Tuesday, August 4, 2009

Diam Itu Lebih Baik

Nota Cik Skaf: Satu kisah sejarah Nabi dan Sahabat baginda, Sayidina Abu Bakar yang boleh kita sama-sama renungkan dan jadikan penguat hati dalam mendidik diri menjadi seorang yang lebih sabar.

Rasulullah s.a.w sedang duduk-duduk bersama Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. Datang seorang lelaki lalu memarahi dan mencaci-maki dan menghamun Sayidina Abu Bakar. Sahabat mulia itu diam sahaja, tenang mendengar tohmah dan seranah yang dihaburkan kepadanya. Melihatkan Sayidina Abu Bakar tidak bertindak apa-apa, lelaki itu menjadi semakin berang.

Suaranya semakin lantang mengherdik dan menengking Sayidina Abu Bakar. Namun caci dan makian itu tidak juga menyebabkan Sayidina Abu Bakar marah, apatahlagi bertindak balas. Beliau duduk diam saja di samping Rasulullah. Dibiarkan lelaki yang tidak dikenali itu terus galak dengan cacian dan makiannya.

Barangkali berasa malu kerana gagal membuatkan Sayidina Abu Bakar bertindak sesuatu, lelaki itu mencaci sekali lagi dengan lebih hebat dan lebih keras. Dituduh, dikeji dan difitnah dengan pelbagai tuduhan serta bahasa yang sungguh kesat, sehingga sahabat nabi itu berasa maruahnya tercabar.


Akhirnya perlahan-lahan Sayidina Abu Bakar bingkas. Melihat Sayidina Abu Bakar bangun, Rasulullah yang sedari tadi berdiam tenang pun ikut bangun. Tindakannya itu, spontan menarik perhatian Sayidina Abu Bakar, lalu beliau bertanya "Wahai Rasulullah! Adakah kau mahu membelaku?"

"Tidak" jawab Rasulullah sepatah. "Waktu engkau berdiam diri tadi, malaikat berdiri di sampingmu untuk menafikan kata-kata lelaki itu. Tetapi apabila engkau bangkit untuk menjawab caciannya, malaikat pun beredar meninggalkanmu. Sekarang yang datang adalah syaitan."

Untuk apa syaitan datang? ia datang untuk mengapi-apikan lagi suasana yang sudah mulai panas. Untuk melaga-lagakan lagi keretakan yang sudah mulai
pecah dan menyerpih.

Allah s.w.t mengingatkan dalam firman-Nya:
" Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak berfaedah, mereka berpaling daripadanya dan berkata, 'bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amal kamu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang yang jahil'." (Al-Qassas:55)

19 comments:

Abd Razak said...

Salam Kak Skaf...

Jika Rasulullah s.a.w serta sahabatnya dulu diuji sebegitu, kesabaran mereka tidak pernah robek, mampukah kita begitu ataupun sudah hancur muka si pengherdik itu kita kerjakan.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya."

GRuNGe said...

Dalam hidup kadangkala kita perlu menyuarakan rasa hati kita.

Kerana orang tidak akan tahu sekiranya kita menyimpan di dalam hati.

Sebab tu ada pantun melayu yang baitnya berbunyi, "Jangan disimpan didalam hati".

Cik Skaf said...

Razak : yer razak. begitulah kita, umat akhir zaman ini, kasabaran sama nipis dgn keimanan. Kurang daya tahan bila diuji, mudah menangis dan mudah rasa tertekan. Kerana itu, untuk mendidik diri, utk mujahadah, memerlukan semangat dan ketahanan diri yg kuat.

Cik Skaf said...

Grunge : hehehe.. "kalau ada jarum yg patah jgn disimpan di dalam peti, kalau ada silap dan salah jgn disimpan di dalam hati.." gitu eh? :P

TerubukMasin said...

diam & sbr tu penting..tpi kte ni manusia biasa..kekadang tk tenang,tk sbr..tu yg mudah lepaskan mrh(syaitan dekat tu)hehehe..

Tok Rimau said...

