Tuesday, August 25, 2009

AIR : Berapa Banyak Perlu Diminum?

Nota Cik Skaf : Salam semua. Alhamdulillah dah 4 hari menjalani ibadah puasa, tanpa apa-apa masalah kesihatan ataupun keletihan yang melampau. Harap semua pun macam tu juga. Moga puasa kita dan ibadah2 lainnya selama 4 hari ini diterimaNya dengan sempurna.

Bulan puasa ini, menyebabkan sesetengah orang akan kurang meminum air, tetapi bagi saya pula, saya akan minum dengan agak banyak sepanjang malam, bermula dari berbuka hinggalah ke sahur. Kononnya utk mencukupkan 3 liter air sehari (petua diet..huhu). Berbuka sahaja - ada segelas air panas, segelas air sejuk dan dua gelas air kosong. Sahur pun begitu juga. Manakala selebihnya - sepanjang malam, selepas terawikh hinggalah ke masa mau masuk tidur saya akan pastikan saya akan minum sekurang2nya 3 gelas air kosong lagi (atau 2 gelas air kosong + 1 gelas susu suam).

TAPI sebenarnya berapa banyak yang patutnya kita minum?


Petang tadi, saya terjumpa 1 info dalam diari lama, ilmu baru bagi saya, dan rasanya ingin berkongsi dgn yang lain juga.

"Ada orang kata jangan minum air banyak2. Minum seteguk dua saja untuk awet muda, terutama bagi seorang perempuan. Ada juga pendapat yang mengatakan kita perlu minum 8 gelas sehari (8 gelas sehari lebih merupakan sebagai lagenda yang telah diterima sebagai fakta)

Ada juga yang berkata kita boleh minum sebanyak mana pun air setiap hari - Lagi banyak lagi bagus, terutama bagi mereka yang berdiet, kerana air bukan sahaja membuatkan kita berasa kenyang dan memudahkan pengeluaran toksin badan tetapi juga meningkatkan metabolisme badan.

Jadi berapa banyak yang perlu diminum?

Sebenarnya ia bergantung kepada cuaca dan aktiviti yang anda lakukan sepanjang hari. Lebih banyak anda kehilangan air, maka lebih banyak air yang perlu diminum -bagi menggantikan kehilangan air itu. Lebih banyak dari 8 gelas.

Tetapi jangan pula meminum terlalu banyak! Ini kerana meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil), ia juga boleh menyebabkan setuasi **elektrolit tidak seimbang. Perlu diingatkan lebih banyak anda meminum air, lebih banyak anda perlu *menggantikan elektrolit anda. Jika tidak, maka ini lah yg jadi penyebab ketidakseimbangan elektrolit dalam badan."

** Elektrolit : Cecair yang bercas di dalam badan - antara fungsinya: menjaga tekanan osmotik tubuh, mengatur pengaliran air ke bahagian2 tertentu dalam tubuh, menjaga pH tubuh dan juga berperanan dalam proses metabolisme badan (pemecahan lemak).

* Bekalan tambahan elektrolit ini boleh didapati dari minuman air isotonik - seperti 100 Plus, Excell dan lain-lain minuman sukan.

24 comments:

hang nadim said...

salam...hari ni hang nadim sakit perutlah...lembik dah, gara-gara makan nasi beli kat pasar ramadhan. Nak kena cari 100 plus camni

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

salam cik skaf,
Bagi saya, bila haus saya minum. Tak pernah kira pulak berapa gelas. kalau boleh sampai umur 75 tahun dengan keadaan sihat ,kira orait la tu.....hehehe. Insuran cover pun sampai umur 80 tahun je......

AiE bAhRi said...

Salam kak,
sebenarnya ikut individu jugak kan.Untuk kesihatan memang perlu banyak air tapi ada sesetangah orang tak boleh minum banyak air kerana akan mengakibatkan berulang ke tandas.

Apa pun, air adalah penting dalam tubuh kita =)

jemarisepi said...

Salam Kak
huhhh...sy percaya yg meminum air masak boleh diet &awek mudas..hihi
sy dah try kak..alhamdulillah hasil memberangsangkan..

