Monday, August 24, 2009

Mana Mask Kamu? :-)

Nota Cik Skaf : Salam semua. Saya baru sahaja sampai di rumah. Baru sahaja pulang dari bercuti 2 hari dari tempat yang paling menenangkan perasaan, paling mendamaikan, paling membahagiakan.. dan tempat yang menjadi penguat semangat saya. Di mana ya? Mana lagi ... kalau bukan di kg saya - rumah Mak Abah saya! :-D

Alhamdulillah, tahun nie saya punya kesempatan untuk menyambut puasa bersama keluarga. 2 hari berbuka dan bersahur di rumah kg, sungguh memberi semangat di awal Ramadhan.. Selepas ini, tak kisahlah kalau pun sepanjang Ramadhan tak dapat pulang lagi sehingga Hari Raya (boleh ke ni?), saya dah berpuashati, krn awal puasa saya dah menyambutnya bersama keluarga. Dan selepas ini, walaupun setiap hari akan berbuka dan bersahur sendirian tetapi tidaklah saya asyik teringat-ingat kg aje bila nak menyuap nasik tu..

Eh cuma satu nak cerita - Sepanjang perjalanan dr bandar BP ke kg, saya sempat singgah 3 lokasi Pasar Ramadhan. Setibanya saya di lokasi pertama, saya yang dah terbiasa, keluar2 kereta terus aje mengikat mask ke muka (krn terbiasa di sini - sy rasa 60% org sini memakai mask bila di tmpt awam). Tetapi....bila saya mula berjalan dan lihat keliling, punyalah hairan, dalam seramai2 manusia itu, baik peniaga, baik pembeli tak seorang pun yang memakai mask! huhu.. saya pulak naik segan. Disebabkan tak nak jadi seorang yg pelik, saya terus bukak mask - masukkan semula dalam handbag.. hehe..boleh gitu?

Dan seperti diduga, 2 lokasi PaRam selepas itu pun sama jga. Sesampai di rumah, saya tanya mak abah, mereka jawab "memang kat sini takde nampak sapa pun pakai topeng muka" erkkkk!.. huhu..

Saya fikir org2 BP memang kalis penyakit. Semuanya kuat2 - b'tulang besi b'urat dawai, apa jenis virus pun takut nak hinggap..! tiba2 saya rasa nyesal pulak tak bermastautin aje kat BP dr dulu, x yah pindah mana2 ..kannn bandar BP - bandar Bebas Penyakit! [eheks! bloggers BP jgn mare eyk..nanti raya saya mintak maaf ....;-)]

Salam Ramadhan hari yg ke 3 buat semua!

18 comments:

NuR said...

Pa Ram..
huhu cik skaf.. nur lmbt pick-up.. lama fikir baru dpt agak ape..
Pasar Ramadhan..
hikhik...

Razak said...

Salam Cik Skaf,

Seronok dpt berpuasa di KG kan! Semalam ketika saya keluar ke Pa Ram pun rasa segan juga kerana sebilangan besar peniaga dan pembeli di situ semuanya tidak mengenakan mask kecuali saya...tapi saya buat tak tahu & terus memakainya...yg seronoknya ada di antara kwn2 yg saya jumpa tak tegur saya sbb mereka tak cam saya hihihi

a kl citizen said...

pedulikan je lain kali
kang yang sakit bukan orang lain..

ubaidillah alqasam said...

salam kak... pengalaman akak tu lebih kuarng saya jugak.. masa balik ke kampung haritu naik train turun segamat.. pelajar mktab saya dibekalkan dengan mask sebelum balik haritu..so kitorang pakai lah masa nak balik.. naik train jer orang dah pandang len macam jer..huuhu.. mcam kitorang plak yang berpenyakit..pdahal nk cegah dari kene ... pas2 turun segamat jer saya kene tegur oleh makcik yang kerje kat situ...
die cakap "kat segamat ni penykit xdatang lagi H1N1 n xde kes,so bt aper nak pakai ..lagipun bulan puasa yang rahmat ni pemyakit tu xberjangkitnya"
,makcik tu cakap kat sayer cam 2..,,
huhu..dapat ceramah free di pagi 1 ramdhan..huuhu.. bagus kan pakai mask...jadi perhatian orang plak.. tpi pakai 2 demi kselamatan kan..

mamai said...

Kalis sakit yer orang BP...dah dapat nanti tau la...nie cik skaf pun satu naper nak ikut orang...tapi itu la kenyataan kita rakyat malaysia

ber_uwang said...

umah beso weh... raya mesti banyak kuih..

zedmagel said...

Salam Ramadhan Cik Skaf,

Selamat kembali ke BP, tentu banyak nostalgia mengharungi ramadhan di BP bersama teman-teman semua semasa kecil. Orang BP bukan kalis penyakit tetapi tak tahu macamna nak elak penyakit.

Saya dengar ramai juga orang BP yang dah gi sempena H1N1 ni.

