Sunday, August 30, 2009

Bahagia Ada Di Sini..Di Hati

Pada si miskin
bahagia mungkin pada wang melimpah
Kata si kaya
bahagia itu saling jujur
apabila menyinta
bukan kerana harta..

Yang masih sendiri sering tergambar
hidup penuh bahagia
bersama tercinta
Namun bila sudah memiliki
hati terharap-harap
bahagianya jika belum terikat lagi
masih ada ruang memilih yang lebih serasi

Bagi si pekerja
hati selalu menahan lara
"Mentang aku kuli dan ofis ini kau punya kuasa
aku kau herdik bagai aku tak ada harga"
Tika sudah berada di kerusi ketua
rasa bertambah terseksa
"Kenapa
semua aku perlu menanggungnya,
alangkah bahagia jika aku hanya pekerja biasa
ke mana pun arah tuju kompeni, aku peduli apa?"

Owh! Pelbagai cara rupanya individu mentafsir bahagia

(atau mungkinkah dr kata-kataku sendiri dlm setiap setuasi serupa?)

Namun... setelah usia mematangkan diri
detik naluriku jelas memberi makna
Bahagia itu sebenarnya bermula di sini -
Ia segumpal daging beku yang mendasar
dalam tubuh ini

Andai bersih, tercernalah bahagia
Jika ternoda maka rosaklah segalanya

Ya, bahagia itu ada di sini..
Ia ada di hati..

Nota Cik Skaf :
"Kasih, aku bahagia jika kamu bahagia,
Sungguh! aku sangat bahagia jika kamu
bahagia - walaupun mungkin aku terpaksa menyembunyi luka,

Ah, ia sekadar tanda betapa kasihku hingga ke hujung nyawa..

Namun Kasih, kasihku ini hanyalah semata krn agama dan
akhlak yang dikau punya,
andai suatu hari hilang
itu darimu,
mungkin akan hilanglah jua rasa kasihku untuk mu..."

(Adaptasi dari kata2 Imam al-Nawawi, "aku mencintaimu kerana agamamu")

22 comments:

amirhamzah64 said...

Salam Cik Skaf,
Manusia tak sempurna. Memadailah kita menerima diri kita seadanya. Apa yang kita hendak belum pasti kita dapat. Kalau itu boleh diterima ianya ujian mencari kebahagian tahap pertama.

Dida... said...

Salam..

Sungguh mendalam makna bahagia di sini... bahagia ku apabila diri dikasih.. diri dihargai dan apabila diri dikelilingi oleh Insan2 penyayang..

Bahagia ku..

apabila jiwa tenang setelah ku bermunajat dan mengadap diriNya...

Razak said...

Salam...

Kebahagiaan sebenar ialah bila kita telah mampu membahagiakan insan lain.

Al Hasan al-Bashri mengatakan, “Carilah kenikmatan dan kebahagiaan dalam tiga hal, dalam solat, berzikir dan membaca Al Quran, jika kamu dapatkan maka itulah yang diinginkan, jika tidak kamu dapatkan dalam tiga hal itu maka sedarilah bahwa pintu kebahagiaan sudah tertutup bagimu.”

ubaidillah alqasam said...
This comment has been removed by the author.
ubaidillah alqasam said...

salam..semoga akak n kita semua sentiasa beroleh kebahagiaan di dunia n di akhirat... namun kebahagiaan di akhirat adalah perlu diberi keutamaan.. biarlah kita ini papa n dhoif di dunia ni asalkan di akhirat nantilah kitalah yang paling kaya n yang paling bahagia..

tapi sebagai manuisia mestilah kita menghrapkan kebahagiaan dunia n akhirat an..

ape2 pun doa banyak2 ea..insyaALLAH dapat kedua2nya... peace..!

Cik Skaf said...

Amirhamzah : ya lah kan, sy setuju tu en Amir. menerima diri seadanya kita itu tanda awal bahagia.

Dida : Benar dida, itu mmg bahagia yg PALING indah - ketenangan diri selepas bermunajat kpdNya.

Razak : Ia falsafah hidup yg k.skaf pegang & cuba amalkan Razak - mencari bahagia dengan sedaya mgkin m'bahagiakan yg lain. Kalau x semua, sebahagiannya. InsyaAllah.

Ubaidillah : InsyaAllah. Moga adik pun sama. Mmg itulah doa kita sehari2, meminta kebahagiaan hidup di dunia & akhirat.

mamai said...

ya bahagia itu di hati tapi wang ringgit itu keperluan untuk membahagiakan hati

ummi humaira said...

jagalah hati , jangan disakiti

bahagia ummi di samping anak2 dan suami
bahagia nya ummi kalau sudah laksana tugas yg diperintah Ilahi

Tirana said...

