Apakah yang menentukan imej atau keperibadian seseorang? Ada yang mengatakan cara berpakaian dan bergaul dengan orang lain mencerminkan keperibadian seseorang. Dan ramai juga yang menyatakan penampilan diri lah yang akan menyerlahkan kepribadian seseorang. Jadi sebagai seorang wanita Islam bagaimanakah penampilan diri yang sepatutnya bagi menyerlahkan kepribadian seorang muslimah sejati?
Ustazah Siti Nor Bahyah dalam satu ceramahnya berkata, 4"P" mesti ada dalam diri seorang muslimah untuk menampilkan diri sebagai muslimah solehah yang berktrampilan. 4"P" tersebut ialah:-
1. PAKAIAN - Wanita solehah mesti menutup aurat sebagaimana yang digariskan oleh syariat. Dan pakaian yang dipakai juga hendaklah sesuai, tidak jarang da tidak ketat hingga boleh menampakkan lekuk2 badan.
2. PENAMPILAN - Sentiasa menampilkan diri sebagai sebagai wanita Islam walau di mana pun berada. Sentiasa tunjukkan imej wanita Islam yang tahu menjaga maruah diri.
3. PERCAKAPAN - Percakapan dan tutur kata yang lembut dan bersopan hendaklah sentiasa diamalkan. (Bercakap hanya untuk perkara yang perlu sahaja, jangan membiasakan diri bercakap hal-hal yang remeh dan yang tidak membawa manfaat kepada diri sendiri dan orang2 lain. Kawal diri daripada terlibat dalam "sesi" mengumpat dan memfitnah orang lain.)
4. PERBUATAN - Menjaga perbuatan dan tingkah laku pada setiap masa. Menjaga pandangan - Menundukkan pandangan pada hal-hal yang boleh membawa kemungkaran.
12 Tips Bagi Ketrampilan Diri Wanita Muslimah
Berikut pula saya petik dari artikel Cikgu Bashid mengenai Ketrampilan Diri Wanita. Beliau menyenaraikan 12 Tips Bagi ketrampilan Diri Wanita Mengikut Persepsi Islam.
- Serlahkan cahaya keimanan di wajah
- Pamerkan akhlak yang terpuji
- Dapatkan ilmu pengetahuan untuk jadi wanita yang bijaksana
- Berikan senyuman manis dan ikhlas buat suami dan anak-anak
- Berhias dan berdandan hanya untuk suami
- Meluangkan masa untuk merawat diri
- Penuhi hati dengan sifat-sifat terpuji
- Sentiasa mencintai majlis-majlis berilmu
- Sentiasa bersedia meminta maaf dan memaafkan
- Sentiasa bersabar dalam menempuh dugaan hidup
- Sentiasa menderma ke jalan kebajikan
- Bersifat penyayang kepada keluarga dan masyarakat
Cantik, jelita dan cerdiknya wanita Islam itu ketika di luar rumah apabila mereka berpakaian menutup aurat, menjaga batas pergaulan, berpengetahuan dan berakhlak mulia. Sesungguhnya perintah berpakaian menutup aurat dan menjaga akhlak adalah untuk menyedarkan wanita Islam bahawa mereka adalah wanita yang mempunyai iman dan membezakan mereka dengan wanita musyrik.
6 comments:
Apa yg penting Akidah.
Seorang sahabat Rasulullah, Sufyan bin Abdullah (RA) bertanya kepada beliau SAW: "Ya Rasulullah, ajarkanlah padaku sesuatu tentang Islam yang aku bisa mendapatkan jawabannya hanya darimu." Beliau SAW menjawab: "Katakanlah 'Amantubillah' (Aku percaya sepenuhnya kepada Allah), dan beristiqamahlah (berusaha tetap berada dijalan-Nya)."
( HR Muslim )
Berpegang apa yg ALLAH suruh dan tinggal apa ALLAH larang,Yakin dan rasa akan kekuasaan ALLAH dan berdiri tetap/istiqamah di jalanNYA. Buat yg termampu.. Moga2 dalam redhaNya sentiasa..
Assiddiq - terima kasih atas tazkirah yg diberi. Ya, sedang berusaha utk sentiasa istiqamah.
salam kenall
terimakasih atsn petunjuknya..
oya mau tanya untuk aurat seowang wanita itu apakah sampai kaki...
kalau sampai kaki beratyi kita membutuh kan bantuan kaos kaki wanita lucu untuk menutupi Aurat ...
mohon di tunjuk kan kebenarannya...
terima kasih..
infonya menarik sekali..dan membantu untuk para wanita muslimah..
tapi kalau untuk kaos kaki muslim yang berkualitas seperti apa ya...
Post a Comment