Sebagi blogger BP saya tak marah, malah pujian dari Cik Skaf dapat menaikan semangat kami lagi. Cik Skaf tinggal di Semerah ke?

Ngape bali BP tak contac kita orang Blogger BP. Bila balik KL.

Selamat Berbuka bersama keluarga,

Faizal Nizam said...

PaRam cik Skaf? hehehe.. akronim baru ciptaan cik Skaf.. cik Skaf mesti sgt suka sambut awal ramadan ngan family kan?

semoga cik skaf terus menempuh ramadan dengan tenang dan senang. :)

Cik Skaf said...

Nur : ok Nur punya pasal, cikskaf ubah sikit entri - letak (PaRam) kat seblah word Pasar ramadhan tu..hehe.

Razak : baguslah mcm tu razak, jgn jd cam kakskaf ni, tgk semua org tak pakai, akak pun bukak mask yg sdg dipakai..huhu. Wah kalau kawan2pun x kenal, best tu, leh main nyamar2.. :P

a kl citizen : hah tu lah pasal cikgu, kang kalau kita sakit, kita juga yg rasa,org lain pedulik apa..ye tak? huhu..segan x kena tempat sungguh sy nie!

ubaidillah : hik2 mmg takde insurans mulut makcik tu eyk? adehlah... nak kata takde pendedahan, semua dah tahu, kat paper ada, kat TiVi ada, tapi..dorang nie mcm kurang kesedaranlah kan. Sdgkan kempen utk jaga kesihatan/nyawa sendiri pun org ambik endah x endah, apatahlagi, kalau kempen2 - jagalah alam sekitar ke apa bagai, lg lah org x ambik pusing..

Cik Skaf said...

mamai : huhu jgnlah leter sy lg en. mamai.. letih dah nie..ok2. sy dah insap. :P.

ber_uwang : boleh gitu eh en ber_uwang? :P, tapi sy rasa dulu masa sy kecik2, ms adik badik sume tgh sekolah, masa rumah kecikkk sgt, kueh raya lagi banyak, penuh 1meja tau. Skrg raya, atas meja 5-6 telap kuih je ada. Apapun, raya kang, jemputlah datang rumah.. :-)

zedmagel : Salam Ramdhan juga. Saya rasa begini - bila satu2 kempen tu, atau satu2 musibah tu tak kena diri kita, keluarga kita, atau org2 yg kita kenal dan yg dekat dgn kita, maka kita jadi kurang kesedaran ttg sesuatu perkara. Itu yg masing2 buat endah tak endah aje..kan?
- bukan semerah tp di senggarang :)

Faizal :bukan akronim ciptaan cikskaf lah faizal, dah ramai juga org lain gunakan word param tu..:D. Sihat ke?

GRuNGe said...

Wakakaka. Dah lama tak dengar ayat Param tu. Tahun lepas selalu sebut2 PaRam. :P

Awak sihat? Cemana puasa awak tahun ni?

TerubukMasin said...

slm kak..

wah..sempat blik kg ekk..
slmt menjalani ibadah pose kak..
utk hari seterusnye..

**idea akak tu akan TM gunapakai msa kt sbh nanti..hehehe..

Cik Skaf said...

Grunge : sy sihat, alhamdulillah berharap ketenangan menyambut ramadhan akan berterusan hingga ke hujungnya - tiada kisah duka d pertengahan jln ..:P

Terubuk Masin :salam TM. bilanya ke Sabah? selasa ni ke? hati2 kat tempat org tau. Jaga diri..hiasi peribadi ..hihi..

Faizal Nizam said...

sehat sehat sahaja cik Skaf..

p/s: oh.. dah ramai ke guna cik Skaf.. hehehehe :D

buaya said...

salam ziarah...

dijemput menjadi follower sy yer..

http://www.buaya-merah.blogspot.com

zedmagel said...

Cik Skaf,

Senggarang tu rantau-rantau mane yek? Dekat Sg Lurus, ke Kalong, Pt Kewmang, Pt Mahang gantung atau batu 10 tepi jalan. He he.. nanti raya ni nak singah. Komporm singgah kalau Cik Skaf balik raye ni. Gambar rumah dah ada senang jek tu..

amirhamzah64 said...

salam cik skaf,
Pertama kali melayari blog ini. Tak sangka pulak rakan-rakan dah jadi follower kat sini. Senyap je dia orang ni. Zedmagel pun dah jual minyak kat sini ye...huhuhu

ok la...selamat berpuasa juga untuk cik Skaf sekeluarga. Hati-hati dijalan raya.

Cik Skaf said...

Faizal : ya faizal param tu dah ramai guna..cik skaf pun ikut org2 ckp jga :)

Buaya : InsyaAllah buaya (erkk), sy akan ke blog saudara.

Zedmagel : ya rantau2 situlah en zed... bkn bsr sgt s'grg tu.

AmirHamzah : Thanx ziarah blog sy. Selamat Berpuasa juga utk En Amir dan keluarga.