Friday, July 10, 2009

BIZ : Bagaimana Nak Mula?

Nota Cik Skaf:
2 hari lepas seorang kawan lama menelefon. 1 jam kami berbual. Semuanya berkisar tentang keinginannya untuk membuka perniagaan sendiri serta rasa "menyampah" dan "bosan"nya dia dengan kerja makan gaji sekarang. Seperti biasa, pada awalnya saya hanya tergelak.

Sebenarnya ini bukan kali pertama saya ditanya pendapat dan diminta berkongsi cerita dengan teman yang mempunyai keinginan dan rasa seperti itu. Sudah terlalu kerap.

Saya sangat2 memahami mereka. Sebenarnya apa yang mereka inginkan adalah untuk lari dari masalah kerja yang sedia ada, lari dari orang2 atasan yang mereka anggap "mempergunakan" mereka, lari dari persekitaran kerja yang tidak memberangsangkan dan keinginan untuk bebas bekerja tanpa arahan dari sesiapa. Dan mereka menjangkakan dengan memiliki perniagaan sendiri kesemua masalah itu akan hilang dengan sekelip mata, seterusnya kehidupan mereka akan berubah, mereka akan bahagia, kaya dan bebas untuk selama-lamanya..*senyum*

Adakah anda juga berfikir seperti mereka? Jika Ya. Maka respon saya :
Anda silap. Dan jika inilah tujuan utama anda untuk memulakan perniagaan sendiri, maka maaf saya kata, anda akan kecewa, anda akan menderita dan anda akan gagal,

Memulakan perniagaan sendiri bukan sahaja bermaksud anda akan bebas bekerja tanpa paksaan dari sesiapa, bebas membuat keputusan sendiri dan bebas mendapat hasil yang banyak dari kerja keras anda TETAPI ia juga membawa maksud anda perlu bersedia untuk mengharungi segala masalah, tekanan dan kekecewaan yang jauh lebih teruk berbanding sewaktu anda makan gaji.

Perniagaan anda adalah "hidup dan mati anda". Anda perlu bertanggungjawab pada segala-galanya. Bermula dari yang sekecil2 urusan - siapa yang perlu membeli pen dan kertas utk kegunaan pejabat hinggalah kepada keputusan-keputusan besar dan rumit yang menentukan hala tuju perniagaan anda. Anda tidak bergantung pada sesiapa dan anda tidak boleh menyalahkan sesiapa. Jika pekerja anda tidak menjalankan tugas dengan sempurna, ia adalah bebanan anda, ia adalah dari kesilapan anda sendiri. Kerana jatuh bangun perniagaan anda adalah 100% di bawah tanggungjawab anda.

Namun begitu, ini bukanlah bermakna anda harus melupakan hasrat murni dan impian anda untuk memiliki perniagaan sendiri, anda boleh teruskan, namun jadilah seorang yang rasional, timbang baik dan buruknya serta cari maklumat sebanyak-banyaknya sebelum bermula.

Maka untuk itu, melalui blog ini, untuk beberapa entry selepas ini, InsyaAllah saya akan "menggagahkan" diri menulis pengalaman2 saya yang tidak seberapa dan berkongsi sedikit ilmu yang saya ada, tentang bagaimana untuk memulakan perniagaan (saya ulang - BAGAIMANA MEMULAKAN PERNIAGAAN, bukannya bagaimana untuk memajukan dan berjaya dalam perniagaan ya - yang ini biarlah mereka yang lebih berpengalaman dan berkelayakan berkongsi ilmu dan idea mereka dengan anda).

Saya juga akan cuba memberi maklumat tentang kelebihan dan kelemahan dalam pemilihan 3 jenis perniagaan ini (kerana inilah soalan yang paling banyak ditanya) - iaitu samada memilih perniagaan Francais, mengambilalih Perniagaan-sedia-ada ataupun memulakan-sendiri Kebetulan pula saya memang terlibat dengan ketiga2 jenis perniagaan tersebut, maka InsyaAllah ada maklumat berdasarkan pengalaman sendiri yang boleh saya kongsikan. (Manakala bagi yang berminat untuk menceburkan diri dalam "Perniagaan Internet", saya ingin mencadangkan anda melawat blog ini > http://www.e-webniaga.com/bengkelppt/ - En.Suhaily. Beliau lebih mahir dan punya pengetahuan luas dalam bidang ini)

(Oh ya, saya juga telah mengubah tajuk blog ini, tiada lagi "dari wanita untuk wanita" kerana saya telah ditegur oleh seseorang, saya seolah-olah menghadkan blog ini untuk pembacaan wanita sahaja. Harap dengan perubahan ini, beliau telah pun berpuashati .. huhu ;-) )

9 comments:

Muhd Suhaily said...

Salam,

Betul tu, berhenti dari keje makan gaji semata-mata ingin bebas dari kongkongan majikan adalah satu tindakan yang tidak tepat. Makan gaji atau kerja sendiri masing-masing mempunyai kelebihan dan keje sendiri sebenarnya memerlukan lebih dari anda keje untuk majikan anda. Ini memerlukan kekuatan dalaman,mental,spritual dan rohani anda.

Kerja sendiri menjadikan anda sebagai pemilik sepenuhnya perniagaan tersebut dan seharusnya mempunyai kekuatan semangat dan impian yang sentiasa membara. Kerja majikan setiap bulan sure kita akan mendapat income tetapi kerja sendiri belum tentu dalam bulan tersebut income akan kita perolehi. Mungkin jika kita lemah dari segi kekuatan mental pasti akan menyebabkan emmm..putus asa atau fikiran anda bercelaru sepanjang masa.

Cik Skaf said...

Muhd Suhaily: betul sgt2 tu. setuju sgt2. Terima kasih atas komen dan sokongan. owh! tiba teringat nak menambah sesuatu dlm entry sy yang ini.

Muhd Suhaily said...

waa...kasih promote blog saye ye.. :) apa pun TQ TQ VM. Saya pun baru juga dlm perniagaan internet tetapi more dengan training & development. Memang peringkat permulaan berniaga secara internet terlalu perit jika kita sudah dgn menceburkan diri secara FT. Tidak ada yang boleh kaya dlm sekelip mata, malahan mengambil masa berbulan atau bertahun lamanya. Itulah sebabnya kita sentiasa kena belajar,sabar dan sentiasa konsisten dalam pernigaan online.

Cik Skaf said...

Muhd Suhaily: sama2.. :)
Sekurang2nya bdang bisnes awk skrg tak jauh larinya dgn keja sebelum ini. Saling boleh diguna pakai segala ilmu dan pengalaman sewaktu bekerja mkn gaji dulu. Gd luck ya, sy tau awk blh pergi jauh dalm bisnes ini.

Muhd Suhaily said...

:) TQ Cik Skaf..sorry nama tak taooo

Anonymous said...

D, bila baca entry kat atas tu, terus terbayangkan awak kat dalam kelas tengah baca lecture. hehe.. skil tetap tak hilang tu..awak tak rindu untuk mengajar semula?

- En Zam

Cik Skaf said...

En Zam skil mgkin da kurang sikit, 2 tahun lebih sy tinggalkan.. rindu? tmpat jatuh lagikan dikenang inikan pula tmpat cari makan selama bertahun2. mana boleh lupa..

Anonymous said...

Cik Skaf apapun yang awak buat untuk meneruskan hidup dan apapun bisnes yang awak ceburi saya doakan awak berjaya. Sememangnya awak mampu beri yg terbaik dalam apapun yg awak lakukan.

-En Zam

Cik Skaf said...

En Zam: terima kasih atas doa itu.