Monday, July 20, 2009

Mengapa Curang?

Nota Cik Skaf :

Sekarang ini di mana-mana pun topik yang selalu diperbualkan oleh wanita pabila berkumpul adalah topik kecurangan, terutama kecurangan seorang lelaki yang telah bergelar suami, tak kiralah sama ada lelaki itu artis, selebriti, bos, rakan sekerja, jiran, adik beradik, ipar duai mahupun suami sendiri...! yang penting tetap juga cerita yang sama, kecurangan mereka dan pelbagai kisah mereka bagaimana mereka mendua atau mentigakan cinta... Hoho..! sungguh ngeri dan menakutkan.

Memang beginikah yang akan berlaku? Ya.. memang! jawab wanita2 ini. Kalau suami dapat setia 5-10 tahun, alhamdulillah. Tapi kemungkinan tahun kesebelas, kesetiaan akan goyang, mula nak menggatal dan berlaku curang. Owh! Benarkah semuanya begitu? Mengapa? Apa yang dicari? Apa yang kurang pada isteri? Jika pun ada kekurangannya, tidak bolehkah sang suami menegur dengan berhemah, mengajar, mendidik, dan sama-sama memperbaiki mana-mana kekurangan yang ada?. Awakpun bukannya perfect sangat. Jadi sama-samalah memperbaiki diri dan hubungan. Sama-sama saling bekerjasama untuk mempertahankan ikatan perkahwinan. Kenapa mesti satu pihak sahaja yang perlu berusaha keras? Sedangkan satu pihak lagi, pantang sahaja ternampak ruang-ruang untuk menduakan pasangan, mudah sahaja berlaku curang. Mengapa tergamak begitu?

Bukankah seorang isteri itu, adalah perempuan yang awak sendiri pilih? Tidak atas paksaan sesiapa. Bukankah sebelum ini awak telah pun memperhati, menelek dan menilai perlakuan-perlakuan dia sebelum awak memegang tangan tok kadi? Dan awak juga telah meyakini dialah yang terbaik untuk awak. Bukankah begitu? Adakah awak telah tersalah pilih? Bagaimana boleh tersalah? mengapa tidak memilih betul2, mengapa melihat pada satu sisi sahaja? Mengapa lihat kepada sisi baiknya sahaja, mengapa tak dinilai juga sisi buruk dia, dan kemudiannya bersoal jawab dengan hati sendiri samada awak masih sanggup atau tidak beristerikan perempuan itu dengan satu pakejnya - memiliki dia dengan segala kebaikan dan keburukan yang dia ada. Dan jika telah berkata sanggup, mengapa mencabuli janji pada diri sendiri?

Owh! Sangat kurangkah lelaki jujur, lelaki yang boleh setia dan cinta dengan hanya seorang perempuan sahaja (dari segi zahir dan hatinya), hingga ke akhir hayat tanpa memikirkan untuk menyayangi perempuan lain? susah sangat ke nak berjumpa? Atau memang telah tiada - telah pupus? atau memang tak pernah ada?
Terlalu menyakitkan sebenarnya kenyataan ini, bukan sahaja bagi lelaki yang mendengar, tetapi bagi perempuan juga. Seakan takut menghadapi hari muka. Terkadang membisik pada diri .. agaknya biarlah sendirian, hidup selamanya mencintai Allah dan Rasul sahaja tanpa ada seseorang lelaki yang bergelar suami, ini mungkin jauh lebih membahagiakan. Daripada berdua tapi selalu makan hati, menjeruk rasa, merana diri dan menderita . Bukankah hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan menangis sahaja, bermula dari menjadi kekasih, kepada menjadi tunang, kemudian menjadi isteri, kemudian menjadi ibu, sehinggalah sampai telah bergelar nenek, masih juga masalah utama wanita - adalah lelaki yang bergelar suami mereka!. Dan yang paling membimbangkan jika selama ini disangkakan perkahwinan medium bg mengumpul pahala, tapi rupanya hanya menghimpun dosa semata2. Owh! alangkah sia-sianya usia.

Panjang benar pembukaan entry saya kali ini. Sepatutnya saya mencatat 30 tanda suami/teman lelaki curang. Tetapi nampaknya tajuk tersebut akan menjadi entry berikutnya. Luahan rasa ini bukan lagi pembukaan, ia akan jadi entry penuh utk kali ini.

