Salam. Wah! untuk 2 entry berturut2 saya masukkan artikel tentang cinta.
Sewaktu saya membaca buku "Kamus Cinta" tulisan Razzi Rahman & Catt. Hati rasa seronok dan teruja sekali nak berkongsi dengan yang lain tentang beberapa Mutiara Kata - Cinta yang ditulis/dikumpul oleh mereka. Ada 99, saya pilih 10 sahaja.
Moga ada antaranya boleh kita jadikan panduan dan juga dapat menguatkan hati dalam menjalani kehidupan berkasih sayang dengan pasangan masing2. Enjoy ya!
M1 - "Untuk jatuh cinta dan memiliki cinta itu adalah perkara pertama terbaik, perkara kedua terbaik ialah, jatuh cinta dan gagal dalam percintaan itu.
(Setiap kali kecewa, anggaplah ianya 1 "learning process" untuk anda menyelidiki dan memperbaiki segala kekurangan diri, kesilapan tingkah laku dan ketidaktahuan anda menilai seseorang)
M2 - "Penyakit cinta yang amat menyakitkan adalah mencintai orang yang mencintai orang lain"
M3 - "Cara bercinta yang paling selamat ialah bukan dengan mengawal cinta itu dari hilang tetapi bersedia untuk kehilangannya"
M4 - "Jangan berkahwin dengan orang yang anda BOLEH hidup BERSAMANYA, tetapi berkahwinlah dengan orang yang anda TIDAK BOLEH hidup TANPANYA."
M5 - "Cinta yang benar-benar cinta, hanya lahir setelah segala kecantikan hilang & musnah. Jika masih cinta, itulah cinta yang sebenar-benarnya"
M6 - "Jika anda berkawan dengan 100 orang anda akan mengetahui 100 kedukaan & kebahagiaan. Namun jika bercinta dengan hanya 1 orang, anda akan miliki 1000 persoalan"
M7 - "Cinta sebenarnya lebih dari sekadar perasaan, ianya datang dari minda yang baik, jiwa yang suci dan hati yang menginginkan ketenangan"
M8 - "Mencari cinta bukan bermaksud mencari cinta yang sempurna tetapi bersama-sama belajar erti kesempurnaan di dalam sebuah perhubungan"
M9 - "Tiada siapa dapat menyembunyikan sekiranya ada cinta di dalam dirinya, namun tiada siapa dapat mewujudkan perasaan cinta jika ia sememangnya tiada"
M10 - "Selalunya kita memandang jauh untuk mencari cinta, sedangkan cinta ada dekat sebelah kita..pandanglah sekeliling kita"
No comments:
Post a Comment