Wednesday, July 22, 2009

30 Petanda Curang

Nota Cik Skaf : (Wah! cerita ttg curang lagi kita!)

Cinta membuat kita ketawa bahagia, cinta jugalah yang selalu buat kita merana. Kecurangan pasangan menjadi racun rumahtangga, yang boleh meruntuhkan istana bahagia dan meranapkan impian indah yang dicita-citakan. Wanita sebenarnya boleh menelah tindak tanduk lelaki, ia umpama isyarat atau petanda jikalau berlaku kecurangan. Harap dengan petanda2 ini, wanita/isteri cepat bertindak - berbincang dan memperbetulkan mana yang tak betul (samada dari pihak isteri sendiri atau suami), moga kecurangan itu tidak akan berterusan dan boleh dicegah sebelum ia benar-benar dah terlambat.

Dia mungkin curang apabila:-

  1. Ketika bersama-sama anda, dia resah gelisah, anak mata tak lekang daripada memandang jam tangan.

  2. Mudah tersinggung dan berkecil hati walaupun perkara remeh.

  3. Tidak membenarkan anda membelek2 telefon bimbitnya.

  4. Kesilapan kecil anda amat sukar dilupakan.

  5. Sentiasa mengungkit kisah silam anda.

  6. Sentiasa menjauhkan dari anda diari atau dompetnya.

  7. Kerap menerima panggilan telefon secara berahsia.

  8. Mematikan telefon bimbit ketika bersama anda.

  9. Kerap mengeluh penat dan sibuk tetapi segar apabila menghadap komputer dan membuka e-mel atau berchatting.

  10. Kerap tersasul dan tidak menumpukan perhatian terhadap perbualan anda.

  11. Sering meminta anda mengulangi cerita yang sedang anda bualkan.

  12. Mengambil cuti panjang tanpa memberitahu anda.

  13. Selama ini tiada hobi yang tetap tetapi tiba-tiba menjadi begitu taksub atau gila pada hobi barunya. Sentiasa menghabiskan masa demi hobi baru.

  14. Tiada lagi kemesraan, berjalan tidak lagi seiring dan selangkah.

  15. Lebih seronok membaca akhbar semalam dan berulang-ulang membacanya daripada berbual dengan anda.

  16. Menghabiskan masa bergolek-golek di atas katil atau terlentang di sofa walaupun mata sebenarnya tidak mengantuk.

  17. Hidupnya tiba-tiba sentiasa dipenuhi mesyuarat tergembar dan kerja luar daerah.

  18. Tiba-tiba berminat menjaga penampilan diri.

  19. Pada waktu pagi mengambil masa agak lama menentukan padanan seluar dan kemejanya.

  20. Tidak berminat menikmati masakan anda, selalu beralasan kenyang atau sudah makan.

  21. Tiba-tiba sahaja menghafal lirik lagu Siti Nurhaliza atau Misha Omar - mendengar lagu cinta dengan penuh minat di dalam kereta sehingga tidak menoleh kepada anda yang ada di sebelah.

  22. Sentiasa memastikan kereta bersih dan kemas. Tanpa disuruh mengeluarkan barangan anda.

  23. Mula mengomel apabila anda meninggalkan tisu kotor atau ada helaian rambut gugur terlekat pada kerusi kereta.

  24. Mula menegur bau peluh anda memeningkan kepalanya.

  25. Tidak membawa anda pada hari keluarga pejabatnya.

  26. Sentiasa menegaskan falsafah hidupnya " Awak orang perempuan, apa awak tahu fasal kerja saya!"

  27. Sama ada malam atau hari Sabtu dia mengaku bekerja tetapi gayanya amat santai. Sekadar berkemeja T lengan pendek.

  28. Jikalau tidur dia memalingkan muka, membelakangkan anda.

  29. Anda membuat kejutan, meraikan ulang tahun perkahwinan. Dia tidak memberi sebarang reaksi. Dengan nada mendatar dia mengulas " Alah.. dah tua..apa nak celebrate? Buang duit!"

  30. Tidak pernah memberitahu anda berapa sebenar gajinya apalagi untuk memberitahu hal dia mendapat bonus tahunan.

Dah semak? Adakah petanda itu sudah terdapat pada pasangan anda? Tak ada? Alhamdulillah. Hati dan cintanya masih setia pada anda. Tetapi jika ada. Hati-hati, namun jangan panik, cubalah selidik diri kita sendiri dahulu (sebelum cuba menyelidiki kecurangannya itu), selidik di mana kekurangan/ kesilapan/ kelemahan yang kita tak sedari sebelum ini sehingga dia boleh beralih rasa. Kemudian berubahlah. Bukankah lebih mudah mengubah perlakuan diri sendiri daripada cuba mengubah orang lain? Good Luck! :)


5 comments:

anaklaut said...

salam..

tips yang bagus ni..
wp saya belum kwin tapi, tips 2 mcm ni akan saya jadikan iktibar untuk hari muka..

tq ..

Cik Skaf said...

salam anaklaut. ye ye.. jgn buat yg tidak2 ya bila dah bkahwin nanti. Nak dapat cinta susah, dah dapat jgn khianatinya.. :)

zai said...

Salam Cik Skaf,
Rasa2nya kalau berlaku kecurangan kedua2 pihak menyumbang penyebabnya..tak boleh menyalahkan pasangan kita semata2 mungkin ada kesilapan diri yg tak disedari..kak zai ada seorang anak saudara, sering mengatakan penceraiannya adalah kerana suaminya curang dan byk main perempuan lain tapi setelah kak zai menginap dirumah beliau beberapa hari baru menyedari anak saudara ni agak pemalas orgnya, bangun tidur pun pukul 11 pagi walau dah bergelar ibu kepada 2 anak, sembahyang entah kemana lepas tu tak pernah memasak utk suaminya pula..jadi kenalah kita bermuhasabah diri seandainya terjadi perkara sebegini..pasti ada sesuatu yang tak kena..

Cik Skaf said...

Betul tu kak zai. saya pun setuju. Mmg kita tak boleh mneyalahkan 1 pihak saja. Sbb tu sy sebut kalau ada apa2 perubahan pada pasangan, maybe berpunca dari kita, kita selidik diri kita dulu, perbaiki mana yg kurang, perbetulkan mana yg salah. betulkan? .. huhu2..sy nak kena bljar banyak dr yg berpengalaman nie.. :)

thanx singgah kak

girlfren said...

Assalamualaikum,

Entri ini sangat baik dan boleh dijadikan pedoman hidup. Tiada yang sempurna, tapi kita juga boleh mencipta kesempurnaan jika saling bekerjasama... keep up and cheer up my friend!