Friday, July 31, 2009

"Di Malam Sepi"

Nota Cik Skaf :

Salam Jumaat. Pejam celik hari ini sudah 9 Syaaban. Cepat sangat masa berjalan kan?. Rasanya baru sahaja berpuasa sunat menyambut 1 Rejab. Kini kita telah hampir pula dengan Nisfu Syaaban. Bermakna tak sampai sebulan lagi Ramadhan akan muncul. Sudah bersiap2 kah kita untuk menyambut kehadiran bulan yang penuh barakah itu?

Kebiasaan kita memasuki bulan Ramadhan tanpa persiapan awal. Mungkin inilah sebabnya mengapa mutu pencapaian ibadah puasa kita (saya teutamanya) masih di takuk lama - tidak membuahkan peningkatan iman dan takwa.

Tapi moga kali ini, seiring dengan peningkatan usia, kita sama-sama bertekad untuk mengisi minggu2 terakhir sebelum Ramadhan dengan memuhasabah diri - menghitung kelalaian diri dan cuba membuat pembaikan. Mudah-mudahan kita dapat menyambut Ramadhan nanti dengan penuh persediaan dan membawa bersama semangat yang berkobar2 untuk menadah hujan rahmat dan mengumpul sebanyak2 pahala sepanjang bulan tersebut.

"Sujud dan rukukku, tunduk kepadaMu
Menelanjangi segala aib dan dosa
Tanpa aku mengadu, Kau pun tahu
Namun itulah wadah tanda menyerah
Aku hamba Allah,
Aku pasrah aku kalah

Cintaku sekelumit cuma, hampir tiada
Dalam tangisan ku memohon harap
Ya Latif, berilah aku hati yang lain
hati yang lebih yakin
hati yang lunak
hati yang bersih dari cela
hati yang tidak menggilai dunia

Maka dalam rasa malu, takut dan penuh harap
aku memberanikan diri untuk meminta -
Ya Allah! terimalah aku, permudahkanlah aku..
untuk mendekatiMu dan mencintaiMu..
dengan hatiku seluruhnya.."

(310709-3:25pg)

8 comments:

anaklaut said...

salam....moga di bulan yang barakh ini kita semua mendapat rahmat dari allah swt.

Mohd Azrai Shazeli said...

salam.....

dari hati yang berjiwa..=)

Mohd Azrai Shazeli said...

perkataan kamu.. tidak jelas dikanan blog... harap dapat ditukarkan...
edit di html... atau tukar layout

kalau ada pertanyaan,sila tinggalkan pesan diblog yaa....

Razak said...

Salam cik,

Muhasabah diri dan persiapan harus dibuat setiap hari bagi memastikan hari ini adalah lebih baik daripada semalam dan seterusnya, jgn hendaknya apabila datangnya Ramadhan berada di kemuncak tapi selepas itu menurun merudum.

Saya tidak melihat apa-apa kelemahan pada website cik, semuanya ok dpt dibaca dgn jelas

miMiE aZim@Sk ^V^ said...

salam..
semoga menghadapi ramadhan yg akan datang dengan pebuh rasa kesyukuran..
sebab berpeluang utk berpuasa dan menunaikanm rukun ISLAM yang ke 3 lagi... ...

Cik Skaf said...

Anak laut : InsyaAllah. Aminnn...! sama2 lah kita mendidik diri.

Mohd Azrai : Thanx ziarah, thanx atas teguran. Akan cuba diperbaiki, InsyaAllah.

Razak : Harap begitulah hendaknya, setiap hari diri kita boleh berubah menjadi lebih baik berbanding hari2 sebelum. Cuma berharap, kedatangan Ramadhan, kita dapat melipat gandakan usaha, dan seterusnya momentum ibadah itu berterusan sepnjg tahun.

* Itulah dah 2 orang yg memberi komen, tetapi bila bertanya pada yg lain, mereka kata okey aje, sy pun tengok mcm okey aje... mcm takde apa2 masalah pun untuk dibaca.. huhu.

Cik Skaf said...

Mie.. puasa dah abes ganti lum? huhu..

syahbandar87 said...

bestnye ayt2 ni.huhu..