Sy nak kongsi skit..:
Sy mmg x amik ais kak..dah lama..start sy beranak..mak sy x bagi,x elok untuk kesihatan katanya..so mak kata seeloknya minum air masak mati(air suam ler)..hihihi..hasilnya perut x geleber & buncit....

TerubukMasin said...

slm kak..
Wah..dh cm pakar kesihatan..
minum seteguk dua bleh jdi awet muda..
awek2 yg dh bca cuba amalkn ekk..hehe..

*tq singgah blog kak..insyaalah tm akn ikut nasihat akak..
sang suria sangat pantas naik kt sni..dh cm jam 8 kt klang..P

Abd Razak said...

Salam Kak...

Minum sekadar utk keperluan badan.

Air merupakan elemen yang sangat penting kepada kesihatan tubuh badan. Kepentingan air juga dijelaskan oleh Muhamad S.A.W agar kita memenuhi 1/3 dari perut kita dengan air.

zai said...

Salam Skaf...

Dah lama tak berkunjung ke sini..kak zai sibukla tp mmg bagus info ni disebabkan 75% dari tubuh kita adalah air jadi eloklah minum air 75% dan 25% lagi tu utk makan..tapi kita mmg perlu makan semasa lapar ttp harus berhenti sebelum kenyang utk menstabilkan sistem badan..

abu muaz said...

bagus info ni.....tapi jgn minum air sambil makan ya.....makan, minum, makan, minum.....hancur sistem pencernaan nanti.

mamai said...

aku minum air secukupnya..tapi rasa macam tak pernah cukup plak

Cik Skaf said...

Hang Nadim : So MC ke hari nie? kesian Hang Nadim, lepas nie sebelum membeli, perati2 dulu, kot lauk pauk yg terdedah2 tu, tak usahlah dibeli, dah dihinggap lalat dan penuh habuk dr jalan, itu yg buat mkanan rosak, kan yg jd magsa perut sendiri. Muga cepat sembuh ya.

AmirHamzah : InsyaAllah jika kesihatan dijaga betul2, dan Allah izinkan umur yg panjang, sehingga umur 80 pun boleh sihat walafiat. sekarang en Amir umur berapa? :)

Aie : hah itulah pasalnya aie, kalau minum banyak2 nie.. nak berulang alik ke tandas itu yg x larat.

Cik Skaf said...

jemarisepi : wah.. alangkah bestnya kalau kak skaf boleh mengelakkan minum ais...huhu. Betul2 tak leh tahan lah jemari dgn godaan ais nie, tau x elok utk badan, tapiiii...huhu nak juga minum.

TM : dah selamat smpai sabah ya TM. alhamdulillah. mcm kul 8 kt sini, kat sana dlm pukul 6 lebih kan?

Razak : ya razak, betul tu. air mmglah sgt penting. manusia boleh terus hidup walaupun x makan untuk 2-3 hari, tapi manusia mgkin boleh mati jika x minum air walau sehari.
(k.skaf suka bacaan ayat2 dlm blog razak, so sntiasa online je walaupun x mggunakan laptop)

Cik Skaf said...

Zai : Thanx kak zai, dalam sibuk2 sempat juga ziarah blog sy. petua Rasulullah pun camtu juga kan kak zai..

Abu muaz : hah itu yg paling kena elakkan, berselang makan dan minum. kalau org2 tua nampak, mmg konpem kena marah.

Mamai : huhu..bahaya tuh bila rasa x penah cukup. jadi agak2 brp gelen air yg betul2 cukup tuk en mamai?

Cik Cookie said...

Cik Cookie mmg byk minum air lebih2 air putih n suam.lega klu dapat minum.Bulan pose??kena tahan nafsu nak minum air.

patahati said...

lengkap sangat info tentang air minum ini, jadi tahu seberapa banyak yang kita perlukan, thanks talah mau berkongsi, salam.

Cik Skaf said...

Cik Cookie : petua juga kata jika minum air putih nie banyak, kulit pun jd cantik..

patahati : salam ramadhan. Selamat berpuasa ya untuk kamu.

Abd Razak said...

Salam Kak Skaf...(k.skaf suka bacaan ayat2 dlm blog razak), boleh saya tahu bacaan apa tu? Adakah ianya doa dari Syeikh Masyaari tu? Kalau akak nak MP3 DOA tu saya boleh emailkan...

MONOKROM said...

