Wednesday, August 19, 2009

"Ramadhan Is Back"

InsyaAllah pada hari Sabtu ini umat Islam di seluruh dunia akan menyambut bulan Ramadhan. Saya percaya setiap dari kita tak sabar2 lagi untuk menyambutnya, ada yang dah bersedia bukan sahaja dari segi rohaniah tetapi zahiriahnya juga (dengan membeli pakaian/jubah baru, songkok baru, telekung baru dan mungkin sejadah baru!), punyalah berkobar-kobar semangat menyambut ramadhan kali ini.. Alhamdulillah.
Sama-samalah kita berdoa hendaknya kesihatan kita terjaga baik dan bebas dari wabak penyakit. Dan seterusnya kita mampu melaksanakan ibadah puasa dengan lebih sempurna dan lebih baik berbanding sebelum2 ini.

Entri kali ini saya ingin mengajak rakan2 "mengulangkaji semula" ilmu asas tentang hukum-hakam beberapa amalan dan perintah berpuasa di bulan Ramadhan khusus untuk wanita, yang mana kadangkala disebabkan keterlupaan atau ketidakfahaman atau kecetekan ilmu menyebabkan kita agak ragu-ragu untuk menentukan tindakan sepatutnya diambil dalam satu-satu permasalahan berhubung dgn ibadah puasa kita sendiri.

(Susunan semula dari Buku: "Fiqh Wanita" - Ibrahim Muhammad Al-Jamal)

Panduan Umum

1. Wanita sebagaimana lelaki disyariatkan juga memanfaatkan bulan suci ramadhan untuk memperbanyakkan ibadah sunat (tentunya dengan tidak meninggalkan ibadah fardu). Seperti memperbanyak membaca/bertadarus Al-Quran, berzikir, bersedekah, melakukan solat malam, berdoa dan sebagainya.

2. Mengajarkan pada anak-anak akan pentingnya bulan Ramadhan bagi umat Islam, dan membiasakan mereka berpuasa - secara bertahap, serta membudayakan pembacaan Al-Quran -dengan cara bertadarus sesama ahli keluarga.

3. Tidak hanya menghabiskan waktu di dapur, dengan membuat berbagai jenis makanan untuk berbuka. Jangan sampai persediaan berbuka itu mengambil sebahagian besar waktu, kerana yang paling utama adalah mengisi waktu dengan beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah.

Solat Tarawih

  • Wanita dibolehkan melaksanakan solat tarawih di masjid jika tiada apa yang boleh menyebabkan datangnya fitnah. Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kalian melarang wanita untuk mengunjungi masjid-masjid Allah” (HR.Bukhari).

  • Namun demikian wanita hendaklah menjaga auratnya, tidak mengeraskan suaranya, tidak memakai wangian, dan hendaknya keluar setelah mendapatkan izin dari suami atau orang tua.

  • Saf wanita berada dibelakang saf lelaki, dan sebaiknya-baik saf wanita adalah yang paling belakang”(HR. Muslim).

Haid dan Nifas

  • Wanita yang haid dan nifas tidak boleh berpuasa - namun wajib diqadha'. Bila seseorang wanita kedatangan haid dan nifas, meski hanya beberapa saat saja menjelang maghrib, sedangkan ia tengah berpuasa, maka puasanya itu batal dan wajib diqadha'.

  • Apabila ia suci pada siang hari, maka untuk hari itu ia tidak boleh berpuasa, sebab pada pagi harinya ia tidak dalam keadaan suci.

  • Namun jika ia suci pada malam hari, maka wajib berpuasa di siang harinya, meskipun ia suci sesaat sebelum fajar dan hanya sempat mandi wajib setelah terbit fajar.

Hamil dan Menyusui

  • Dari Anas b. Malik Al-Ka'bi, Rasulullah bersabda "Sesungguhnya Allah meringankan bagi musafir puasa dan separuh dari salat, dan bagi wanita hamil dan menyusui (Dia meringankan puasa)"

  • Jika wanita hamil itu bimbang akan keselamatan kandungannya, dan wanita yang sedang menyusui risau akan tahap kesihatan anak yang tengah disusuinya, maka mereka ini dibolehkan berbuka. Malah apabila kebimbangan ini terbukti dengan pendapat 2 orang doktor perubatan tentang perlunya ibu hamil tersebut berbuka puasa demi keselamatan janin yang ada dalam kandungan, maka hukum berbuka menjadi Wajib.

