Tazkirah - Wahai Kaum Wanita!
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar, iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.
Seorang wanita yang cukup pintar antara mereka bertanya: Wahai Rasulullah, mengapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?
Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Dan aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal daripada golongan kamu.
Wanita itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah maksudnya kekurangan akal dan agama itu?
Rasulullah s.a.w bersabda: Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki.
Begitu juga wanita tidak mengerjakan solat pada malam-malam yang dilaluinya dan berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama.
Hadis sahih Muslim
2 comments:
Kasih wanita dan kasih seorang ibu membawa ke syurga. Kasih seorang suami membimbing seorang isteri supaya sentiasa patuh dan tidak ingkar dari hukum agama & kekeluargaan. Mana yang baik sentiasa diikuti,suami melepasi sempadan tegurlah suami supaya sentiasa peka pada keadaan sekeliling. Nasihati suami dari segi jasmani dan rohani. INSYALLAH, hubungan kekeluargaan akan sentiasa berpanjangan.
Mohd Suhaily : setuju dgn sdra. Dan alangkah bagusnya jika semua lelaki punya pendirian yg sama - sentiasa bersedia utk membimbing dan dibimbing,rela ditegur isteri, mudah terima nasihat dan sentiasa berusaha tuk berubah menjadi lebih baik..huhu susah nak jumpa tuh ;)
Post a Comment