Menurut saya, kebutuhan air yang kita tenggak saban hari tak perlu dipikir teramat rumit. Bagi saya, mengalir saja, sesuai dengan kebutuhan, dan kebutuhan tersebut ukurannya "Permintaan Tubuh Kita" jika kita merasa haus artinya tubuh sedang membutuhkan air, dan sebaliknya. Kita harus sadari bahwa tubuh kita merupakan kesatuan yang sangat luar biasa yang telah diciptakan oleh Alloh, semua organ telah genetically programed in satisfying manner...
Jadi serahkan kebutuhan air kita pada tubuh kita masing-masing, tunggulah perintah dari tubuh lewat sinyal 'rasa haus' yang akan muncul manakala tubuh kita bereaksi terhadap situasi lingkuangan dan konsisi tubuh kita. Keculi ketika puasa, kita mungkin perlu sedikit manage sinyal tersebut...tetapi, menurut saya mengalir saja...kalau sudah terasa gak haus ya gak perlu dipaksa-paksakan...system yang terbangun dalam tubuh luar biasa cerdas...dan itu karunia yang harus kita syukuri...
Thanks and happy fasting!

zedmagel said...

Salam Cik Skaf,

Terima kasih atas info....tapi sewajarnya 8 gelas sekurang-kuarangnya sehari. Jika lebih pun tak mengapa.

Minum air yang menyihatkan le.

pecinta_Islam said...

salam akak..nk kongsi info pasal air jgk nih..tp sy pun x tau betul ke x..just terbaca je.hehe..info ni g tau kalau kita nak capai tahap yg paling baek dlm badan kita..bila kita buang air kecil airnya lebih kpd warna neutral..dan jika slalu kekuningan yg melampau maksudnya kita kurang air dlm badan dan mungkin jgk ada kesan2 laen yg berlaku dlm bdn kita..sy x pasti sngt kesahehannya..tp sy de prnh terbaca la..kt mane tu lpe dh..internet or majalah.hehe

Cik Skaf said...

Razak : owh itu doa dr Syeikh Masyaari ya? ok, kalau x menyusahkan razak, bolehlah e-melkan pd akak MP3nya. *Thanx juga atas tazkirah2 lain yg di emelkan pd k.skaf*

Pelangi anak : Salam perkenalan Pelangi anak. Thanx atas komennya. Namun bg saya kdgkala, kebutuhan/keperluan (untuk minum air) melebihi kemahuan seseorg. Ada sesetengahnya x suka minum bnyak air, sdgkan keperluan bdn x bgantung pada dahaga/tidaknya tekak mereka. Saya masih percaya skurang2nya 8 gelas sehari adalah yg terbaik utk memastikan sistem bdn bfungsi lebih sempurna. Terima kasih ya atas ziarahnya.. :)Selamat menjalani ibadah puasa.

Zedmagel : Ya saya setuju en zed, 8gelas atau lebih itu terbaik.Jika tidak, mgkin bdn kita akan mengalami dehidrasi.

Syahbandar87 : Ya syah kak skaf pun ada terbaca info itu. Tapi rasanya mmg betul lah tu.. kita pun boleh tahu, bila membuang air kecil, dan warnanya pekat dan kuantitinya sdkt, menunjukkan bdn kita sdg kekurangan air.

Cik Skaf said...

Setelah membaca komen2 ini, cikskaf surf laman Web Jab. Kesihatan WP - topik: air utk ksegaran bdn. Utk tambah maklumat, rakan2 bolehlah ke address ini:-

http://jknkl.moh.gov.my/modules/xt_conteudo/index.php?id=109

Cik Skaf said...

Mantan copet : Salam kenal. InsyaAllah saya akan ke situs kamu. Terima kasih juga ya atas ziarah kamu.

MisterZyl said...

salam cik skaf.. semoga sehat hendaknya

entri ini memang informatif..

seperti banyak perkara.. hal minum air juga pasti ada kebaikan dan keburukannya :)

Salam Sejahtera

Cik Skaf said...

salam faizal.
sis sehat..alhamdulillah. harap faizal pun sama.
hehe..tu lah pasalnya.. ttg minum air pun mcm rumitttt sgt masalahnya kan? :)
banyak org, byklah pandangannya..