Saturday, July 25, 2009

Di Mana Bahagia?

Nota Cik Skaf:

Salam. Kadang bila ujian bertimpa2.. hati mengeluh juga. Kenapa diri tak sebahagia orang lain? Sedangkan sebenarnya apabila kita memerhati, menghayati dan duduk bergaul serta mendengar luahan hati orang-orang lain, rupanya mereka pun begitu juga. Begitulah, masing-masing menyangka kehidupan orang lain lebih baik berbanding kehidupan diri sendiri. Dan menyangka orang lain juga jauh lebih bahagia berbanding diri sendiri. "Rumput di seberang sana kelihatan lebih hijau". Mengapa begitu ya? Apa sebenarnya makna bahagia?

Suka saya nak berkongsi dengan yang lain, catatan tentang makna bahagia yang saya baca dalam buku "Satu Rasa Dua Hati" dan "jangan Bersedih". Harap kita sama-sama dapat manfaat daripada artikel ini.

Kebahagiaan adalah satu ketenangan. Ketenangan itu letaknya di hati. hati yang tenang ialah hati yang dapat menghadapi apa jua ujian hidup dengan sebaik-baiknya. Jika yang datang nikmat, hati yang tenang bersyukur. Jika yang datang musibah, hati yang tenang sabar.

Bagaimana hati boleh tenang? Tidak lain.. hanya ingat pada Allah. Rumahtangga yang tenang, ialah bila setiap anggotanya ingatkan Allah. Maksud ingat Allah itu luas. Hati teringat, mulut menyebut, anggota bertindak. Ingatan yang menjunam di lubuk hati, yang terluah pada ucapan lidah dan terlahir dalam bentuk tindakan dan perlakuan.

Bila diuji dengan kekurangan, kemiskinan, kesakitan bahkan kematian, terasa kita layak menerima. Tidak berkeluh kesah. Kata ulama, untuk tidak terasa susah apabila luput sesuatu nikmat, jangan merasa memiliki nikmat itu. Rasakan diri hanya peminjam. Bila nikmat yang bukan milik itu ditarik, hati yang tenang menyerah dan pasrah kepada Allah - pemilik segalanya.

Maha Suci Allah tidak akan menzalimi manusia walaupun ketika Dia menguji hamba-Nya. Hati yang tenang akan berbisik:
"Tuhan.. aku belum nampak akan kebaikan di sebalik kepedihan ini dengan ilmuku yang terbatas. Tapi aku yakin ya Allah, ilmu-Mu maha luas, pasti ada kebaikan yang masih terselindung disebalik musibah ini... yang ketika ini tidak mampu aku fikirkan dan bayangkan"

Maha adil Allah yang tidak meletakkan bahagia pada harta, nanti si miskin terasa diabaikan. Maha adil Allah yang tidak meletakkan bahagia pada kesihatan, kelak yang sakit rasa dipinggirkan. Tetapi Allah meletakkan bahagia pada hati yang tenang, sesuatu yang boleh dimiliki oleh semua orang...

"Terkadang Allah memberikan nikmatNya
berupa dugaan meskipun berat terasa
dan terkadang juga Allah menguji sebahagian orang
dengan memberikan nikmatnya.."

10 comments:

Abd Razak said...

Salam...moga Allah lindungi kita dari putus asa

MisterZyl said...

salam cik skaf... ini benar-benar entri yang menyentuh..

seperti yang cik skaf nukil, menjadi masalah bila kita merasakan nikmat itu kita miliki.. nanti kalau ditarik semula... takut menangis tidak henti-henti..

saya setuju yang kita wajar melihat diri kita sebagai peminjam nikmat Ilahi kerana sememang semua di dunia bukan hak mutlak diri sendiri..

p/s : buku jangan bersedih itu dalam bahasa Arabnya "La Tahzan" kan? saya ada juga membaca buku itu, tetapi sekadar meminjamnya daripada seseorang, tidak sempat pun menghabiskan nya pun.

Cik Skaf said...

Salam Razak. Yea.. muga kita mampu ajar diri tak mudah putus asa. Thanx sudi singgah.

Cik Skaf said...

Faizal : yea.. kita hanyalah meminjam.. segala2nya cuma dipinjamkan. Hatta nyawa sekali pun.. :)

Betullah faizal, buku tu dalam bahasa Arab "la tahzan" (Dr 'Aidh b Abdullah Al-Qrni)

anaklaut said...

salam...cik skaf,

enti yang sangat menarik..

Menarik untuk direnungkan, tentang makna kebahagian bagi diri sendiri. Banyak orang mengatakan bahwa ukuran kebahagiaan adalah ketika ia mendapatkan banyak wang untuk bersenang-senang. Ada juga yang menyatakan bahwa ukuran kebahagiaannya ketika ia mendapati dirinya telah mendapatkan pekerjaan. Lain lagi bagi sebahagian orang yang menyatakan bahawa ia bahagia kerana telah menemukan tambatan hati dan segera berkahwin.

kebahagiaan itu sebenarnya terletak di diri kita, bagaimana kita menikmatinya dan bagaimana kita mengolah setiap fikiran dan perasaan kita. Tetaplah bersukacita pada setiap waktu yang Tuhan beri, nescaya bahagia akan selamanya jadi milikmu ..

sekian, tq singgah anaklaut

Cik Skaf said...

Benar tu anak laut, Sememangnya bahagia itu relatif sifatnya, ada yang mengatakan kaya itu bahagia, tapi bila tanya si kaya belum tentu dia bahagia. Jd bersukacitalah dgn apa saja yang Allah beri, itulah takdir terbaik utk kita.

MisterZyl said...

benar.. bersukacita dan bersyukurlah dengan apa yang kita peroleh.. dan bersabarlah dengan ujian

p/s:cik Skaf merancang nak ke pesta buku Selangor?.. di PKNS.. akhirnya pada 30july jika tidak salah saya..

bila agaknya hendak ke sana?

Cik Skaf said...

Faizal, di PKNS S.Alam ya? dah lama sngt saya tak ke S.Alam tu.. semnjak duduk dirantau org nie .. huhu.. (rantau org la sngt kan..)

azimask said...

semua org nak bahagia kan..

emmm
semoga cik skaf senantiasa bahagia hendaknyer..
amin

Cik Skaf said...

InsyaAllah .. moga kita semua bahagia mie..
*ptg nie nak jln2 suping cari kasut bogel cam awak nya, haha..balik kang sure tmbh bahagia dpt kasut baru*