Nota Cik Skaf : Salam. Entri sebelum ini ada saya memberi tips bagaimana menjaga laptop. Kali ini saya nak beri tips bagaimana nak MEMBELI laptop pulak. Tentunya ramai yg dah tahu (sbb dah beli laptop sebelum ni). Jadi entri ini saya tujukan buat mereka yang tak punya laptop lagi, ataupun anda hendak menukar laptop yang lain pula. Maka entri ini diharapkan boleh dijadikan sedikit panduan untuk kalian.
7 TIPS MEMBELI LAPTOP
1. TAHU KEPERLUAN DAN KENALPASTI SPESIFIKASI LAPTOP
- Tanya kepada diri sendiri - Mengapa anda memerlukan laptop? Adakah anda sering membuat presentation atau melakukan kerja2 berkumpulan atau anda selalu travel? Jika Ya, okey anda boleh meneruskan niat anda itu. Jika tidak, cukuplah dengan menggunakan desktop aje (jika sudah sedia ada) agar and tidak membazirkan wang.
- Kenalpasti spesefikasi laptop yang diperlukan - cth jenis & kelajuan processor, ruang ingatan (RAM -memory), dan saiz serta jenis paparan skrin.
- Sebagai contoh - jika anda memerlukan sambungan tanpa wayar (wireless) maka anda perlu memikirkan untuk membeli laptop yang menggunakan pemproses Centrino kerana ia mmg dikhususkan utk kegunaan wireless.
- Bagi ruang ingatan pula (RAM) anda perlu tahu berapa saiz memory yg diperlukan iaitu sama ada 128Mb, 256Mb, 512Mb bergantung kepada jenis kerja yang anda buat. Jika tugasan anda memerlukan banyak kerja2 grafik atau pengaturcaraan, pertimbangkan saiz memory yang lebih besar.
- Saiz paparan skrin yang normal ialah 14" - 17". Untuk jenis skrin pula, saya mencadangkan anda memilih skrin paparan jenis "active-matrix" -kerana ia boleh dilihat dgn jelas dari pelbagai sudut/sisi. Walaupun skrin paparan "passive-matrix" lebih murah namun paparannya sukar dilihat di bawah cahaya malap dan juga tidak jelas jika dilihat dari sisi tepi. Manakala resolution skrin paparan yang dipilih sekurang-kurangnya adalah 1024 x 768 pixels.
- Pastikan juga jenis port yang anda perlukan. kebanyakan laptop didatangkan dengan beberapa ports yang asas seperti mouse port, serial port, video port dan beberapa USB port. Jika anda mahu menghubungkan komputer anda dengan network, maka anda perlu memastikan laptop anda mempunyai network port. Jika tiada, maka anda perlu membeli "external network card" yang akan dimasukkan dalam expansion slot di dalam laptop anda, anda juga perlu membeli network cable.
2. SEDIAKAN BAJET YG MENCUKUPI
- Sekarang ini jika bajet anda RM2500, anda sebenarnya sudah mampu membeli laptop yang berkuasa agak tinggi, malah anda juga mampu membeli komputer yang tidak berjenama terkenal tetapi mempunyai spesifikasi yang sangat bagus. Apa yang penting anda perlu rajin tawar menawar dengan penjual.
- Jika bajet anda melebihi itu, RM3000 - RM5000 contohnya, anda bolehlah membeli komputer yang berjenama terkenal seperti Compaq (atau HP), Acer, Toshiba, IBM, Fujitsu atau NEC. Kebiasaannya komputer yang berjenama terkenal ini mempunyai jaminan dan perkhidmatan sokongan pelanggan yang bagus - walau pun anda berada di mana-mana negara sekalipun.
3. BUAT SURVEY & DAPATKAN SENARAI HARGA
- Setelah anda tahu keperluan dan mempunyai bajet, maka bolehlah anda membuat survey ke pusat-pusat IT utama - jika di Lembah Klang anda boleh berkunjung ke Plaza Low Yat, Plaza Imbi, Sungei Wang ataupun Mid Valley. Terdapat pelbagai jenis barang dan aksesori komputer yang ditawarkan di sana.
- Dapatkan senarai harga yang biasanya diletakkan di hadapan kedai dan kalau boleh ambil seberapa banyak senarai harga dari beberapa buah kedai yang ada di situ, kemudian cuba buat perbandingan harga berdasarkan spesifikasi dan jenama yang sama.
4. TANYA PANDANGAN PENJUAL
- Senaraikan spesifikasi yang dikehendaki dan minta penjual menghitung semula harga berdasarkan spesifikasi yang dikehendaki tersebut. Bandingkan harga dengan kedai lain.
