Friday, July 3, 2009

Diam Adalah Emas

Saat anda tidak memiliki kata-kata yang perlu dibicarakan,
maka Diamlah...

Cukup mudah untuk mengetahui bilakah waktunya untuk berbicara
Namun, untuk mengetahui waktu anda harus diam adalah hal yang sungguh sukar
Salah satu fungsi bibir adalah untuk ditutupkan...
kerana bagaimana mungkin anda boleh memperhati dan mendengar jika lidah pun turut berkata-kata,
Maka Diamlah...demi kejernihan pandangan anda.

Orang yang mampu diam di tengah keinginan untuk berbicara mampu menemukan kesedaran dirinya.
Sekali anda membuka mulut, anda akan temui betapa banyak kalimat-kalimat meluncur tanpa disedari. Mungkin sebahagian kecil kata-kata itu tidak anda kehendaki. Bukankah seringkali orang tergelincir disebabkan oleh kerikil kecil, bukan batu yang besar...

Begitulah juga butiran mutiara indah hanya boleh tercipta bila kerang mutiara menutupkan bibirnya rapat-rapat. Sekali ia membuka lebar-lebarnya, maka pasir dan kotoran laut segera memenuhi mulutnya. Inilah ibarat kekuatan anda untuk diam. Kebijaksanaan seringkali tersimpan rapat dalam diamnya parabijak. Bukankah pepatah mengatakan, "Diam adalah Emas"?

Nota CikSkaf : Rasulullah pernah berkata "Barangsiapa yang banyak perkataannya, niscaya banyaklah salahnya. Barangsiapa yang banyak salahnya, niscaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, niscaya neraka lebih utama baginya".
(Riwayat Abu Naim )

4 comments:

GRuNGe said...

Sungguh mendalam penulisan ni. Sungguh bermakna hasil penulisan Cik Adi. I like it.

Cik Skaf said...

Grunge : bukan hasil penulisan sy sepenuhnya. sy cuma mengolah semula dari artikel yang sy baca.huhu..

Anonymous said...

Entry yang sangat cantik dan penuh makna. Saya print dan tampalnya di softboard bilik. TQ.

Cik Skaf said...

Anonymous : terima kasih juga kerana menghargainya.