Monday, July 13, 2009

BIZ (1) : Langkah Awal

PENCARIAN MAKLUMAT DAN MEMBUAT PENILAIAN
Sebelum memulakan sesebuah perniagaan, perkara terpenting yang perlu difikirkan adalah mecari sebanyak-banyak maklumat dan membuat penilaian. Jika menceburi bidang perniagaan tanpa mengkaji dan membuat penilaian terlebih dahulu, ini akan menyebabkan pelbagai masalah tak terjangka akan timbul semasa perniagaan dijalankan kelak, malah mungkin membawa kepada penutupan perniagaan dalam masa yang singkat.

+ Maklumat apa? dan Penilaian yang bagaimana?

1- Penilaian Diri Sendiri
  • Pengalaman,Pengetahuan dan Kemahiran - Apa jua bidang perniagaan yang ingin anda ceburi, anda haruslah mempunyai minat terhadap bidang tersebut dan memiliki pengetahuan dan kemahiran tentang produk atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan. (Tips: Minat dah ada, tetapi pengetahuan dan kemahiran mana nak dapat? - Anda Ikutilah kursus-kursus keusahawanan dan kursus berkaitan bidang yang dipilih cthnya kursus dobi, kursus membuat kek & roti atau kursus andaman. Sebaik-baiknya anda juga "menjalani latihan praktikal" dengan bekerja di premis perniagaan yang telah wujud untuk merasai sendiri bagaimana operasi harian perniagaan tersebut)
  • Kewangan - Anda harus menilai kemampuan dalam menyumbang modal sendiri. Besar atau kecil perniagaan yang dipilih bergantung kepada modal yang mampu anda laburkan. Maka ukurlah baju di badan sendiri ya.
2- Penilaian Persekitaran
  • Memahami Struktur Penduduk, Pendapatan dan Citarasa - Peluang perniagaan wujud apabila terdapat ruang untuk menawarkan produk atau perkhidmatan yang boleh memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Jangan syok sendiri. Walau bagaimana baik pun produk yang anda jual/hasilkan tetapi tidak diperlukan oleh pelanggan maka anda belum dianggap berjaya. Antara perkara yang perlu dikaji ialah struktur dan profil pelanggan sasaran, perubahan citarasa, minat dan kegemaran pelanggan.
  • Dasar Kerajaan dan Perancangan Pembangunan - Cari maklumat samada akan terdapat perubahan dari segi peraturan, polisi kerajaan atau undang-undang dalam tempoh terdekat yang boleh mempengaruhi perniagaan anda nanti. Selain itu buat kajian juga tentang pembangunan yang akan berlaku di sekitar lokasi perniagaan yang anda pilih, ini membolehkan anda membuat perancangan jangka panjang dan memberi harapan bahawa perniagaan anda boleh berkembang.


3- Penilaian Pasaran

  • Sah dari Segi Undang-Undang - Sesuatu peluang perniagaan yang diusahakan tidak seharusnya melanggar peruntukan undang-undang negara. Antaranya ia perlulah mematuhi peruntukan Akta Hakcipta 1987, Akta Paten, Akta Cap Dagangan dan sebagainya.
  • Tahap Persaingan - Sebagai orang baru dalam perniagaan kecil kita seharusnya memasuki bidang perniagaan yang mempunyai tahap persaingan yang rendah
4- Penilaian Kewangan dan Risiko
  • Keperluan Kewangan/Kemampuan Modal - Modal boleh diperolehi dari dua sumber iaitu sumber sendiri dan sumber luaran (pinjaman bank, skim pembiayaan kerajaan - untuk siswazah, wanita, IKS dan usahawan luar bandar, kemudahan kredit dari pembekal, kemudahan sewa beli dan sebagainya). Jenis perniagaan yang hendak anda ceburi dijalankan perlulah bersesuaian dengan sumber pembiayaan tersebut.
  • Risiko - Anda perlu mengkaji tahap risiko terhadap peluang perniagaan yang bakal anda majukan. Risiko merupakan kemungkinan mengalami kerugian. Kebiasaannya perniagaan berisiko tinggi merupakan bidang yang sukar dimasuki dan memerlukan modal yang besar tetapi memberi pulangan yang tinggi, begitu juga sebaliknya. - risiko rendah, mudah dimasuki dan memerlukan modal yang kecil tetapi memberi pulangan yang rendah juga.
5 -Penilaian Daya Maju
  • Menilai Daya Maju dan Daya Tahan - Anda se"wajibnya" menyediakan kertas kerja Rancangan Perniagaan bagi menilai samada peluang perniagaan yang ingin diceburi berdaya maju atau sebaliknya. Penilaian sesuatu peluang perniagaan perlu diasaskan kepada fakta dan maklumat terkini. Jangan malas. Cari maklumat sebanyak-banyaknya samada melalui pembacaan, melayari internet, bertanya kepada mereka yang berpengalaman serta membuat pemantauan sendiri. (Selalu diperingatkan bahawa jika seseorang berhasrat untuk memulakan perniagaan tetapi gagal untuk membuat perancangan, sebenarnya dia merancang kegagalannya sendiri dalam perniagaan tersebut)
Selain daripada penilaian2 yang dinyatakan di atas, anda juga perlu menilai kemampuan diri dari segi ketahanan mental dan fizikal. Seringkali kita hanya melihat kepada pulangan pelaburan modal dalam menilai kesesuaian peluang perniagaan yang dipilih tanpa mengkaji tuntutan dari kedua-dua aspek tersebut. Apapun jenis perniagaan yang anda pilih memerlukan anda berada pada tahap kecergasan mental dan fizikal yang baik untuk maju.
"Your success as an independent retailer depends on your ability to provide expertise, and to use it to benefit your customers. In retailing, you may be boss, but you work for everyone who walks into your store"

3 comments:

GRuNGe said...

Wah, tahniah. Ni merupakan satu info yang menarik. So, macam mana business awak? Cemana Kiosk yang awak impikan tu? Saya masih berharap dapat menjadi business partner awak untuk kiosk.

Muhd Suhaily said...

Memang sesuai utk yg ingin memulakan perniagaan. Artikel ini lebih kepada kertas kerja yang perlu dimiliki oleh sesiapa sahaja yg mencari-cari maklumat tentang penubuhan pernigaan baru.

Cik Skaf said...

Grunge : Bisnes Alhamdulillah. Sy msh lagi b'tatih. Kiosk? ok boleh. Nanti kita bincang lebih lanjut ya.

Muhd Suhaily : T.kasih. InsyaAllah sy akan menambah lagi dengan info2 lain agar blh dijadikan rujukan bagi mereka yang baru nak ceburkan diri dlm bisnes.