Saya sebenarnya sedikit terganggu emosi apabila siang tadi, seorang teman mengadu, suami yang ditatang2 bagai minyak yang penuh, selama berbelas tahun hidup bersama, tidak pernah menunjukkan kecurangan, begitu sopan di depan orang tua terutama ibu bapa mertua, rupa-rupanya telah 3 tahun bermain cinta. Cinta itu pula bukan dengan anak dara tetapi isteri orang yang beranak tiga..! Dan isteri orang itu pula ialah adik ipar si suami..atau lebih tepat - adik kepada si isteri..!! Subhanallah..!, Subhanallah..! Memang dunia hampir kiamat. Telah hilangkah maruah diri? Telah hilangkah iman yang sepatutnya menjadi pendinding diri? kemana semuanya pergi? Kenapa terlalu larut dengan nafsu sehingga begitu sekali menjebakkan diri dengan dosa dan maksiat? Di mana akal fikiran? Hingga tak boleh langsung berfikir dengan lebih rasional? Lupa saya memberikan satu lagi "fakta penting" - kedua merpati sejoli ini telah tidur bersama lebih dari 10 kali! Owh tak terkata. Saya Pengsan..!

Ke mana arah cinta seperti itu hendak dibawa? Apa matlamatnya? Keseronokan bagaimana sebenarnya yang dicari? berat kepala memikirkan jawapan. Si perempuan kenapa meletakkan maruah diri sebagai isteri dan ibu sebegitu rendah? Kalaupun terhanyut dengan perasaan cinta, ingatlah dosa pahala. Bayangkanlah wajah anak-anak. Apakah dosa mereka hingga perlu mendapat ibu sebegitu jelek perlakuannya dan sebegitu murah harga dirinya? Jika ibu bapa sendiri tidak boleh lagi menimbang mana yang betul mana yang salah, bagaimana nak mendapat berkat dan hikmah dalam keluarga? Apa pula yang akan jadi pada anak-anak tersebut? Akan cemerlangkah mereka?, akan terdidikah mereka dalam suasana harmoni, berakhlak mulia dan menerapkan dalam diri untuk mencintai ilmu, Allah dan rasul dalam kehidupan seharian mereka?? Kita sama-sama boleh tahu jawapannya.

Maka tepuklah dada tanyalah iman masing2. Jika berterusan begini, ke mana arah tuju generasi akan datang yang hendak kita bawa?


15 comments:

Mama Alin said...

Astaghfirullah.....saya yang membaca juga hampir pengsan.... Nipis sungguh iman insan berdua ini..atau memang sudah tidak ada langsung lagi?
Sedihnya kerana ia terjadi di kalangan masyarakat kita......

Cik Skaf said...

Mama Alin - ye kak memg sedih. Yang melihat dan mendengarnya sedih sebab tak sangka begini jahilnya orang kita. Tapi yang menghadapinya, lg berpuluh2 kali sedih dan kecewa. Suami dan adik kandung sendiri? Allah sahaja yg tahu mcm mana dia menanggung pedih dan lukanya hati.

azimask said...

erk....
apa nak jadik nier..?
tak cukup kakak nak adik ker??
adoiii
si adik pon satu hal....
suami tak der kerr?????

kesian org yang terinaya...

cik skaff.. jom tuko link/

anaklaut said...

salam..

moga cik Skaf dirahmati allah selalu..TAJUK YANG PALING PANAS NI: kenapa curang?

Pakar psikologi perkahwinan berpendapat isteri/suami perlu buat kajian jika pasangan cari teman baru atau curang.

kadang-kadang si suami mendapat si isteri yang baik, taat, tapi kecurangan tetap berlaku. semuanya sudah diberikan oleh isteri pada suami, semua sudah diberikan!!Kasih sayang, makan minum terjaga, perhatian dan tanggungjawab sebagai isteri tidak pernah diabaikan. Pucuk pangkal, suamilah segala-galanya. Demam dan letih ditolak ketepi semata-mata ingin memberi sepenuh kasih sayang buat suami tercinta.

Perunding Klinikal Psikologi Perkahwinan dan Terapi Seksologi Keluarga, Datuk Dr Mat Saat Baki, berkata kecurangan mempunyai definisi yang cukup besar khususnya dalam hubungan suami isteri.