Kebahagiaan itu adalah pilihan kita sendiri. Andainya kita fikirkan kita bahagia, maka bahagialah kita. begitu juga sebaliknya.

Cik Skaf said...

mamai : yup! kdg2 krn duitlah punca segala derita

ummi humaira :salam ummi.moga bahagia sentiasa dgn suami n anak2.

Tirana : Yer betul.. (bila pakar motivasi ckp, sy mmg setuju sgt) :)

lenz said...

kalo kt ofis, memang r kalo dh jd ketua nk wat canner...kena tnggung n jwb smuanyer...yg pnting kena bykkn sbar...

anaklaut said...

salam..cik skaf,

anaklaut pun bahagia, bila cik skaf bahagia..

Cik Skaf said...

Lenz : Ya en Lenz, mmg kna banyak sabar. sy pun sdg belajar utk BETUL2 sabar la nie,..kalau tak dah lari agaknya..huhu

Anaklaut : hehe AL, bila tgk AL smakin bahagia skrg (lewat puisi2 AL), cik skaf pun tumpang bahagia...:)

syahbandar87 said...

merdeka!!!merdeka!!merdeka!!..hehe..
knp akak x letak chat box..kn senang nk letak short msg.hehe

abu muaz said...

Bahagia sudah tentu ada maknanya tersendiri bagi tiap insan. Cuma nasihat saya janganlah sampai dimasukkan kehospital bahagia.... kerana sibuk mencari kebahgiaan.

a kl citizen said...

best puisi ni

bahagia hanya di hati kita...

Cik Skaf said...

Syahbandar87 : Salam Merdeka Syah. Tak ckup ruang la nak letak chat box .. he2 :)

AbuMuaz : hehe en abumuaz, sama2 lah kita memastikan diri kita x dimasukkah ke hospital bahagia... :D

a kl citizen : puisi ke nie cikgu? selamat kembali slps bercuti..

KUNTONG said...

Manusia mempunyai seribu permintaan dan harapan. Seboleh-bolehnya manusia berharap agar semua kehendak yang terlintas dihatinya akan berjaya dengan cepat atau sekelip mata. Dan manusia tidak pernah puas dengan apa yang telah dikurnikan kepadanya.Adakah ini memang tabiat manusia. Atau bolehkah kita sebagai manusia mengubahnya.

(bila balik BP bileh jumpa kita (BP Otai blogger).

Idalara said...

salam cik skaf
maaf lewat singgah di sini..
bahagia..kak ida masih mencari bahagia..

zedmagel said...

Salam Cik Skaf,

Hampir sempurna tafsiran definasi sebuah bahagia dari anda.

Pertama bahagia datang dari dalam hati sanubari kita,

Juga akan memungkinkan kebahagian itu mengikut katageri kita dan mereka sendiri.

Misalnya saya pernah melihat satu pasangan suami isteri yang pergi dan balik kerja dengan menunggang sebuah basikal, tiba di tempat kerja isteri memberikan ciuman sayangnya sebelum pamit.Duduk dirumah sewa yang sangat ala kadar.
Mereka saya lihat sangat bahagia.


Dan sepasang lagi, tinggal dibunglow mewah dan indah berkereta besar dan mewah,mentafsir luaran masing-masing mereka ini terlalu banyak masalah dalam hubungan suami isteri, dan sekarang telahpun bercerai, mungkin mencari kebahagian dalam defenisi sendiri-sendiri.

zai said...

Tafsir bahagia bagi kak zai adalah apabila kita berjaya membuatkan orang2 disekeliling merasa selesa dan gembira apabila berada bersama-sama kita dan berkongsi rezeki yang lebih dgn mereka yang memerlukan.

Cik Skaf said...

Kuntong : salam en kuntong. sihat ke? begitulah, namapun manusia, bersifat tidak sabar dan x pernah cukup dgn apa yg ada.

Zedmagel : Thanx en.zed. betullah tu, Org kurang berada kdg lebh bahagia dr yg kaya, TAPI... selalu juga blaku - yg miskin lebih menderita jiwa dr yg kaya. Jd Definisi bahagia mmg subjektif maksudnya.

Idalara : InsyaAllah, bahagia yg dicari akan kak ida jumpa. Kita sama2 doakan.

Zai : nie yg rasa nak duk dkt2 dgn kak zai je... :)