Thursday, August 20, 2009

"Merenung Diri"


[Skrg mcm best pulak bila memakai mask , selain untuk menjaga diri dr dijangkiti virus H1N1,
terasa lebih selesa - bila pergi ke mana-mana, orang tak nampak muka kita! huhu
Adakah rakan2 rasa mcm tu juga? :) ]

Merenung Diri
Merenung ke dalam diri
Tercari-cari
apakah yang ada untukku bawa ke sana nanti
Tertanya-tanya sendiri
ke mana telah kuhabiskan usia selama ini

Ku membisik
Wahai Diri
Lupakah tiap hembusan nafas
tiap kerdipan mata
dan tiap denyut nadi
telah mengurangkan sisa umurmu
Namun mengapa kau masih berdiam di situ?

Wahai Diri
Lupakah setiap gerak laku dan detik hati
disaksi dan dicatat oleh dua malaikat penjaga
di kanan dan kiri
Cuba selidiki hati dan lidahmu
Benar luruskah pancainderamu itu
Telah lunakkah jiwamu
Telah terdidikkah peribadimu?

Wahai Diri
Setelah kau hitung semuanya itu...
Maka apakah agaknya
nilaimu di sisi Ilahi?

(menjelang Ramadhan 1430 H)

19 comments:

MisterZyl said...

selamat menyambut Ramadan cik Skaf.. maaf sudah lama tidak ke sini.. sedikit sibok.. semoga cik Skaf sentiasa dalam sehat dan sejahtera selalu hendaknya

abu muaz said...

Banyak hikmatnya arahan menutup aurat yg Allah perintahkan tu.... cuma manusia je wat main-main.

Abd Razak said...

Salam Kak Skaf,

"Tertanya-tanya sendiri ke mana telah kuhabiskan usia selama ini"

Bila soalan ini ditujukan pada diri tak mampu nak jwb apatah lagi esok Allah yg tanya...sungguh rasa amat kekurangan sgt bila melihat kembali waktu yg terluang tidak di isi dgn amal ibadah

waluyo said...

renungan yang indah dan mengena
selamat menjalankan ibadah puasa

mamai said...

kata diri hanya Dia yang tahu...ikhlasnya telah ku beri


selamat berpuasa buat cik skaf

ubaidillah alqasam said...

salam... baguslah kak..sebab mampu menghasilkan puisi berbentuk muhasabah diri..sedar xsedar terkadang tu kita ni kurang bermuhasabah tentang diri sendiri n asyik menyatakan perihal orang lain.. padahal jelas Islam menggalakkan penganutnya sentiasa bermuhasabah..contohilah shabat besar Nabi S.A.W ,saidina Umar yang menytakan bahawa : HISABLAH DIRI KAMU,SEBELUM KAMU DIHISABKAN...ringkas kata2nya tapi padat dengan peringatan dan teguran..

Cik Skaf said...

Faizal : Ok faizal. x pe. jika ada kesempatan datanglah ziarah, jika sibuk, x mengapa...jgn paksa diri..hehe.

Abu Muaz : Ya Abu Muaz, Allah pun dah kata mmg sifat manusia suka membantah.. (Sdgkan setiap apa perintah Allah adalah untuk kebaikan manusia juga)
- Wife kan sebelah tu? huhu..mcm mana boleh jumpa yg serupa ya?.. bahagianya rasaaa..


Razak : Benar Razak, kita patut malu jika mensia-siakan usia. Diberi nyawa dan nafas percuma, tetapi masih mahu "menyombongkan" diri dgn Yang Maha Pencipta.

Cik Skaf said...

Waluyo : Terima kasih lagi atas ziarahnya. Selamat menjalani ibadah puasa utk kamu juga.


Mamai : :) Selamat Bertarawikh malam pertama En. mamai.


Ubaidillah : Taklah akak pasti, ini diterima sbg laras puisi atau bukan. Bg kak skaf, ia lebih kepada bermonolog dgn diri sendiri.

Idalara said...

salam cikskaf..
terasa diri terlalu hina di sisiNya..terasa diri terlalu kerdil di sisiNya.

thanks sebab kerap singgah kat rumah kak ida..kak ida je yg jrg2 singgah rumah cikskaf..internet kerap prblm..slow sgt,

selamat berpuasa.

azimask said...

slamat berpuasa cik skaf!!!

muahhhhhhhhh

lenz said...

terbaca komen Cik Skaf di satu blog...singgah sini jap...

pecinta_Islam said...

jika nk dihintungkan dr amal dan kelakuan kita,sesungguhnya kita semua x layak masuk syurga..sebanyak mana amal ibadah pun mmg masih x layak..yg melayakkan kita hanyalah dngn belasNya,redhaNya shja...yg penting keinsafan kita dan kesungguhan kita untuk kembali kpd jln yg bnr..hanya dngn redhaNya shja la kita dpt masuk ke syurgaNya.dan tujuan kita beribadat itu adalah untuk memujukNya,dan terus memujuknya..untuk mendapatkan mendapatkan redhanya..muga2 keinsafan kita semua mendapat redha drNya.insyarallah

abu muaz said...

Takkan org lain pulak letak kat sebelah...panjang kisahnya kalau nak cerita.Surat-surat cinta boleh dibuat buku....

Cik Skaf said...

Idalara : Slmt berpuasa kak Ida. x pe kak, kalau x sempat menjengah rmh sy.. akak snggah sekali sekala pn da alhamulillah sgt :). Kak, bskut AL sy jgn lupa tau. Mcm mana nak dpt no fon akak ye? atau sy pas no sy kat emel akak ok?

Mimie : Mmmmmmuahhhh kat mimie gak...!:) . Slmt Berpuasa n Slmt Bertarawikh mie.

lenz : Salam kenal lenz. Org BP ya? hehe..

Syahbandar87 : Thanx syah. Sebak membaca komen. Kak Skaf pun mmg myakini itu, Apa yg diharap hanyalah redhaNya dan belas kasihanNya.

Abu Muaz : Wah nie mesti kisah cinta makan tahun nie. Sejak sekolah ke? hehe.. kalau nak dibuat buku pun apa salahnya en abu muaz.. klau pun tak dipublishkan, jadi koleksi simpanan peribadi pun ok apa... untuk dikenang saat2 manis dan ranjau perlu ditempuh utk dpt permata hati kat sebelah tu.. :)

zedmagel said...

Salam Ramdhan Cik Skaf,

Diri semakin kerdil di maya ini, mog Allah memberi RahmatNya buat kita semua.

Cik Skaf said...

Zedmagel : salam ramadhan juga Zedmagel. InsyaAllah, muga kehidupan kita, amalan kita yg seciput sgt ni, mampu mendatangkan belas kasihan Allah pd kita.

lenz said...

slm kenal 2 u 2...pic rmh kt ats tu cam penah nmpk jerk he3...

Cik Skaf said...

lenz : Uik pernah nampak ke? sungguh? hehehe. Org mana nie?.. S'ggarang ke? dah tau rmh tu, siler2 la raya t dgn family jemput ke rumah.. :-)

lenz said...

cik skaf>>nanti kita bwk member ramai2 eh hehe...