kau ingat muka aku ni muka lempen kelapa ke? Sejak hari tu lempeng dikenali sebagai kueh Amuk Tok Nading (Kejadian ini berlaku di sekitar Senggarang di tahun 1528M).

Kueh pulut panggang di gelarkan Lembing Awang Pulang Ke Dayang sebab bentuknya ( Ceritanya saya tak tahu , tetapi kejadian di Kg Padang Muar).

Saya setakat ni belum ngunjung lagi. Tetapi dah ramai teman-teman ngunjung ke rumah saya dan saya balas. Cadangan pada 27 dan 28 Ramadhan ni.

Cik Skaf Bila balik ke Senggarang? Deman dah beransur baik tak?

lalink7 said...

Cik Skaf :

Saye orang Perlis sis..budak kampung mrantau ke slangor..hehe