### Kaedah mengganti puasa - Wajib qadha' puasa dan bayar fidyah (cth: Meninggalkan 2 hari puasa - wajib qadha' 2 hari dan membayar 2 fidyah)

  • Apabila ibu hamil atau menyusui bimbang akan kesihatan dirinya sendiri, bukan kesihatan anak atau janin, ia dibolehkan juga berbuka puasa. Dalam keadaan seperti ini, wanita tersebut dianggabkan seperti orang sedang sakit.

### Kaedah mengganti puasa - Wajib qadha' puasa sahaja

Wanita Yang Berusia Lanjut

Jika dengan berpuasa boleh menyebabkan ia jatuh sakit, maka ia dibolehkan untuk tidak berpuasa. Secara logiknya juga, orang yang sudah berusia lanjut tidak dapat diharapkan untuk menqadha' puasanya pada tahun-tahun akan datang, maka kerana itu ia hanya wajib membayar fidyah sahaja.

Merasa Masakan/Makanan

Wanita kadang-kadang terpaksa harus merasa sedikit/mencicipi masakannya untuk menentukan terlebih masin ke, tawar ke atau terlalu manis. Para ulama memfatwakan tidak mengapa wanita mencicipi rasa masakannya, asal sekadarnya (setakat di lidah) dan tidak sampai ke kerongkong. Hal ini diibaratkan seperti sedang berkumur-kumur. Namun ada sesetengah ulama yang menganggab perbuatan ini makruh.

Suntikan

Injeksi/suntikan boleh dilakukan ketika berpuasa, samada dimasukkan melalui otot ataupun melalui nadi. Para ulama berpendapat, sekalipun jika ia sampai ke perut, namun ia tidak melalui saluran biasa. Namun jika "rasanya" dapat terasa sampai ke kerongkong, ia boleh dianggab perbuatan makruh.

Muntah

Jika muntah dengan sengaja - maka batal puasanya. Kalau tidak sengaja (seperti muntah kerana mabuk perjalanan dan sebagainya) maka tidak membatalkan puasa.

Berciuman

  • Dari Aisyah r.a, beliau berkata :"Rasulullah s.a.w pernah mencium (aku) dan mencumbuiku dalam keadaan berpuasa. Hanya beliau adalah orang yang paling mampu mengendalikan hajatnya."

  • Hadis menunjukkan bahawa berciuman boleh dilakukan oleh orang yang sedang berpuasa, dan puasanya tidak batal. (dibenarkan untuk suami isteri sahaja ya...!)

  • Namun bagi orang yang tahu syahwatnya akan timbul bila berciuman dan khuatir akan keluar maninya, maka hal itu makhruh baginya (Pendapat inilah yang dianuti oleh Mazhab Hanafi dan Syafi'i)

*** Fidyah ialah memberi makan orang miskin sebanyak satu mudd (cupak) beras atau apa2 bijirin yang menjadi makanan asasi sesebuah negeri itu. Satu mudd = satu hari gantian puasa yang ditinggalkan . 1 mudd = 15 tahil (566.85 gram).

~Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak Kepada Semua~

19 comments:

ubaidillah alqasam said...

salam kak... saya jadi orang first komen...huhu.. asyik razak jer..huhu.. hmm selamat berpuasa..semoga bulan SABAR ini menjadi satu bulan latihan bagi kita menjadi seorang yang lebih bertakwa...ameen..

anaklaut said...

salam..ukhwah..

tq sudi singgah memberi ulasan di anaklaut..ulasan cik skaf sangat saya hargai..:)

Tirana said...

Salam cik Skaf..

Terimakasih atas kunjungan ke blog saya dan menjadi pengikut blog TPM.

Selama menyambut kedatangan bulan ramadhan.

Razak said...

Salam Kak Cik Skaf,

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak, maafkan saya jika ada kesilapan dan kekhilafan yang saya lakukan...

Salam Ramadhan...