Terimakasih la kerana membaca dan tergerak memberi komen. :-)

Komen la lagi. Tok tahu diam itu bagus tetapi Tok suka kalau Skaf komen.

Shahibul Afzan Wahab said...

tazkirah yg bagus kak skaf...

teringat suatu kata-kata:

"Aku diam kerana aku berfikir,aku bertutur kerana aku berzikir..."

anaklaut said...

salam cik skaf,

kalau tak ada apa2 yang nak diperkatakan, baik diam saja.

suatu n3 yg sangat berguna, saya membacanya dengan penuh minat.:))

tq sudi singgah anaklaut

Anonymous said...

diam itu emas, betullah kate mak bapak dulu... salam jauh sahabat.

zai said...

Salam Skaf..

Kadang2 lebih banyak bercakap, lebih banyak kita mmbuat kesilapan dan lebih banyak keburukan kata dan sifat buruk yang terzahirkan...justeru itu, kita hendaklah sentiasa harus berwaspada apabila menuturkan kata2agar tidak melukai oranglain sehingga memutuskan silaturrahim..seandainya kita tiada perkara yang logik utk dibahaskan lebih baik berdiam diri..

Cik Skaf said...

TM : ya TM dah nama pun manusiakan.. kita terlalu banyak sifat2 kekurangan.

Tok Rimau: thanx tok dtg ziarah blog sy :).

Azan Subuh : Akak suka dgn mutiara kata tu afzan.Dalam maksudnya.

Cik Skaf said...

Anak Laut : pun minat dgn puisi2 anak laut. jgn berhenti menulis tau.

patahati : salam kenal patahati. Thanx ziarah. "diam itu emas" itu juga pernah jd tajuk entri sy pada awal julai.

Kak zai : saya setuju sgt dgn akak! Rasulullah pun dah pesan "banyak berkata2, maka akan banyak silapnya, banyak silapnya maka banyak dosanya, banyak dosanya maka nerakalah tempatnya"

azimask said...

diam lagi bagus...
tp kalau asyik diam je.. bila org dok tindas.. geram jugak...

huhuhu
baik diam dari berkata kata...
huhuhuhhuhuhu

Cik Skaf said...

hehe Mimie.. jadi diam je lah. lama2 yg menindas tu pun diam juga ..:)

Idalara said...

bila kak ida terlalu marah dan kecewa..kak ida akan diam..hinggalah kak ida rasa betul2 pulih..

p/swah cikskaf..kalau tahu tmpt kak ida ni senang sgt lah..nnti dtg tau..g je kat bangunan 3 tingkat tu..cari Koperasi bank pertanian malaysia..kat bawah ada klinik.

anaklaut said...

salam..cik skaf,


pertama, tq sudi singgah anaklaut.


Entri cik skaf sangat menarik. Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.

Hikmah Diam
1. Sebagai ibadah tanpa susah pyh
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

cik skaf,

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap ke arah perkara2 yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:

-anaklaut-

Cik Skaf said...

Kak Ida : memg itulah yg sebaik2nya kak.
Ok set akak, bila sy ke BBST sy akan cari akak.

Anak laut : wah entri dalam entri nie.. hehe. thanx ya. Saya pun percaya, kata-kata yg keluar adalah lambang kepada hati si pemilik kata..

lalink7 said...

cik Skaf :

pendapat saye, ada masa kiter perlu diam dan ada masa kiter perlu bersuara utk elakkan diri diperkotak-katikkan..

dalam hal tertentu, diam mungkin jalan yg terbaik..saye selalu diam bila orang marah..at last, org yg mrh akan terdiam kembali..ada hikmah disebaliknya..

Cik Skaf said...

Lalink7 : Benar juga tu husna, kdg2kita mmg perlu bersuara spy org tak tindas/perkotak katikkan kita. Tapi dlm setuasi tertentu (mcm cth cerita sejarah dalam entri ni) kalau kita rasa dgn berdiam diri dapat menyelesaikan masalah dan dapat mengelakkan pergaduhan, maka lebih baik diam je lah kan?