Sunday, July 26, 2009

Kasih

Ini bukan puisi.. ini luahan rasa. Mungkin.

Berbicara dengan hati sendiri
Terkadang ingin pergi
Namun pabila ku ingat pada janji yang diberi
pada impian yang dibina
pada kasih yang bagaikan tersimpul mati
pada bahagia yang sama rasa...

terantai kaki dan hatiku di sini

Katamu kaukan setia
hingga ke hujung nyawa
demi Tuhan, kasihmu seikhlas jiwa..
Biar badai melanda
hatimu tak berganjak
tetap utuh pada satu cinta..

Dan katamu lagi
Bertahanlah.. bersabarlah.. dan berjuanglah..
untukku, untukmu, untuk bahagia kita..
Owh..terlarut jua aku..

Namun hati tertanya2
mengapa kau masih di situ
apakah yang merantaimu..?


Atau.. akukah sebenarnya yang perlu berkorban rasa..
Mencari Bahagia Dengan Memberi Bahagia?

Nota CikSkaf : ~ Kasih, kuyakinkan diri, jika memang kita dicipta untuk saling memberi bahagia, untuk saling bantu dalam mendidik diri demi mencari cinta Ilahi, maka segalanya akan dipermudahkan juga. Namun jika sebaliknya..saya redha dengan apapun takdir yang menimpa... ~

11 comments:

GRuNGe said...

Cik Skaf, kamu seorang yang redha dengan apa pun yang kamu hadapi. Kamu kuat. Saya berharap dapat menjadi sekuat kamu.

Abd Razak said...

Salam Cik

Berbekas rasanya bila membaca madah Cik...harap hati saya sekuat cik, hari ni saya dimaki hamun lantaran menyebar tazkirah dlm email

MisterZyl said...

sekadar terkelu membaca tulisan Cik skaf yg satu ini.

Cik Skaf said...

Grunge, bukanke pengalaman hidup mematangkan dan mendewasakan kita? ahaks! :P

Cik Skaf said...

Razak: Bersabar ajelah nak buat mcm mana lagikan. Mmg menyebarkan tazkirah itu, baik, tapi tak semua orang suka. Mereka anggap mcm spam dlm e-mel. Sapa yg maki hamun tu, jgnlah hantar pd diaorg lagi. abis cerita.

Faizal : uik terkelu kenapa pulak nie.. itu ayat2 biasa. bukan pun ayat pujangga...haha.
Dalam hidup, mmg banyak cerita kan? Dan kadangkala cerita yang sama berulang2 kali kita tempuh, yg membeza cuma pemegang wataknya saje.

azimask said...

emmmm.... membaca penulisan ini membuatkan ku terpiikir sesuatu...

apa pun semoga cik skaf senantiasa dikelilingi oleh org yang mengasihi anda..

muah muahh

p/s : saya kasihhi anda yaaa :P winkk wink///

zai said...

Salam cik skaf,
aduhai sedih plak kak zai baca entri nie..

Apa yang penting pilihlah pasangan yang menyintai kita dari kita menyintai dia...kerana kita akan lebih dihargai..

apapun ..Wallahualam...

Cik Skaf said...

mIE awak terfikirkan apa? tp la kan kmgkinan bsr apa y yg awk fikir itu tak benar...! hehe

Sy kasihi kamu juga!

Cik Skaf said...

kak zai, mmg betullah tu sebaiknya pilih org yg menyintai kita lebih dr memilih org yg kita cinta... huhu tapi masalahnya kak zai.. kalau kita TAK boleh nak cinta lgsung org yg mnyintai kita tu camana, lagi sakit hidup akak...huhu. Hati nak juga kt org yg kita cinta itu.

Berbahgia hidup kak zai dikelilingi org2 yg dicintai dan menyintai kak zai..

July 26, 2009 11:03 PM

Muhammad Suhaily George bin Abdullah said...

Salam,

Puisi ditulis dari momentum luahan,kata-kata terjadi dari perasaan dilubuk hati, semestinya harus dikeluarkan untuk menyampaikan apa yang tersirat dan terbuku menjadikan setiap pengolahan yang boleh disampaikan kepada yang memahami dan seterusnya dapat memahami erti sebenar hati seorang wanita.

Cik Skaf said...

Salam En Suhaily, lama tak datang ziarah? Alamak,respon en suhaily ini komen ke puisi ke? hehe.. banyak sgt maksud yg tersurat dan tersirat..

..memang klau boleh tak mau sesapa pun memahami apa sbanr yg terjadi.. biarlah m'ikut interpretasi msg2 :)