Nota Cik Skaf: Salam, hari ni nak post entry tentang kecantikan pulak. Wanita dan kecantikan mana boleh dipisahkan...ye tak. Namun kadang-kadang kita melebihkan merawat kecantikan wajah sahaja, sedangkan kulit badan tidak diambil endah. Kita patut sedar bahawa keadaan kesihatan kulit mencerminkan keadaan kesihatan tubuh badan kita. Oleh itu seperti juga kulit wajah, kesihatan kulit badan juga seharusnya dijaga sejak awal lagi.
4 LANGKAH MERAWAT KULIT
1. MELULUR
- biasanya dilakukan 1-2 x seminggu
- Melulur ni dilakukan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati pada permukaan kulit & juga bagi mencegah kekeringan kulit.
2. PEMBERSIH TUBUH
- Ini shower foam la kan. Ia diperlukan untuk menghilangkan kekotoran dan peluh yang melekat di tubuh sepanjang hari.
- Pilihlah sabun yang mempunyai pH neutral supaya kelembapan kulit terjaga.
- Gunakan sabun yang dari jenis gel atau susu
3. PELEMBAP
- Penyapuan pelembab adalah digalakkan selepas mandi - ini kerana pada saat itu kulit tubuh dapat menyerap pelembab dengan lebih baik. (Tapi ini yang selalu diabaikan - kalau sapu pun pada bahagian tangan sajakan? huhu..Jgn begitu.. jgn malas merawat tubuh sendiri)
- Sekiranya anda sering berada dalam bilik berhawa dingin - sapukan pelembab setiap 2 jam sekali bagi mencegah kekeringan dan dehidrasi.
- Berikan tumpuan pada kulit kaki anda kerana ia lebih mudah menjadi kering dan merekah.
4. NUTRIEN YANG BAIK
- Makan buah-buahan dan sayuran segar yang mengandungi vitamin A, C dan E sangat baik untuk menjaga kemulusan kulit. Vit A (cth: bayam) - mencegah kekeringan kulit, manakala C (cth: buah oren) & E (cth:kekacang) terkenal kerana khasiat antioksidannya.
(Jika mampu, lakukan rawatan spa sebulan sekali untuk merawat wajah, melulur, mandi susu, urutan dan sebagainya untuk mengembalikan kesegaran tubuh dan mencantikkan kulit. - Bukankah diri anda begitu berharga?)
--------------------------------------------------------------------------------------------
TIP PEROLEHI KULIT SIHAT
1.Banyakkan minum air. Sekurang2nya 8 gelas sehari - Ini bagi mengelakkan dehidrasi/kehilangan lembapan kulit.
2. Bersihkah kulit wajah dan badan sekurang2nya 2x sehari - pagi dan malam sebelum tidur (Jangan lupa selepas itu sapukan penyegar dan pelembab)
3. Lakukan urutan pada wajah di malam hari untuk merangsang peredaran pertukaran sel2 pada kulit.
4. Tukar jenis produk perawatan kulit sesuai dengan jenis kulit dan gaya hidup anda
5. Elakkan sinar matahari terus ke kulit - ini bagi mengelakkan gangguan kulit seperti kedutan, belang, bintik hitam, jerawat dan kanser kulit.
(Tip: Pilih sunblock yg mempunyai SPF 30 atau lebih dan mengandungi perlindungan *UVA dan UVB dalam satu)
6. Jaga pola pemakanan yang sihat, seimbang dan cukup zatnya.
7. Lakukan senaman - apabila bersenam, otot2 akan meregang. Ini membuatkan kulit akan tampak sihat. Selulit juga dapat dielakkan dengan senaman yang secukupnya.
* UVA - sinar ultraviolet - adalah sinar matahari yang tidak jatuh terus di permukaan kulit, ia berpotensi menimbulkan kanser kulit.
UVB - sinar ultraviolet dari matahari yang jatuh terus ke permukaan kulit.
(diolah semula dr beberapa artikel dlm majalah RAPI 15 Mei 09)
4 comments:
Ini sudah bagus,bolehlah saya amalkan supaya nampak lebih sihat. Tapi nampak gaya ni tips utk wanita aje...
Muhd Suhaily : tip ni boleh juga diguna pakai oleh lelaki apa. lelaki skrg bukan sahaja mengutamakan kebersihan dan kekemasan tetapi juga dah tahu merawat kecantikan diri.
ah betui betui...saya setuju tu... :)
Alhamdulillah..jika niat kerana ALLAH.. Jgn dibuat untuk bertujuan kepada makhluk.. ALHAMDULILLAH..Bagus la.. Moga2 dalam rahmatNya sentiasa..
Post a Comment