Hari yang agak sibuk (kunun2nya). Maklum hujung bulan. Seharian di tempat kerja. Awal2 pagi lagi dah bertolak dari rumah - di dalam hujan lebat yang mencurah2. Hampir tak nampak jalan sewaktu memandu.
Hujan lebat sebenarnya bermula subuh tadi, betul2 menguji keimanan. Selepas solat - kalau nak diikutkan hati, jiwa, rasa dan mata yang masih layu memang nak menarik selimut dan memeluk bantal semula. Sempat saya membayangkan, Perghh! memang indah.. Ini kalau saya menyambung tidur,di dalam kesejukan hujan awal pagi seperti ini, di hari sabtu pula, memang sampai tengahari agaknya tak sedar diri (hoho). Tetapi mengenangkan saya ada urusan yang perlu diselesaikan di bandar dan perlu berada di sana jam 9 pagi, maka niat tak berapa murni itu terpaksalah dibatalkan. Agak kecewa.
Malam - selepas maghrib, menghadirkan diri ke majlis kenduri arwah - Tahlil dan bacaan Yassin di rumah jiran (Saya ada bercerita tentang arwah jiran saya ini dalam entri sebelum ini). Keluarganya dari Johor mengadakan kenduri di rumahnya. Ramai yang datang. Selain kaum keluarga, bekas teman-teman sekerja (terutama staf bawahannya) pun ada.
Hujan lebat sebenarnya bermula subuh tadi, betul2 menguji keimanan. Selepas solat - kalau nak diikutkan hati, jiwa, rasa dan mata yang masih layu memang nak menarik selimut dan memeluk bantal semula. Sempat saya membayangkan, Perghh! memang indah.. Ini kalau saya menyambung tidur,di dalam kesejukan hujan awal pagi seperti ini, di hari sabtu pula, memang sampai tengahari agaknya tak sedar diri (hoho). Tetapi mengenangkan saya ada urusan yang perlu diselesaikan di bandar dan perlu berada di sana jam 9 pagi, maka niat tak berapa murni itu terpaksalah dibatalkan. Agak kecewa.
Malam - selepas maghrib, menghadirkan diri ke majlis kenduri arwah - Tahlil dan bacaan Yassin di rumah jiran (Saya ada bercerita tentang arwah jiran saya ini dalam entri sebelum ini). Keluarganya dari Johor mengadakan kenduri di rumahnya. Ramai yang datang. Selain kaum keluarga, bekas teman-teman sekerja (terutama staf bawahannya) pun ada.
Usai majlis, sewaktu menikmati jamuan, semua pun berbual dan bercerita mengenai arwah, cerita berkisar tentang kebaikan2 dia semasa hayatnya, tentang penyakitnya dan tentang saat2 akhir sebelum dia meninggal dunia. Dan saya, seperti selalu2 juga, diam dan mengangguk sahaja. Saya masih berasa seperti bermimpi. "Makan dan bersembang di rumahnya, tetapi dia tiada - Sungguhkah ini?".
Dan sempat saya membayangkan, mungkin begini juga setuasinya pabila saya yang tiada - Keluarga membuat kenduri di rumah saya, menjemput sanak saudara, teman-teman sekerja - mereka bercerita tentang saya dengan rasa terharu dan sebak. Dan kemudian berapa lama agaknya kesedihan itu akan berada dalam diri masing2?. Akan terkenangkah mereka pada saya untuk selama2 hidup mereka? atau saya akan dilupakan sebaik sahaja usai majlis?
Lewat malam - mata masih tak mahu lelap. Memujuk hati - bersabarlah. Di suatu hari di suatu masa keikhlasan akan terserlah juga. Saya tetap suka kamu.
** Untuk awak - Terima kasih. Awak dan keprihatinan awak penguat semangat saya. Ya. untuk awak!
16 comments:
Salam cik...
Situasi saya berlainan berharap ilmu yg tercurah seramai mungkin memanfaatkannya hingga dunia ini ramai orang soleh
Razak. apa maksud setuasi berlainan tu. ceritakan sikit.
