Friday, July 31, 2009

Cahaya Mata!

Nota Cik Skaf : Wah! hari yang sangat bahagia. 2 berita gembira! Sebenarnya salah satu berita gembira itu sudah saya maklumi beberapa minggu yang lalu, namun yang satu lagi baru hari ini saya diberitahu. Jadi hari ini terasa bagaikan rezeki mencurah2 masuk, terasa bintang2 sedang turun ke bumi. Sungguh!

Sekadar nak berkongsi bahagia dengan yang lain, saya ingin mengkhabarkan bahawa - 2 orang adik/ adik ipar saya saya telah disahkan positif mengandung dan dijangka bersalin awal tahun hadapan. Ya.! Keluarga saya akan menerima 2 orang anggota baru tahun hadapan. Syukur padaMu ya Allah. Inilah yang kami tunggu selama bertahun-tahun.

Sudah terasa sepi benar keluarga kami berbanding keluarga saudara-mara yang tinggal berhampiran (hehe). Tapi kini Allah telah makbulkan doa. Bukan seorang, tetapi dua orang permata hati akan lahir. Bestnyaaaa.. seronok sangat..!Akan riuhlah rumah kami dengan tangisan dan gelak ketawa sikecil. Tak sabar2 rasanya menantikan saat2 itu.. Owh owh.. terlebih2 pulak saya mengimajinasi, hehe..mengalahkan bakal ibu bapanya..:) Tapi sungguh! bakal mak long mereka ini memang sangat2 teruja.!

Moga kesihatan jasmani dan rohani kedua-dua bakal ibu terpelihara baik sepanjang kehamilan ini. InsyaAllah.

11 comments:

GRuNGe said...

Wah, sudah mahu beranak buah dah? Cepatnya adik-adik awak dua orang tu. :P

Cik Skaf said...

Grunge itu namanya rezekiii...:) Sekali dapat terus dua!

bangibookseller said...

Sila lawat http://bangibookseller.blogspot.com/ untuk buku2 B. Inggeris. Harry Potter, buku anak2, Stephen King, Princess Diaries, Shopaholic, Danielle Steel... Harga negotiable...

~imm~ said...

cik, kamu tiada ym ke?

Idalara said...

salam cik skaf..
dapat anak2 buah nnti mst bestkan..
cik skaf pula bila lagi nak ada anak sendiri hehehe..

p/s terimakasih singgah kat kak ida dan beri kata2 semangat pada kak ida..sayang cik skaf

Abd Razak said...

Salam...rezeki Allah kurniakan dan tanggungjawab yang berat

Anonymous said...

ai. i tink ade org kumen kt dis blog n i tink komen tu utk u...check it out:

http://7february.blogspot.com/2009/07/mengarut-sepanjang-hari.html

hang nadim said...

salam cik skaf tahniah untuk adik ipar. Text dekat tepi tak berapa nampak laa kena tukar kaler

Cik Skaf said...

kak Idalara: sy? anak sendiri? kak.. rasanya akak orang yg ke 1573yg bertanya sy mcm tu. heheh. (Tengah tunggu org yg sudi jd abg long kpd adik2 sy.. ahaks)

Razak : ye betul tu razak.. Tugas dan tanggungjawab berat sbg ibu bapa, terutama zaman skrg ni. Razak dah ready ke? hehe

Anonymous : thanx, sy dah tgk. :) sy dah reply juga. Mgkin mmg salah saya, begitulah .. kita nie kdg bila sgt teruja, lupa utk mnjaga tutur kata.

hang nadim: ya ya.. terima kasih. dah ramai tegur nie... mmg sy kena tukar nampaknya template nie... !

TerubukMasin said...

slm cik..
tahniah la cz dh nk dpt anak buah...

Cik Skaf said...

TerubukMasin : thanx. doakan segalanya selamat. Awak pun.. Tahniah dh ada blog sendiri skrg... hehehe.. rajin2lah mengupdate ya. (tak ada hadiah misteri ke utk the 1st follower? huhu)