Banyak faktor yang tidak diketahui mengapa lelaki curang. Kita mesti mengkaji mengapa suami bertindak sedemikian (curang). Malah, mungkin juga bagi lelaki dia tidak melihat perbuatannya itu sebagai suatu kecurangan sedangkan wanita pula sangat menitikberatkan soal kepercayaan.

Mungkin lelaki bernama suami mempunyai alasan tersendiri kerana menduakan wanita. Faktor keseronokan dan sifat tidak cukup hanya satu membuatkan sesetengah lelaki mula memasang wanita simpanan.


Faktor sentiasa tidak berpuas hati membuatkan sesetengah lelaki bertindak mudah dengan mencari teman wanita. Malah, ada antara mereka tidak langsung memikirkan risiko perbuatan curang itu semata-mata atas tiket keseronokan.

Realitinya, sememangnya ramai wanita yang sudah mendirikan rumah tangga tertinggal suatu amalan yang mereka sentiasa pentingkan ketika masih bergelar anak dara.Lebih-lebih lagi bila sudah bergelar ibu dengan beberapa orang cahaya mata, mulalah mengabaikan tabiat berdandan hingga lupa akan penjagaan kecantikan.

5 fakta perubahan suami. ( tanda2 akan curang )

a. Menjadi panas baran
b.Tiba-tiba menjadi sibuk
c. Sering berahsia
d. Semakin bergaya lebih drp biasa.
e. Menjadi bertambah penyayang - Jika sebelum ini hendak mendapat peluk manja bukan main payah tetapi sikap suami agak keterlaluan berbanding kebiasaan. Malah, dia juga sering memeranjatkan anda dengan pelbagai hadiah untuk mengaburi mata anda. Berhati-hati

itulah saja ulasan ringkas berdasarkan tajuk "curang"-

anaklaut-

Cik Skaf said...

mimie : itula pasalnya.. dua2 dia nak. adik ada suaminya... huhuhu.. dunia di akhir zaman.

anak laut : wah! panjang betu komennya tu. thanx ye. Mmg saya juga akan postkan tanda2 suami curang. Isteri curang? di lain hari kita cerita topik ini pulak..

BUJANG SUSAH said...

tengok pada komen2 ni kira mcm cerita panas jugak laa.. tp point dia x berapa nak dapat sbb mata xleh nak bukak nak baca entry ni pasal font colour n background colour x berapa matching.. sakit mata ler dik.. harap dapat di adjust background tu dik eh.. wassalam.

Cik Skaf said...

Bujang susah : owh ye ke? background color tak leh nak tukar. saya cuba tukar color font la pulak tgk camana. Thanx ye atas teguran.

Precious said...

Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi ...

Cik Skaf said...

Precious : yer, nie sbb bertepuk dua belah tangan la nie sbb tu berbunyi..huhu. Thanx singgah.

Nazeri said...

main tepuk2, macam pok amai2...

BUJANG SUSAH said...

sama jer dik... tukar jer templates lain kot dik... sorry banyak sgt komen off topic nih..

Cik Skaf said...

Nazeri: hehe.. thanx singgah

Bujang Susah: tukar templates ke? ini pun baru aje tukar ni. x pe, nanti saya fikir2 kan.

insaf sudah said...

Saya pernah bermain cinta dgn suami orang.. Tanpa pengetahuan isterinya.
Saya bukan isteri orang tapi gadis lagi. Ya saya malu dengan diri sendiri tapi akhirnya saya putuskan perhubungan kami dan nasihat si suami supaya berbaik-baik kembali dengan isterinya.

Suami orang mulut mereka nih memang manis, dan kebanyakan mereka nih di depan isteri mereka adalah suami yang baik atau dengan kata lain, takut bini. Mungkin bukan semua, tapi kebanyakan yang saya pernah kenal macam tu lah.he Salam...

Cik Skaf said...

Insaf sudah : salam dik. Terima kasih berkongsi cerita. Alhamdulillah, dah tersedar sebelum tersesat jauh. Muga kesilapan masa lalu kita, boleh kita jadikan iktibar dan panduan dalam hidup hari2 depan.

girlfren said...

Ya Rabbi! rosak masyarakat dibuatnya. Perkara ini biasanya akan kekal bergenerasi.. Mintak dijauhkan Allah dari terlibat dengan perbuatan jahiliah dan zina..