Anonymous said...

salam. Terima kasih menulis entri ini. MasyaAllah.. nampak kesungguhan Cik Skaf dalam perkongsian ilmu. Ini akn dijadikan rujukan bagi saya dan keluarga. Selamat Menyambut Ramadhan. Selamat Menjalani Ibadah Puasa.

-En.Zam

syahbandar87 said...

wah bgs info ttng puasa ni..bersesuaian dngn puasa yg amat menghampiri kte skrng ni..papepun dakwah itu tiada hentinya dlm kehidupn kte..sy sokong akak.teruskn menulis
:)

♥S@R@♥ said...

cik skaf good info/artikel..
(lum hbs baca nnt blk umah baru leh baca betul2..hehe) kat opis kene nyorok2..haha

♥S@R@♥ said...
This comment has been removed by a blog administrator.
hang nadim said...

selamat berpuasa semua...
terima kasih

Azan Subuh said...

terima kasih kak skaf atas ilmu2 ini...

salam ramadhan!

Cik Skaf said...

ubaidillah : salam dik. hehe..tahniah la yer, jd pengkomen p'tama .. :D.
InsyaAllah,sama2 la kita doa, ini satu titik mula kepada perubahan diri yg lebih baik.

AnakLaut : sama2 AL, mmg entri "dinda:jika aku suamimu" itu betul2 t'kesan di hati sy. sebak sy membacanya. Muga semua lelaki punya rasa spt itu di malam pertama mereka.. :)

Tirana : Salam ukhuwah. Selmt Menyambut Ramadhan juga buat Tirana

Cik Skaf said...

Razak : kak skaf pn sama.. Ampun maaf andai ada terlajak kata. Moga ikatan ukhuwah b'panjangan. Salam Ramadhan.

En. Zam : terima kasih sudi diambil sebagai rujukan. Saya cuma berharap ada manfaat yg diperolehi drpd penulisan entri. Salam Ramadhan buat keluarga.

Syahbandar: hehe..terimakasih menyokong akak syah. Budimu dkenang :D

Sara : hehe..cute la sara ckp2 camtu

hang nadim : Selamat Berpuasa! Tinggal esok (jumaat) aje leh lunch kat opis tau hang nadim... jgn buat2 lupa..:P

Azan Subuh : Terima kasih afzan sempat ziarah blog akak, tau awk sure bz skrg. Salam ramadhan juga buat afzan dan kwn2.

mamai said...

selamat berpuasa cik skaf...err tips untuk lelaki tak ada ke

a kl citizen said...

best info ni

selamat berpose

waluyo said...

panduan yang komplit dan rinci
good post
selamat menunaikan ibadah puasa

Dida... said...

Salam Cik Skaf..

Salam kunjung balas dari saya... info yg berguna untuk panduan semua wanita... terima kasih...

Salam ukhwah di ambang Ramadhan.. selamat menjalani ibadah puasa dan solat tarawikh... :)

Cik Skaf said...

Mamai : Selamat Berpuasa juga utk Mamai sekeluarga. Orang Melaka ya?


a kl citizen : selamat berpose juga cikgu.huhu.. nak ckp juga ni, rupa cikgu dlm gambar sbijik mcm best fren sy, dia lecturer di upm.
(utk best fren tu : kan..kak jam kan? mcm rupa akak kan? mgkin u all berdua ada kaitan sedara kot)


waluyo : Terima kasih Waluyo. Salam Ramadhan juga ya utk kamu.


Dida : Selamat menjalani ibadah puasa dan bersolat tarawikh juga.. Ini kali kedua ke Dida n suami berpuasa di rantau? ..hmm bilakah agaknya sy dapat menjejakkan kaki ke bumi anbia itu..

zedmagel said...

Cik Skaft,

Alhamdullillah bertemu lagi kita pada Ramadhan kali ini. Ada yang telah pergi meninggalkan sebelum Ramadhan bertamu..

Cik Skaf said...

Zedmagel : saya kehilangan beberapa org rapat sebelum Ramadhan ni, yg terdekat - sahabat sy yg juga merupakan jiran sy. bila teringat, mmg terasa pilu. Moga kita diberi kesempatan dan umur yg panjang utk meneruskan ibadah puasa sepanjang ramadhan ini.