Wednesday, July 29, 2009

Wayang

Nota harian:

Semalam, bercuti lagi. 2 hari "dicuti"kan dari bekerja. Duduk bersantai aje di rumah. Jadi kononnya untuk mengubat hati lara (haha), saya bercadang mau ke cinema menonton wayang. Tetapi selepas bersiap2, semasa memanaskan enjin kereta, baru terfikir, eh! kompleks kan blackout- maknanya dengan panggung2 wayang lah tak bukak! hoho.. pernah terjadi tak dalam sejarah begini? Sungguh memalukan sahaja kompleks ini.

Maka rancangan hendak menonton terpaksa dibatalkan, hendak ke bandar malas pulak rasanya. Lagipun apa cerita menarik di cinema sekarang ya? Dah lama benar saya tak menonton wayang dan tak mengikuti perkembangan filem2 baru yang ditayangkan. Last filem yang saya tonton ialah "Talentime", itupun selepas beberapa bulan tak menjejakkan kaki ke mana2 cinema.

Terasa benar peralihan usia, dah tua saya ini.. dah kurang gemar ke cinema. Sedangkan pada "zaman muda-muda" dulu, seminggu at least sekali mesti menonton filem, samada di TGV KLCC ataupun di Sunway Pyramid. Kadang2 boleh pulak marathon menonton 2 filem terus menerus. Sekarang ini kalau tiada "keperluan mendesak", hendak ke cinema pun malas. Lebih selesa menonton di rumah sahaja.

Berkenaan filem "talentime". Owh! itu rupanya filem terakhir Yasmin Ahmad. Selepas ini tiada lagi. Berharap ada pengganti beliau yang boleh menghasilkan filem2 sebegitu. Antara banyak2 filem yang beliau hasilkan, bagi saya ini yang terbaik. Ini yang paling saya suka (sungguh! 2x saya menonton filem ini di panggung). Ceritanya begitu terkesan di hati. Al-Fatehah buat Allahyarham Yasmin Ahmad.

18 comments:

BUJANG SUSAH said...

Nak baca.. tp x boleh.. tukar la templates lain dik.. susah la nak baca..

Cik Skaf said...

Bujang Susah, takpelah.. kalau dah tak boleh nak dibaca,nak buat camana. mgkin blog sy ini utk org2 bermata terang dan besar aje agaknya.... huhu. ;) (InsyAllah, sdg mencuba menukar template lain)

Idalara said...

salam cik skaf..
wah..bnyk tu nak oder AL kat kak ida..cik skaf dok melaka kat mana ek?apa susah..nnti kak ida balik kak ida bawakanlah AL cikskaf tu..

Cik Skaf said...

salam kak ida. banyak eh kak? huhu beginilah kak kalau semuanya pun main tunjuk2 aje. Lagipun biarlah yg pakar yg membuatnya, kot tangan sy yg menguli, lain pulak kang rupa bentuk dan rasa AL tu...terus jd AZ agaknya... huhuhu..

Razak said...

Salam cik...

Saya tak gemar tgk wayang walaupun di tv, suka benda yg ringan-ringan sahaja agar stress dan tension reda

Cik Skaf said...

Salam razak. Saya tgk lah juga kepada apa cerita yang ditayangkan. Ada yg blh dlayan, ada pula yg tak blh blah lngsung. huhu. yang ringan2 tu bgm ya? Sy jarang dpt menonton TV, tp seboleh nya sy curi2 juga masa utk menonton drama korea, CSI, dan apa2jua cerita di ch702. (eh! terlebeh pulak cerita ttg diri sendiri.huk2)

zai said...

Salam Cik Skaf..

Kak Zai dah hampir 5 bulan tak tengok wayang tupun sbb anak2 yg asyik minta sangat..tapi rasa rindu pula nak pergi lagi sbb seronok bawa anak2 g tgk wayang nie. tgk diorang happy..kak zai pun happy jugak.

~imm~ said...

Baru ke sinema minggu lalu, nonton Harry Potter bersama sepupu-sepupu. Aku bukan penggemar filem Yasmin, Sepet pun ditonton separuh jalan saja. Aku suka filem-filem berat sebenarnya, yang memaksa aku berfikir sama. Namun, lagi suka tonton teater. Lebih memuaskan dan dalam jiwanya.

Azan Subuh said...

salam kak skaf,
afzan belum pernah ke cinema...dan memang 'kureng' skit tengok filem@cd.ntahla kak, xtau kenapa.

bila kak skaf nak jadi director?saya rasa,akak berbakat...:)

dan saya juga nampak bakat akak dalam penulisan skrip...

Cik Skaf said...

kak zai : salam kak. 5 bulan lps tu tgk cite apa kak? masa cite upin ipin ditayangkan, akak tak bawak anak2 g tgk? Ramai saya perati parents bawak anak2 tgk cite tu dan cikgu2 pun siap bwk rombongan budak2 sekolah g menonton. Meriah sungguh.

Cik Skaf said...

Imm : Harry Potter ya? Yelah, minat dan citarasa manusia lain2 kn.Sy pun bukanlah penggemar tegar filem2 Yasmin Ahmad. Tapi bolehlah dilayan filem2 dia berbanding filem2 Yusof Haslam dan anakandanya itu. huhu..

*saya tahu awak suka filem2 berat - mgkin spt matrix ataupun Angels&Demons kan? (saya hanya dpt mmbaca novelnya suku shj, hingga skrg tak mampu nak habiskannya..dah 3 bulan! huhu)

Cik Skaf said...

Afzan. baguslah. Dah x pernah pergi tu, tak payahlah membiasakan diri pergi. Tak banyak pun faedahnya. hehe. Tapi pernah tgk filem indo "Ayat2 cinta" tak? Filem tu menarik tau. Walaupun tak semenarik novelnya. Tapi kak skaf suka semua - filem, novel dan lagu "ayat2 cinta" itu.

kak skaf berbakat jd Director/penulis skrip? huahua adik..Nie pertama kali akak dengar. Pujian ke perlian ke ni? tak dapat akak nak bezakan...huhu

~imm~ said...

Aha.. Saya bukan penggemar karya dan adaptasi karya Dan Brown. Saya suka filem-filem di saluran Hallmark. :)

Cik Skaf said...

Imm: owh bukan penggemar karya Dan Brown ya? sy sangkakan Imm suka.. :) Filem/drama berepisod di Hallmark mmg best2.. ada juga persamaan kita ek? :D

miMiE aZim@Sk ^V^ said...

tak tgk talentime lagik...??
perlu kumpul semua ceriter yasmin ...

Cik Skaf said...

Mie, tak tgk talentime lg ke? huhu..rugi ar awak.. eheks! eh mie tapi bln ogos kat astro box office cite Talentime ni akan ditayangkan lah. start 1 ogos dah ada kat Tb(953).

Azan Subuh said...

ha'ah...baru teringat kak.filem ayat2 cinta tu je yg pernah tengok...ada kawan download.menarik juga.

akak memang ada bakat...try la kak.mana tahu...nanti kalau kak skaf dah famous, saya pun tumpang bangga :)

Cik Skaf said...

hehe.. jgn buat lawak afzan..tak terfikir akak..
hmm.. tapi mana taukan. kalau dicungkil2 ada rupanya bakat tu.. huhu..takpe, kita sama2 tunggu ya.. :)