Nota Cik Skaf : Rasanya rata-rata pengguna komputer sekarang terutama bloggers semua ini menggunakan laptop, dan bukan lagi desktop - kecuali untuk penggunaan di ofis. Entri kali ini saya nak senaraikan beberapa tips yg boleh kita sama-sama amalkan dalam penjagaan laptop kita. Biarpun telah lama menggunakannya tapi ia tetap kelihatan baru.
1. BATERI
# Cuba elakkan daripada menggunakan bateri. Laptop akan lebih sejuk tanpa haba daripada bateri. Perlu diingatkan, jika bateri sudah habis dicas, anda digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
2. KEYBOARD
# Biasanya keyboard laptop mudah dimasuki habuk. Cara yang mudah, lapikkan keyboard anda dengan sekeping kertas A4 setiap kali anda tidak menggunakannya.
# Sesekali lap keyboard anda dengan perlahan-lahan. Jangan gosok terlalu kasar untuk mengelakkan daripada butang kekunci rosak.
3. SKRIN LCD
# Lapkan selalu skrin LCD laptop anda kerana ia mudah dimasuki habuk.
# Amalkan penggunaan screen saver, kemudian power management anda setkan pada "Turn Off monitor in XX minutes". Ini akan memanjangkan hayat monitor laptop anda.
# Elakkan menyentuh skrin LCD. Ini kerana, pada tangan kita terdapat kesan minyak yang tertinggal dan cap jari akan kelihatan pada skrin. Ia bukan sahaja nampak kotor tetapi juga sukar untuk dibersihkan.
# Jangan sesekali meletakkan jari anda di skrin LCD ini kerana ia boleh mengakibatkan "dead pixel"
# Jika tidak menggunakan komputer buat seketika, eloklah anda menutup skrin LCD anda. Ini dapat mengelakkan kesan bebayang (shadowing effect) pada skrin.
4. HABA PANAS
# Ketika menggunakan laptop, pastikan ada ruang udara agar haba panas boleh keluar dari laptop anda.
5. SURGE PROTECTOR
# Surge protector berfungsi untuk menjaga perisian dan perkakasan dalaman daripada rosak. Apa yg boleh disyorkan adalah jenama APC atau lebih murah jenama BELKIN dan TARGUS. Kelebihan APC ialah ia mempunyai bateri simpanan, line protection (walaupun tiada bekalan elektrik tetapi masih boleh dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan bateri.
# Penggunaan Surge Protector ini paling efektif bagi menjaga HDD dan Power Supply.
6. PORT
# Port di bahagian tepi dan belakang laptop juga perlu kerap dibersihkan kerana ia mudah dimasuki habuk.
# Lebih mudah jika anda menggunakan berus gigi lama ketika membersihkannya. (Sila pastikan sebelum pembersihan dilakukan, anda telah mematikan suis laptop)
Ok. Selamat menjaga laptop anda. Jika ada tambahan tips yg lain, sila-sila kongsikan, moga ramai yang dapat manfaatnya.
12 comments:
cik skaf..
bagusla entry ni
nur baru je dok cari2 tips penjagaan laptop..
habuk tu mmg la ada..
hukhuk...
ni yg caaayang cik skaf..
=)
Tips apa lagi yang akan datang? Apa kata tips menjaga henset. Henset N95 saya baru jer hancur, seb bek bawak spare N96.
Nur : hehe.. cayaaaang Nur jga.
Grunge : N95 tu da hancur dah? huhu.. blumpun stahun. Dia majuk la, awak dr awal beli tak suka dia..asik pk nak jual je.
Salam kak,
Thanks for the tips tapi saya ni jarang sgt pakai laptop...seminggu sekali jer utk memastikan ianya berfungsi dgn baik, selainnya pakai desktop...
tips yg bagus ni cik skaf..
tq2
Salam Skaf..
Trm kasih atas N3 ini..mmg berguna sangat2..sayangnya LAPTOP kak zai dahpun 2 kali g repair..anak2 punya keje..
Cik Skaf mesti gadjet awak terjaga rapi kan, Aku dapatkan rasakan cik Skaf seorang sempurna dan detail sekali dalam segala pekerjaan yang dilakukan..confirm betul ni
cik skaf dapat makan ketam x?hehe
Razak : guna desktop mmg lebih selesa. Sbb skrinnya yg lebih lebar. Dah sihat dr demam?
Sara : huhu..lunch td tak dapat mkn ketam ar sara. Kena masak sendirilah nampaknya..Nnti sis
nak ambik resepi kat blog sara. :)
Kak Zai : hehe.. anak2 dalam proses pembelajaran ya kak - semua benda nak tahu, semua benda dorang godeh.
Hang Nadim : erkkk.. tak tau nak jawab apa ar Hang Nadim. huhu..manade org sempurna.
Tp detail tu mgkin ar. Bese ar perempuan, benda2 kecik pun diambik kesah.
shukran atas tips ini.. kadang2 kita kurang ambil peduli kepada barangan kita sendri... mungkin kerana ia senag nak dapat.. jadi konsep dan nilai kesyukuran kurang diterapkan di dalam diri.. ape2 pun segala di dunia ini tidak akan slamanya kekal.. cuma yang beza hnyalah tempoh waktu ia kembali(rosak or sebagainya) kepada yang Maha Memberi.. jadi bersyukur dan manafaat kan ia(laptop) selagi mana ia diberi pinjam,,,Wallahu'a'lam..:)
Tema kasih Cik Skaf, krna sudi mlwat Wahnuar.Dan sy akan slslu ke ruang anda. Blog yg amat menarik dan simple . Kita blogger ni gila-gila sikit, tapi x lah gila.Walaupun usia dah waktu asar tapi minda mesti selalu diwaktu zohor. Salam pada suami . Kalau balik ke BP kontek kita dan boleh berborak-borak. OK. Salam.
ubaidillah : betul tu..yg mudah dapat mmg jarang dihargai.. tapi kadang yg susah dapat pun, bila dah lama di tangan, dan dah jemu pun tak dihargai lagi..
Kuntong : Terima kasih ziarah. InsyaAllah balik BP kita boleh ramai2 duk kumpul kat sup Sitam kat BP walk tu..:)Yer saya akan sampaikan salam en kuntong pada Suami bila sampai masanya itu.. hehe.
Post a Comment