Monday, July 27, 2009

Sabar Ajelah..

Nota Cik Skaf:

Hari yang menguji kesabaran. Kompleks tempat di mana saya mencari rezeki "black-out" atau "tiada bekalan elektrik" atau dengan kata mudahnya - seperti kata mak saya - "takde karen". Bukan sejam dua, tapi seharian - dari pagi hingga ke malam! "Semua premis di dalam kompleks wajib ditutup dan hanya boleh beroperasi seperti biasa pada esok hari" Ini arahan pihak pengurusan. Agak lawak dan pelikkan sebuah kompleks membeli belah ditutup seharian kerana ketiadaan bekalan elektrik. Rumit sangat ke pendawaian elektrik di dalam kompleks ini sehingga mengambil masa 24 jam untuk dibaik pulih?

Bagi mereka yang bekerja makan gaji, mungkin ini suatu kelegaan - boleh balik awal dan bersantai di rumah. Namun bagi saya yang mengharapkan "gaji harian" ini, ini adalah antara dugaan musibah yang perlu saya tempuh. Tiada bekalan elektrik, bermakna premis saya tak boleh berjalan, tak beroperasi dan tak berfungsi (langsung!), bila tidak berfungsi maknanya tiada jualan - tiada duit masuk dan tiada pendapatan untuk hari ini, namun ada beberapa kos tetap lain yang masih perlu saya tanggung...!

Namun apa daya saya, jika sudah begini rintangan yang perlu saya tempuh, saya perlu kuatkan hati dan terima dengan penuh kesabaran ajelah. Takkan hendak menangis sepanjang hari pulak kan..(haha), keadaan tetap begini juga. Tentu ada hikmah disebalik setiap kejadian yang berlaku. Bukankah kehidupan memang begini. Pelbagai dugaan datang bersilih ganti. Jika kita tak mampu bertahan dan bersabar, apa lagi yang boleh kita lakukan? Adakah anda mengetahui kaedah lain selain kesabaran dan ketabahan (disamping berdoa dan bersolat) dalam menghadapi persoalan hidup..?

Petikan kata2 hikmah yang boleh dijadikan semangat tatkala dihimpit musibah :-
"Bersabarlah sebagaimana kesabaran orang2 yang yakin akan datangnya pertolongan Allah,
Sesungguhnya kelapangan akan datang setelah kesusahan dan kemudahan akan datang setelah kesulitan. Sesungguhnya juga kesabaran itu lebih memberikan kedamaian daripada kesedihan, dan ketabahan lebih memberikan hal-hal yang positif daripada tangisan"

8 comments:

Cik Lin said...

tak apa. Boleh luang masa mengemas kedai atau ubah susun atur. Jual skaf ke? Di mana? Ada yang sesuai untuk orang kulit hitam macam saya x?

Cik Skaf said...

Salam Imm.. errk. rasanya seseorang yg saya pernah dngar suaranya kan? hehe.. *salam lagi*.

Untuk yg blackout nie, bukan jual skaf. Ia restoran. Imm kulit gelap ke? gelap tapi cantik dan bijak tak pe la. Keja di mana skrg?

~imm~ said...

Ke kiri sudah, ke kanan pun sudah,
Depan dan belakang pun telah diredah,
Hati berbisik memberi arah,
Mungkin rezeki di tengah-tengah.

*ketawa*

Sudah kembali jadi penganggur. Orang macam aku, tak betah duduk setempat berlama-lama. Aku rimas dibatasi formaliti. Lebih gembira mengusung komputer riba ke sana-sini, cari rezeki dari tarian jari sendiri.

Cik Skaf said...

*senyum* tetap suka dengan gaya bahasa Imm.
Apapun yg Imm buat, sy pasti ianya yang terbaik yg awak dah fikirkan.

~imm~ said...

Bahasa skema, gaya orang membosankan. Dulu masa kerja di 'dunia' sana, bahasa aku rosak terus.

Berkenaan keputusan kembali menganggur, alhamdulillah, aku sudah rasa lega dan boleh bernafas semula.

Cik Skaf said...

Alhamdulillah.

Abd Razak said...

Salam...ujian kesabaran cik...terima seadanya nikmat yang Allah kurniakan

Cik Skaf said...

Razak: Terima kasih atas semangat yg diberi.