Saturday, August 15, 2009

Masihkah Kau Ingat?

Malam ni agak sentimental sikit perasaan saya. Fikiran melayang teringat kenangan2 sewaktu di kampung, atau lebih tepat sewaktu bersekolah rendah dahulu. Seronokkan bila teringat balik kenangan2 lama waktu kecik2? masa tu yg pahit pun tak rasa pahit, indah semuanya.

Saya sebenarnya teringat kuat pada dua orang kawan baik sewaktu kecil itu. Kawan baik saya itu, saya panggilnya Fazi dan seorang lagi namanya Non. Ke mana-mana kami memang bertiga.

Saya bersekolah rendah dalam tahun-tahun 80an. Zaman2 ND Lala..zaman2 filem Rozana Cinta 87.. zaman2 filem Azura. Seperti normalnya anak-anak di Johor, kami bersekolah pagi dan petang. Pagi -bersekolah kebangsaan, petang – bersekolah agama. Bangunan sekolah kebangsaan berada di pekan, manakala sekolah agama di kampung sebelah. Kami ke sekolah kadang-kadang berbasikal, kadang-kadang berjalan kaki. Tetapi kerapnya berjalan kaki. Untuk ke sekolah kebangsaan yg terletak di pekan itu tidaklah begitu mencabar jika dibandingkan dengan perjalanan yang perlu ditempuh untuk ke sekolah agama.

Untuk ke sekolah agama, kami perlu melalui kebun getah yang memisahkan kampung kami dengan kampung sebelah. Peristiwa2 di dalam kebun getah itulah pada saya yg paling banyak meninggalkan kenangan buat kami bertiga, kerana setiap hari (5 hari seminggu) selama 6 tahun kami berulang alik dari rumah ke sekolah, dari sekolah ke rumah melalui jalan itu, hinggakan saya rasakan setiap pokok2 getah di situ sudah benar2 mengenali kami.
Semasa dalam darjah 1-3, sepanjang perjalanan, kami suka mengutip biji-biji getah, dan kami akan jadikannya pelbagai permainan bila tiba di sekolah atau di rumah. Bila semakin menjadi remaja sunti pula, kami tidak lagi mengutip bijik2 getah tetapi kami suka berangan dan bercerita tentang impian masa depan - "bila besar nanti nak kerja bagus2". Dan kadangkala jika mood giler kami datang, kami berangan2 menjadi wakil rakyat - berjalan dengan penuh bangga dengan pokok2 getah kononnya penduduk2 kampung yg mengalu2kan kedatangan kami, kadang2 pula kami berlagak bagai guru, dan pokok getah sebagai anak2 murid. Selepas itu kami bertiga akan ketawa mengekek2 berterusan sehinggalah ke pintu sekolah. Begitulah kami bergurau senda setiap hari di dalam kebun getah. Bagi kami itu adalah bahagia yang teramat.

Saya masih juga jelas terkenang, apabila hari hujan, kami tetap juga ke sekolah walau bagaimana pun lebatnya hujan. Kasut sekolah dimasukkan ke dalam beg plastik, dan kami akan berjalan di dalam kebun getah dengan berselipar. Tetapi masalahnya apabila berselipar ini, baju pulak akan kotor terpercik lumpur lecak, maka sebab itu, selalunya kami memutuskan untuk berkaki ayam sahaja!! Apa yang penting kasut tidak boleh basah dan kotor, kerana itulah satu-satunyanya kasut sekolah yang ada. Jika kotor perlu dibasuh, bila dibasuh tentu esok tak akan kering. Jadi bagaimana nak ke sekolah kebangsaan (yang mewajibkan pakai kasut) jika kasut tak kering? Maka kerana itu kami berjalanlah dengan berkaki ayam di tengah2 kebun getah itu demi menyelamatkan kasut dan baju daripada kotor...
-----------------------------------
Kami pernah berjanji – apapun berlaku "kita tetap jadi kawan baik” "kita tetap macam ni". Walau kata emak saya "nanti bila masing-masing dah besar, dah berkahwin, dah tak akan macam ni lagi, masing2 akan sibuk dengan keluarga masing2 aje". Saya cuma ketawa. Tak percaya. Tak mungkin.

Tetapi... begitulah sebenarnya kehidupan, sedikit demi sedikit kami terpisah. Bila mula bersekolah menengah, dan saya pula ke asrama penuh di Melaka, kami sudah terjarak, hanya berjumpa ketika cuti sekolah. Apabila semakin dewasa, kami menjadi semakin jauh. Hanya berjumpa setahun sekali ketika hari raya.