Maksudnya kalau sdri membayangkan apabila sdri sudah tiada - Keluarga sdri akan membuat kenduri di rumah sdri tapi berlainan dengan saya situasinya seperti yg saya sebut di komen yg terdahulu
Owh. ok saya faham. Sememangnya semua pun begitu razak, berharap selepas ketiadaan kita, selain dari amal bakti kita kat dunia, kita berharap segala ilmu yg bermanafaat dan didikan yang dicurahkan dan dikongsi dengan orang lain, akan membuahkan pahala yg berterusan kepada kita walaupun sesudah kita tiada. InsyaAllah.
p/s sdari? panggil kak skaf. better kot.
salam..cik skaf,
tq singgah memberi komen di anaklaut..
kedua, alfatiah buat jiran cik skaf yang pulang menghadap ilahi.
tq..
salam cik skaf.. smoga roh jiran cik skaf sentiasa dicucuri rahmat..
menyebut tentang hujan mencurah di pagi hari..
saya baru menghadapinya pagi tadi.. :D
salam cik skaf,
thanks coz singgah blog sara.
salam perkenalan n mintak izin nak follow blog cik skaf ni ek..
semoga semuanyer selamat..
Slm Cik..
Apa pn yg diceritakn,semoga roh allahyarham dccri rahmat..kita yg msih hidup ni kena ingat2 lah dgn mati..
*cm ustazla plk...
Anak laut : ye sama2.. mmg setiap hari pun singgah blog anaklaut. thanx juga anak laut sudi ziarah ke sini.
Faizal : ya itulah doa kita semua, moga rohnya dicucuri rahmat. hehe..Pagi tadi hujan? so apa cerita seterusnya, faizal berselimut sampai ke tngahhari ke? :)
Sara santek....! salam kenal. siler2 follow sara, dialu-alukan sngt. Thanx sudi jd sahabat kak skaf.
Dalia : Ya muga segalanya selamat. Camana, dgr cerita dalia tgh cari idea nak wat bisnes yer? nak buat part time ke full time?
TM : bukan ustaz pun boleh saling kita berpesan2 dan saling ingat- mengingati :)
Salam Cik Skaf,
Hari nie pukul 10.10 pagi kak zai disentapkan dengan berita satu lagi kehilangan..teman seperjuangan suatu waktu dulu..srg ibu kpd 5 orang cahayamata masih muda dalam usia 40an krn sakit darah tinggi dan paru2 berair..masih terbayang tawa lincahnya dan pesanan beliau agar menjaga solat..dan harini..aku terkedu lagi...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman..mmg hidup ini terlalu singkat...harini mungkin kak zai masih mampu bersuara..mungkin esok telah menjadi sejarah..
Harap maafkan kak zai seandainya pernah tersilap kata...
salam..mengenai xleh comment kat blog saye tu,saye mintak maaf.. xpasan pun selama ni memng xleh comment..ingatkan memng xde yang ingi memberi sebarang komen.. ape2 pun semoga Allah rahmati kita semua..salamun alaik..
Salam kak.
Yang pergi tetap pergi dan biasanya akan menjadi kenangan bagi yang mengenali.Tetapi itulah manusia...bila tiada baru hendak disebut pasal kebaikannya.
kak zai : saya dah baca entry kak zai tentang kematian mereka dan juga tentang nenda saudara kak zai. Al fatehah untuk mereka semua. Moga roh mereka dicucuri rahmat. Betul kak, Moga kita yg masih hidup sentiasa mengingat2kan diri bahawa kematian tu boleh datang bila2 masa sajakan. Jadi kita perlu sentiasa bersedia. sob2..
Ubaidillah :salam, so skrg dah betulkan dah ruangan komen tu?
Aie : yea aie begitulah, selalunya mmg begitulah, bila kita dah tak ada, barulah kebaikan kita disebut2 org. Tapi.. ini jauh lebih baik kan daripada selepas kematian, kejahatan kita mash juga disebut2..
Post a Comment