Saturday, July 18, 2009

Jangan Emosi ok!

Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya aku membenci dua suara yang dungu dan buruk, iaitu ketika sedang mendapatkan nikmat (mereka bersukaria) dan suara ketika tertimpa musibah
(mereka meratap dan memaki)"

Salam semua. Entry kali ini nak menyentuh sikit tentang emosi manusia. Terutama perempuan yang selalu dikatakan mudah "emosional" ini. Emosi dan perasaan seseorang akan bergolak disebabkan dua perkara iaitu ketika kegembiraan yang memuncak dan ketika ditimpa musibah yang berat. Ketika mendapat kegembiraan manusia biasanya akan merasa tersangat gembira dan terasa aman bahagia. Namun ketika dilanda musibah, mudah pula hanyut dilanda kekecewaan dan kesedihan yang melampau. Begitu juga dalam keadaan tertekan dan membenci sesuatu, maka biasanya akan wujud kemarahan yang berapi-api dalam diri.

Sesungguhnya emosi yang tidak boleh dikendalikan dengan baik itu hanya akan meletihkan, menyakitkan dan meresahkan diri sendiri. Sebab ketika seseorang sedang marah misalnya, jika kemarahannya itu meluap2 hingga tak terkawal, maka itu akan membuat seluruh tubuhnya gementar, mulutnya pula akan mudah memaki sesiapa sahaja, seluruh isi hatinya tertumpah ruah, dan dia akan cenderung bertindak mengikut nafsu amarahnya. Hilanglah sebahagian akalnya. Namun sekiranya dia mengalami kegembiraan pula, dia menikmatinya secara berlebihan, berbangga diri, sombong dan mudah pula lupa diri.

Ada pula sesetengah manusia ketika sedang bermusuh dengan seseorang, dia cenderung mengherdik dan mencelanya, seperti tiada langsung kebaikan yang dilakukan oleh orang yang tak sukainya itu, dan seolah2 pula nilai dirinya lebih mulia berbanding orang yang dicelanya itu. Namun apabila dia menyukai seseorang yang lain pula, dia begitu taksub. Langsung tak menilai kekurangannya, malah orang itu akan terus dipuja dan disanjung seolah tiada cacat celanya.

Begitulah juga dengan orang yang sentiasa meratap hiba dengan musibah yang melanda diri mereka. Mereka seolah-olah tidak redha dengan takdir yang telah ditetapkan. Sedangkan ahli hikmah pernah berkata bahawa rasa sedih yang melampau-lampau itu datangnya dari syaitan, dan kesedihan itu adalah rasa putus asa yang menyakitkan

Emosi yang pelbagai adalah perasaan yang boleh dikawal jika kita mahu mengawalnya. Jika kita tidak mahu marah maka kita tidak akan marah. Jika kita tidak membiarkan diri kita larut dalam kesedihan yang melampau maka kita tidak akan sedih.

Oleh itu sebagai manusia (saya juga berpesan pada diri sendiri), kita yang bukan sahaja punya akal, tetapi juga yang mengaku punya iman ini, cubalah didik diri untuk boleh mengawal emosi sendiri, agar terkendali hati dan akal kita. Moga dengan kesederhanaan dan ketenangan kita dalam berhadapan dengan apa jua setuasi akan memudahkan mata hati kita melihat kebenaran, mengetahui petunjuk dan memutuskan sesuatu perkara dengan seadilnya.

Doa Rasullullah yang boleh kita sama-sama amalkan "ya Allah Aku memohon kepadaMu agar aku selalu mampu bersikap sederhana, baik ketika berdukacita, marah mahupun ketika gembira"

4 comments:

Idalara said...

salam cik skaf..its ok..panggil kak ida..
mng agaknya wanita ni dianugerah dgn emosi begitu..namun apa2pun kita sendiri yg harus pandai mengawal emosi..

anaklaut said...

salam..Cik Skaf,

saya penyokong malaysia..tapi sangat memgambil perkembangan kelab MU, dan menjadi ahli kelab MU lebih 4 tahun dah..

ya, ambil tahu la, kang si dia tanya pasl bola, kita cik Skaf, tak tau.mana leh kan..hehehe.

tq singgah anaklaut


p/s:

Emosi merupakan anugerah yang Tuhan berikan kepada kita, berupa isyarat komunikasi yang berasal dari fikiran bawah sedar.. Setiap emosi memiliki makna dan tujuan yang bersifat spesifik dan sangat bermanfaat bagi diri kita.. Namun, tidak banyak orang yang tahu, atau mahu , mengerti dan memahami makna yang terkandung dalam setiap emosi..

Emosi di sini maknanya sangat luas.. Tidak semata emosi ‘marah’, tetapi juga segala sesuatu yang berkaitan dengan perasaan kita, seperti senang, sedih, stres, cemas, gembira, frustasi, depresi, bosan, takut, risau, bahagia, dendam, benci, cinta, kesal, jengkel, gelisah, perasaan tidak selesa, dan sebagainya..


kerana ada emosilah kita semuanya hidup di dunia yang fana ini.

anaklaut-

Cik Skaf said...

Idalara : betul tu kak Ida, kitalah yg kena pandai kontrol emosi sendiri, kang kalau terlebih emosi ada org nyampah lak.. ye tak? hehe. thanx kak ziarah blog sy.

AnakLaut : eh sy sebut sidia ke? huhu..typing error tu. sy nak kata adik2 sy. hehe. Ada 4 adik lelaki 2 MU, 2 Liv
Ye betul lah tu ada pelbagai emosi, marah sedih, kecewa, gembira. Cuma kat atas tu saya bg cth emosi mrh aje. apa yg sy nak sampaikan dalam entry ialah, kita haruslah berpada2 melayan emosi diri. Bila ditimpa bencana jgn terlampau sedih, bila diberi nikmat pula, jgn terlalu gembira. Dan bila marah, jgn sampai lupa dunia memaki hamun org lain..

anaklaut said...

salam..Cik Skaf,


kalau tidak ada aral melintang..
tq singgah anaklaut

p/s: entri emosi cik skaf memang best..sangat berguna pada semua..tq..

p/s: ya sebut si dia..hehehehe. no hal bereh..:)