Dan sekarang setelah masing-masing punya kehidupan sendiri, kami sudah terlalu - lalu jarang berjumpa ataupun TERjumpa. Benarlah kata emak saya tentang ikatan erat kami dulu. Cuma yang tak benarnya adalah tentang jawapan teka teki kami semasa di kebun getah - siapa yang akan berkahwin dahulu. Mereka berdua bersepakat mengatakan sayalah yang pastinya paling awal berkahwin, kemudian Fazi dan akhir sekali Non. Tapi realitinya bukan begitu. Realitinya - Non yang berkahwin dahulu dan diikuti oleh Fazi :). Alhamdulillah. Sekarang Non sudah mempunyai 3 orang anak. Manakala Fazi pula sudah mempunyai 5 orang (produktif sungguh dia ni :). Kedua-dua mereka kini menjadi guru di JB dan di Tanjung Malim.

Walau bagaimana sekalipun pun kami terpisah, saya tidak pernah melupakan mereka. Kebun getah itu pun sudah tiada lagi. Sudah lama tiada, telah digantikan dengan taman perumahan. Namun segala kenangan yang tercipta selama 6 tahun pada tahun-tahun 80an itu melalui kebun getah itu tetap kekal dalam ingatan saya.

10 comments:

KUNTONG said...

Sebelum jadi guru betul, sya pun pernah jadi guru olok-olok, iaitu anak muridnya pokok getah, tapi kita kena tunduk tiap anak murid tu. Nostalgia semasa noreh, bangkit dan memesin kepingan getah.Saya bukan lalu kat kebun getah, tapi cari duit di situ untuk bekalan sekolah.

Abd Razak said...

Salam Kak Skaf...

Nostalgia cerita akak kali ni...
Zaman bersekolah memang indah & sukar utk dilupakan, kalau boleh nak kembali ke zaman tu...

♥S@R@♥ said...

cik skaf memang nostalgia..
sara pun turut teringat zaman2 masa sekolah dulu..rinduuuuunyee

pecinta_Islam said...

zaman skolah tu la yg paling best..cte2 cani bwtkn kte semua ingt kembali mse skolah2 dlu.mse muda2 dlu.hehe

Cik Skaf said...

Kuntong : pengalaman menoreh tuk dapt duit bekal sekolah mesti jadi kenangan yang takkan dilupakan oleh sdra kan..Tentu diceritakan juga pada anak2 betapa "tak senangnya" kehidupan dahulu (bagi sesetengah org). Sekarang anak2 hanya perlu belajar dan belajar sahaja. Kosentret pada pelajaran. Cara bagaimana nak dapat wang saku, buku2 sekolah & pakaian skolah tak perlu di pikirkan, berapa banyak pun yg diperlukan, itu bukan masalah mereka. Itu urusan mak ayah.

Cik Skaf said...

Kuntong :"Cikgu Kuntong" rupanya.. di BP mengajar di sekolah mana? Sedari kecil sy mmg mau menjadi guru (mmg itulah cita2 sebahagian besar kanak2 pun kan...). Dan apabila dewasa, walaupun tidak mengajar di "sekolah" tetapi alhamdulillah, cita2 untuk menjadi pendidik, Allah kabulkan juga.

Razak : ya razak, memang nostalgia. Kalau nak diikutkan hati ada banyak lg kisah2 nostalgia sewaktu di sekolah rendah, kehidupan dikampung dan zaman mengaji yg hendak dikongsikan.. Tetapi biarlah disimpan sahaja. Kalau adapun, Mungkin akan dimasukkan sikit2 dalam entry bulan akan dtg..he2 (Setahun boleh 2 x aje buat entri kenangan ni... :))

Cik Skaf said...

Sara : ya memang rindukan bila ingat zaman2 sekolah dulu...

Syahbandar87 : zaman awak muda2 dulu? hehe..

zedmagel said...

Salam Cik Skaf,

Suka mendengar yang cik skaf orang BP, tambah lagi seorang blogger yang saya kenal. Salam kenal dari saya orang BP yang tak keluar dari BP sampai ke tue ni.

Cik Skaf said...

salam zedmagel. salam kenal org BP.. :)

zai said...

Salam Skaf..

Sbnrnya kan..nostalgia..skaf nie sbijik macam cite kak zai dulu2 tahun 80an gak...dan kak zai pun ada 2 orang sahabat karib..

skrg dah jauh terpisah..mmg takdir agaknya antara kami bertiga, kak zai yang kawin dulu dan anak paling ramai, sorang lagi berkahwin dengan askar dah jadi surirumah dan sorang lagi kurang bernasib baik..dah kembali single tanpa anak...

itulah takdir masing2 yang kita tak tahu dan tidak nampak..setiap dari kita akan tetap mengharungi cabaran dan dugaan. Apapun hidup mesti diteruskan krn dunia ini cumalah pentas sementara bagi mencari bekalan utk hari akhirat yang menjadi persinggahan abadi...