- Jangan lupa semak senarai harga dengan betul kerana ada sesetengah laptop yang dijual dengan tidak menyertakan sistem operasinya sekali.
- Menaik-taraf atau upgrade memory komputer atau storan kebiasaannya adalah lebih murah pada masa pembelian.
- Bertanya juga kepada penjual jika mereka ada menawarkan potongan harga atau ada promosi percuma untuk perkakasan lain dan untuk upgrade. Sebagai contoh - katakan laptop A hanya mempunyai RAM sebanyak 256Mb. Ada sesetengah kedai yang menawarkan proses upgrade RAM kepada 512Mb dengan percuma sahaja ataupun perlu menambah beberapa puluh ringgit sahaja. Ada juga yang menawarkan promosi seperti kad WiFi atau mouse optical secara percuma jika anda membeli laptop di kedai mereka.
- Pada masa ini, spesifikasi laptop sekurang2nya - 512MB RAM, 2.4Ghz Processor dan 80GB storan (hard disk).
- Kebanyakan laptop/komputer yang dibeli didatangkan sekali dengan beberapa perisian asas di dalamnya, seperti Microsoft Office.
- Namun ada pelbagai lagi jenis perisian lain yang mungkin kita perlukan. Sebelum memutuskan untuk membeli dan memasukkan apa-apa perisian di dalam laptop baru anda, pastikan dahulu bahawa ia mempunyai ciri-ciri asas yang membolehkan perisian tersebut diguna pakai.
7. PERIKSA SEMULA LAPTOP BARU ANDA
- Setelah selesai pembelian, sebelum komputer anda dibawa pulang, Anda perlu memastikan bahawa kesemua komponen tambahan yang dimasukkan (jika ada upgrade perkakasan) adalah betul.
- Periksa juga perkakasan sampingan lain (jika ada, seperti portable harddisk, mouse, printer, scanner, adapter, segala kabel yang diperlukan, manual dan CD driver) lengkap atau tidak.
- Dan jangan lupa juga untuk memastikan kad jaminan (warranty card) telah diserahkan kepada anda.
Sekian. Selamat Membeli dan Mengguna Laptop Baru :)
(Saya pasti ada beberapa orang kawan2 lama yang tergelak bila membaca entri saya seumpama ini. huhu...Ok-ok saya mengaku, saya memang rindu. Bila "bidang" kerja sekarang jauh sangat berbeza dengan bidang kerja sebelum ini, saya memang terasa rindu .. nasib baik ada blog sendiri.. jadi bolehlah saya menulis ikut suka hati :P)
9 comments:
Salam Kak skaf,
Tips yang baik utk yg baru nak beli laptop...nice article
Salam Cik Skaft,
Satu panduan yang baik. Ramadhan ni tak memulakan puasa di BP ke.?
Saya dan rakan-rakan blogger BP mengucapkan selamat menyambut Ramadhan di BP.
Razak : Thanx rajin baca artikel dlm blog kak skaf. :)
Zedmagel : InsyaAllah saya akan balik BP hujung minggu nie. Dah tentu nak mulakan puasa di kg bersama family. :)
Salam Skaf..
Nanti bila akak nak beli laptop baru bolehler g ngan skaf yer..bestla dapat rakan blogger cam skaf nie..i gain more and more knowledge day by day..bertuahnya kak zai dapat kenal skaf..
Zai : huhu kak zai. TQ rasa mcm tu. pun bertuah kenal akak, banyk ilmu rumahtangga blh dapat dr entri akak. erti kesabaran dan ketabahan seorang isteri dan ibu,dan erti redha dgn kehidupan. Sama2lah kita ye kak berterusan saling mmberi input.
Salam Cik Skaf,
Elok le tu. Tima kasih be my follower. Tapi sayang ptg ni awak tak ada. semua blogger BP kumpul kat gerai pesta dlm Program D Ambang Ramadhan jam 6 ptg anjuran Blogger Otai BP.
Tak pe raya ni InsyaAllah kami buat majlis Rindu Bertamu Di Aidil Fitri di Taman Dalam Rumah. Tarikh tak tentu lagi.
Pepehal kitorang britau cik skaf.
Zedmagel : sampaikan salam saya utk semua blogger BP ya.. :)
cik skaf, saya tak tergelak senyum je. Masih tak lupa kira okey lah tu...ruang memory besar dan kuasa access data masih laju :D
-en.zam
salam..could u please help me tau x wayar adapter laptop bleh beli kata mana? harga berapa agak? model acer aspire 4520
Post a Comment