Nota Cik Skaf: Salam, sewaktu menaip entry ini, jam dah menunjukkan pukul 1.15 pagi. Tapi kenapa mata tak mahu lelap? huhu..oh! Mungkin saya teringat2 2 berita "penting" yang saya terima siang tadi (Kedua-duanya akan saya perihalkan kemudian dan post ke dlm blog esok). Sementara tu sempatlah saya membelek2 majalah lama. Terjumpa satu artikel mengenai tidur yang sihat. Tidur yang sihat?? hmmm..Jom kita semak camana nak dapat tidur yang sihat itu?
Waktu tidur adalah waktu seseorang individu merehatkan tubuh dan minda. Orang dewasa memerlukan 7-8 jam waktu tidur setiap malam. Namun ada juga individu mampu melakukan aktiviti seharian dengan baik walaupun hanya tidur 4 jam sehari! (Eh! ni biasa la kan..) Usah risau jika tak dapat tidur malam sekali sekala kerana ia tidak akan menjejaskan kesihatan fizikal dan mental... (huhu.. betul lah.. belum ada orang mati kerana kekurangan tidur).
Namun begitu ada beberapa panduan yang boleh diikuti jika anda mempunyai masalah untuk tidur.
- Amalkan mandi sebelum masuk tidur, pastikan badan anda sentiasa segar. Badan yang segar mengundang tidur yang lena.
- Cuba biasakan diri masuk tidur dan bangun pada masa yang sama setiap hari.
- Pastikan tempat tidur dan bilik selesa. Tidak panas dan tidak bising.
- Sebelum tidur, cubalah lakukan senaman ringan. Ini bertujuan melancarkan perjalanan darah.
- Lebih banyakkan rilex/merehatkan diri sebelum tidur - contohnya dengan membaca atau mendengar muzik yang lembut/instrumental.
- Fikiran kusut sudah tentu mengganggu waktu tidur anda. Jika ada masalah yang tidak dapat diselesaikan, cuba tulis dalam buku catatan (luahkan peristiwa yang membelenggu fikiran) dan beritahu diri sendiri: Masalah akan boleh diselesaikan pada esok hari.
- Jika memang tidak boleh tidur dan rasa tidak mengantuk, jangan berbaring, sebaliknya cuba lakukan aktiviti seperti membaca, menonton TV atau mendengar muzik.
- Buka sedikit tingkap agar udara dari dalam dan luar masuk atau berkitar dengan baik.
Tips:
- Jika anda tidak dapat tidur semalaman, JANGAN cuba terus tidur waktu siang pada esok hari. Ia boleh mengakibatkan anda sukar tidur pada malam berikutnya. Jika terlalu letih cuba tidur lebih awal.
- Jangan makan dan minum dengan banyak bila larut malam. Perut yang terlampau kenyang akan menyulitkan tidur anda.
- Elakkkan daripada mengambil minuman seperti teh, kopi atau minuman berkarbonat kerana ianya boleh menyukarkan tidur anda.
Inilah dia amalan-amalan bagi mendapatkan tidur yang sihat... :)
Nota Cik Skaf: Selain daripada panduan dan tips di atas, kaedah yang saya amalkan (dan saya pasti ia juga diamalkan oleh sebahagian besar dari kita)ialah :
- Berwudhuk sebelum tidur
- Membaca Al-fatihah, Ayat Qursi, 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nass)
- Mengucap 2 kalimah syahadat
- Membaca doa tidur
- Bercakap/berdoa menyatakan impian2 saya dalam hidup di dunia dan akhirat
- Tutup mata -> membaca istighfar di dalam hati sehingga terlelap.
* Bagi yang ada teman di sebelah, sebelum lelapkan mata, berilah salam pada teman setiduran.. Bagi saya pula, selalunya saya akan amalkan perkara di atas selepas saya memastikan saya telahpun menamatkan "bual bicara" via sms dengan teman2 (teman-teman?? huhu..).
5 comments:
salam..
panduan yang sangat berguna, demi tugas kadang saya hanya beberapa jam saja,
tips ni sangat bagus..terima kasih..
Hmm..Info menarik.. tp nak lagi sihat.. Ikut sunnah rasulullah :D
Anaklaut : jika kurang tidur di waktu malam, disiang hari mungkin anaklaut blh tidur sekjb untk lebih mencergaskan diri.
Assiddiq - terima kasih atas ziarah sdra. Ye betul tu, ikut sunnah rasulullah. Dalam Islam dah ada adap2 sebelum tidur yang boleh kita ikut kan? cara berbaring dan doa2 juga telah diajarkan.
Adeh, entry yang seakan memperli saya je. Sya skang ni, agak sukar tidur. Tapi salah sendiri la, main game jer kije. 7-8 jam tidur, sangat jarang di amalkan oleh diri ni. Padanlah badan saya makin uzur.
Grunge : terasa diperli ke? hehe.. saya fikirkan awak dah kembali normal menjalani hidup dan tidur yg sihat. :)
Post a Comment